Previous post:-
31 Januari 2016
Last entry untuk Four Site Tour! Aktiviti terakhir aku dengan Ain haritu adalah ke Suan Sawun ni. Tak jauh pun dari Kun Ming Muang Loei tu.
Suan Sawun ni kira macam Kun Ming nun. Tapi kali ni ekstrem sikit lah aktiviti nye sebab kena memanjat, masuk gua bagai. -__-. Aku ni bukan la penggemar benda2 macam ni. So redah ajo lahhhh. Dah sampai kot.
Park kereta kat sini. Naik tractor pergi satu tempat..
Entrance fee 100 Baht per group. Naik tractor 15 Baht per person. At first, kami kena naik tractor ni along with our tour guide (budak lagi) sampai kat satu kawasan ni. Aku nampak keliling hutan dengan limestone rock aje. Masa ni tak tau lagi kena memanjat bagai. Bila John cakap ok you climb here. Tempat yang krik krikk nak kena manjat. Aku dengan Ain dah macam... Hahhh panjat lagi keeeeee?? Kahkah.
Kami pun mendaki lah sana sini panjat itu ini pegang pokok sana sini. Scary la sebab bukan aku punya feel. Kalau korang suka mendaki ni lain cerita la kan. Kejap mendaki kejap menurun. Dah la curam-curam. Ok aku yang over ke apa ni? 😟
But then, we were mesmerized with the view on top.....
Ko bayang aku panjat sampai atas ni kiri kanan batu cenggitu? Aku pun tak percaya.. Kalau naik tangga lain la kan.
Cantik laaa tapi kan. Hilang la penat sekejap...
Ok seterusnya ni semacam sikit.
Dah amik gambar which tak banyak pun kat atas tu, kena melangkah kat satu jambatan ni. Kena lalu satu ceruk batu yang kiri kanan gaung ke camne sebelum sampai jambatan. Aku seriau dah. Haa sudahhhh. Hahaha.
Kelakar plak bila teringat.
Dengan monopod GoPro la aku dok pegang. Memang suruh John je pegangkan.
Dah sampai jambatan dengan selamatnya, kena turun tangga plakkk. Ok masa kat sini, aku bau wangiiiiiiiiiiii sangat, aku tak tau la bau apa. Tapi macam bau.. entah.. Aku diam. Ain depan aku. Nak tanya dia, aku tak berani bukak mulut. Sebab gua. Sunyi. Hutan. You know la right.
Kat sini aku lagi la tak amik gambar satu apa pon. Risau apa entah. Tapi hati aku memang rasa tak sedap. Nak cepat balik. Budak laki tu bawa kami masuk bawah gua siap kena pakai headlight tau. Macam2 la dia tunjuk. Sejuk aje dalam gua tu. Tapi masa dari tangga sampai gua tu la aku dok bau wangiiii. Ain takde plak cakap apa2. So aku diamkan aje sampai kesudah.
Entah macam mana tiba-tiba keluar kat belah sini-sini.
Ok selamat semua. Jum balik.
Tu John dengan budak laki as our tour guide..
Ni la tractor kami..
Patah balik ke bandar amik masa 1 jam. Dalam kereta tu Ain bantai tidur. Aku yang dok depan ni tak sampai hati nak biar John drive sorang2. Eceh. Teman la dia sekejap walaupon mata ni haa ngantuk gila.
Sebenarnya kami ternampak ada kedai halal kat tepi jalan bandar Loei ni. John cakap baru 2 bulan bukak. Jadi kami minta pertolongan John untuk hantar ke kedai makan tu sebab perut lapar gila. Baik hati betul dia layankan aje kami ni.
60 Baht sepinggan. :)
Kalau tak silap ada roti canai jugak. Masa nak balik tu baru nampak orang ambik doh roti nak canai la kot. Aku assume je tak tahu la dia nak masak apa. Gambar kedai pun tak terambil. Sorry.
Then terus kami pergi Loei Bus Terminal. John tolong belikan tiket bas kami ke Udon Thani jam 5 petang kalau tak silap. 91 Baht seorang ye. Last bas ke Udon Thani jam 5 petang tau. Tiket bas pulak kena beli on the spot. Jangan risau, setiap 30 minit ada bas.
Lepas say bye bye kat John, kami pun naik la bas... Ramai pulak la orang bas ni menyumbat. Mostly student. Perjalanan ke Udon Thani ambil masa 3 jam hokeyyyy. Gasak la ko dengan ramai orang. Huhu.
Along the way memang aku tidur je. Dah pukul 7 baru terjaga. Tersembang pulak dengan student sebelah aku ni. Perempuan rupanya. Aku ingat lelaki. Boyish gila. Haha. Pandai cakap English pulak budak tu. Senang la nak nyembang kan. Rupanya dorang ni amik exam dekat Loei. Then balik kampung kat Udon. Entah macam mana amik exam jauh-jauh. Tak faham sangat.
Bas berhenti-henti. Contohnya kat stesen ni. Tapi ni bukan Udon Thani. Last stesen baru turun tau!
Around 7.40 pm, kami pun sampai kat Udon Thani Bus Terminal 2 (New).
Ingat eh, Udon Thani ada 2 stesen bus - Terminal 1 (Old) & Terminal 2 (New). Dari Loei akan turun kat yang baru.
Nasib baik ada tuk-tuk available malam tu. Dengan student sebelah aku pun naik sekali dengan 2 orang lagi kawan dia. Mula mula dia cakap, 100 Baht 2 orang. Siap bagitau dia la hotel kitorang yang mana. Sampai sesat barat.
Tapi dengan pertolongan student2 Thailand ni, sampai jua akhirnya.... Terima kasih sangat2 kat dorang.. Kalau tak, entah mana tuk-tuk ni bawa. Disebabkan sesat bagai, harga jadi 150 Baht 2 orang. Chet.
Ok hotel mana kami duduk, nanti bagitau lain k.! Gambar tak banyak, sebab tak ambik lagi dari Ain. Hehe.
Bye!!!!
No comments:
Post a Comment