Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Random.

Hai semua!

Azam oh azam. Apa la agaknya azam aku tahun ni? -_-" Tak payah buat lah. (Malas sebenarnya nak fikir. Haha)..

Okay, ni gambar lama. Makan dengan rakan2 kat Big Brothers, Kota Damansara. Big portion, so-so. But, I suggest if you guys nak pergi, go at night ya! Western during your lunch ni macam muak jee..


Soup ape tah.

Chicken something2...

Fish & Chips!

Chicken something2 ..

22 Disember lepas buat aktiviti bersama rakan sekerja kat e@Curve. Tengok Hobbit, lunch & bowling.. So, ni je gambar paling jelas. Hahaha

At around 10am.

Masa cuti Krismas, aku bersama Ain pergi ke Paradigm Mall, Kelana Jaya untuk jalan-jalan. Misi nak cari kasut, haruslah gagal sebab takde new stock. Warghh. Dah lah susah nak cari kasut. Alih2 rembat flats je. Like always. Huuuu..~

Our lunch. Fish & Co.

Shark Frenzy

Platter for two! Kenyang gila.

Ni pulak gambar hari Ahad lepas kat Selayang Mall bersama family.. :)

Ita & Farehah..

Hikss...



Ni pulak kereta aku tukar tayarrrr! Heheh.... :) 

Received not one, but two parcel from China. So happy!

Outer case...


Makeup Face & Opera Mask. China is famous with Face Changing Opera. I don't understand what is written on the board, but it is so colourful!

New Year Card..


That's all! Have a blast new year! :)






[++ So Good ++]

Sunday, November 25, 2012

Random.

Hi all!!!

Aku sungguh sibuk minggu lepas. Kerja 2 hari lepas tu training 2 hari. Kerja hari Sabtu serupa tak kerja pulak tu. Hahah. Kami makan-makan la lepas kerja pukul 1pm. Gagah kumpul duit sorang RM10 tiap bulan tauuuuu. Okay, gambar lah sikit. Yelah, kita handphone nan ado yang canggih, on the spot upload kan. Kita tunggu cucuk kat PC baru boleh bukak. How sad.

Training at Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Communication Skill.

BBQ Time! Kambing & ayam!


Hanya mampu makan 3 kambing dan 1 ayam.



Dah setahun lebih aku kerja sini. Everything goes well, alhamdulillah. Oklah. Bye.






[++ So Good ++]

Thursday, November 15, 2012

Jalan raya.

Hai!

Bila jam di pagi hari, aku akan ikut jalan lain yang mana akan jam jugak, tetapi tidak lah seteruk jam di Sunway Giza 30 minit pun tak tentu sampai ofis. Ada banyak alternatif sebenarnya. Kalau rajin explore jalan, retilah dikau. Kalau tak, ikut je la jalan biasa lalu tu sampai kesudah. Maka, sampai lah ofis 1 jam lambat. Jadi, perkara ini akan berlaku dalam 6 bulan sekali kot pada aku. Yeke? Bulan ni dah dua kali datang lambat. Tettttt. Kan best kalau ada GPS yang track tempat jam, dan bagitau "Jangan ikut jalan ni, ikut belah sana!". Sebenarnya kan, memang ada. Tapi, aku tak pasti sama ada kat Malaysia dah wujud atau tidak, atau aku yang tak tahu teknologi terkini di Android, iPhone, etc. Yelah, handphone iolls kan jahanam sudey. Heh.


Road not taken. Palm Spring, Sunway Damansara.


Eh tapi kan, nak bagitau lah sesuatu.

Faham tak, "Jalan aku bukan jalan kau??!!". Hah! Aku selalu sangat alami benda ni. Kereta dari ceruk mana entah, sesuka hati nak menonong jalan walaupun jalan tu jalan aku. Maksudnya, jalan aku lalu tu jalan besar, jalan orang lain lalu tu, jalan dr kawasan perumahan. Aku dengan chill nya bawak kereta, tiba kat simpang empat, tiba2 dari simpang kanan, ada kereta sesuka hati zassssss lalu depan aku. Wah, sebaik aku brek okay. Alih2 orang tu pun berhenti mengejut jugak. Pandang aku, angkat tangan. HOHHHH! Itu takpe lagi. Ada pulak yang siap drive, cakap kat telefon lagi, tanpa hiraukan aku yang terkebil2 tengok dia drive.. Wahwahwah. Lempang karang.

Kadang2 kita fikir, kita dah berhemah habis di atas jalan raya, tetapi ada segelintir manusia yang ambil mudah. Walaupunbegitu, kita ni pun bukan betul sangat. Kita tau salah kita pun, kita gi marah driver lain. Hahaha. Bajet hebat sangat le tuuu.

Sebelum tu. saya nak ucapkan Selamat menyambut tahun baru. Marilah kita penuhkan buku baru pada tahun ini dengan amalan yang baik, InsyaAllah....

Salam Maal Hijrah 1434.


Ok bai.




[++ So Good ++]

Monday, October 17, 2011

Random.


Halo!

Rehat 30 minit di waktu bekerja. Mari membebel kejap. Walaupun tinggal 5 minit je masa tinggal! *Gagah*.

Minggu depan depan aku nak konvo weyyy! Hiks. Seronok sangat sebab asyik tengok orang konvo je, aku bila pulak.

Tapi aku takde perasaan sangat pun nak konvo sebab saman kena bayar RM100. Chis. RM100 boleh beli kasut sepasang kot!

Nak pergi ambik jubah konvo, dah set ni nak pi makan kat mana. Lama pulak tak turun Shah Alam tu. Ayam penyet Padang Jawa slurpp. Lepas tu tempe pun dah lama tak makan. PAdahal boleh masak sendiri. Haha.

Kejap lagi ada meeting pula. Lepas lunch pulak tu. Kena letak mancis kat mata ke apa ni? Heh.


Okay lah. habis waktu rehat. Sambung buat kerja.


Bye!





[++ So Good ++]

Monday, July 18, 2011

Kehidupan di bulan Julai.

Hi!


Kita nak pergi cuti-cuti jalan-jalan. Sedang kumpul duit demi masa hadapan.

Sepupu sepapat ku, sorry lah, duit raya tak mampu nak bagi lagi.

Tunggu stabil, macam tahun depan ke? (Stabil keeee.....???)

Bunyi macam nak kahwin padehal ke mana je pon. Hiks.

Sekarang ni tugasku itu menyeronokkan. Walaupon sibuk sekali sekala. Nak kata tak cukup tangan tu, tak lagi.

Dan yang penting, sedang melalui hari-hari dengan penuh kegembiraan. Insyaallah..

Kamu juga ye! Tak payah nak sedih2, tacing2.. Takde guna ponnnn...

Pesan orang tempat wa kerja, "Senyum la Khay bila tengah kerja tu"...

Yalah, kalau dok bermuram durja, buat kerja apa pun hati tak tenang. Kerja pun tak bagi 100%.

Sebab tu la, nak pergi bertugas hari-hari pun even jam teruk gilak, aku still cool aje. Lepas tu sampai lambat. Chis.


#Juvana last ni. Bye.




[++ So Good ++]