Sunday, November 27, 2016

Road Trip New Zealand: Viaduct Lookout, Castle Hill & Christchurch

Assalamualaikum!

Previous post:-


4 September 2016

Last day in New Zealand!

Pagi tu, lepas dah sarapan, kitorang rilek2 aje kemas barang semua prepare untuk check-in flight to Melbourne malam karang. Pagi tu jugak dok discuss kalau ada nak check-in luggage. Masa kami baru sampai New Zealand, everything was ok, takde dia check bag pon. So, kali ni pun kami takde la nak check-in bag. Just Fid aje nak check-in. Dan kami beli yang 25kg kalau tak silap. Sharing la kiranya.

Kami pun teruskan perjalanan. Orang Alpine Motel ada bagitau, jangan lupa pergi Viaduct Lookout. So kami patah balik ke arah Hokitika. Bila lalu situ, baru tau, yang malam semalam punya route macam mana. Kiri kanan gaung kottt! Eeee scary.

Gigih tau aku scan. Ni map around Arthur's Pass yang boleh korang pergi.

Pagi tu sejuk melampau! Tiba-tiba snowwwwwwww kat Viaduct Lookout. Hahaha Seronok sangat. 

Jalan pusing-pusing...

Viaduct Lookout.
Disebabkan banyak sangat batu jatuh atas jalan raya. So jadila jambatan panjang 440 meter yang lalu tengah gunung.

Kabus awal pagi! Sejukkk gigil.
Kami sekejap je kat sini. 

Patah balik ke arah Christchurch....

Somewhere...
Gambar ni saja nak bagitau kat sini jumpa orang construction hensem ko tau. Semua sado. Haha. 

Ok dah sampai sini, kita berhenti ambil gambar...

Boleh buat main bola sepak..

Us!

Tak lama lepas tu sampai la kat Castle Hill. Our next pit-stop. 

Sini nampak limestone rock. Katanya tempat penggambaran Narnia..

Parking kereta, dan mari menapak.

Ke batu-batu di hujung sana.......

Amik gambar sat...

View dari jauh..

Jalan dan jalan..

Permulaan pendakian.
Sikit je pun. Tapi mengah jugak untuk aku ni. ☺

Besaq batu ni...

Awan tebal..

Nampak kecik orang tu.

Other side..

Ni jalan ke atas sikit, you will see this amazinggggg mountain view.

So sweettttttt... ❤❤

Love the view!
Gunung belakang tu macam lukisan... 

Dari Castle Hill ke bandar Christchurch, perjalanan dalam 1 jam 30 minit. Sedihnye lahai nak balik dahhhhhh.... 

Singgah PakNSave kejap beli souvenir.
Chocolates!! Whittakers, Cookie Monster, Pods - several chocs you must buy.
Tak ingat berapa spend kat sini.

Singgah solat kat Masjid An-Nur, Christchurch.

Pastu pergi basuh kereta kat stesen minyak sambil tu isi minyak sekali. Basuh kereta hey-hey macam tu aje NZD 12. Amik paling murah la sebab tak faham apa benda dia tulis. Asal bersih je laa... Rasa macam sabun + air. Kering nye tak. Hahaha. 

Sebab dah habis office hour, so kitorang park kat luar bangunan je as per requested by the owner.. Oh sebelum tu, drop Khal, Tirah, Fid & Azfar kat airport. Sekali turunkan bag semua. 

Thank you HQT214. Anda telah membantu kami meredah South Island dengan jayanya without any breakdown!
Hehe.

Aku dan Ain jalan kaki ke airport..

Hello CHC Airport! It has been awhileeeee.....

.
.
.
.
Bermulalah climax story kami pada hari tersebut......... Hahaha...

Nanti sambung.


**Gambar campuran Khay + Khal + Azfar + Tirah**

2 comments:

  1. jauh tak jln kaki dari tmpt letak keta ke airport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde jauh sangat rasanya SS. Tak ingat pule..

      Delete