Sunday, November 20, 2016

Road Trip New Zealand: Haast - Fox Glacier - Franz Josef Glacier - Arthur's Pass Alpine Motel

Assalamualaikum!

Previous post:-


3 September 2015

Perjalanan dari Blue Pools Walk ke Haast dalam 1 jam.

Mari menikmati pemandangan.... Along the way akan lalu Haast River..

Superb view..

Gates of Haast.
Ada air terjun sini. Kalau nak parking, lepas bridge.

Tak lama lepas tu, sampai laa kat Haast. Bandar ni kecik tak kecik laa. Bila dah sampai area sini dah mula nampak hutan. Gunung salji dah makin kurang.. 

Berhenti kejap isi minyak..

NZD 2.23 per liter kat Haast.
Masuk dalam ada anjing, terus bertempiaran lari.
Huuu..

Signange 'You are here' tak ada dalam peta ni, so agak-agak aje depan tu ada laut.. Hehe.
Kat sini pun ada Scenic Flight kalau korang nak naik..

Menghijau..

Kitorang sesat jugak kat sini sebenarnya. Nak pergi la singgah Haast Beach, lepas tu GPS gila. Ceruk rumah orang mana pergi. 

Jadi kitorang gerak ke Fox Glacier. Dari Haast, akan lalu area sini la... Lebih kurang 2 jam perjalanan..

Haast River Bridge (Kalau tak silap)..
737 meter. The longest one lane bridge in NZ.
Tapi akan ada tempat untuk berhenti tengah jambatan ni kalau ada kereta lalu arah bertentangan..

Side view..
Haast River tadi akan lalu ke Tasman Sea (belah kiri jalan).

Ok dah sampai hutan belantara..... Sedih gak masa ni bila mengenangkan kat NZ lagi sehari aje.

So nanti belah kiri akan jumpa Tasman Sea...

Cun!

Mana semua orang?

Rasa macam dah sampai Malaysia tau tak..

Karangarua Bridge.
Malaysia macam ni tak?

Tak lama lepas tu sampai laaa bandar Fox Glacier. Sunyi jugak walaupun ada banyak kereta... Sini dikelilingi gunung ganang, awan tebal.

Berhenti nak terkench dan solat.

Agak besar jugak bandar ni...
Kitorang ada la pusing2 sekejap area sini.

Kira macam sekarang ni kitorang ada kat belakang Mt Cook.. Kalau ada gunung bersalji tu, rasanya yang tu la kot Mt Cook. Just assuming sebab kita tengok peta lah! :D

Ok kalau kat Fox Glacier ni, korang boleh tengok glacier dengan lebih dekat tengok link aku bagi atas tu. Eh tengok website tu macam menarik pulak tengok orang dok ice-climbing. 

Teruskan perjalanan lagi ke Franz Josef Glacier. Jalan kat area sini pusing-pusing sikit..

Haa amikkau.

Tapi view torbaik..

Aku tak pasti kat Fox Glacier area mana boleh view dari jauh je glacier tersebut. So, kami pergi la Sentinel Rock Walk kat Franz Josef Glacier ni aje. Glacier jugakkkkkkkk.

Ingat eh kalau nak tengok glacier dengan lebih dekat, sila hire tour guide. Kat Franz Josef, aku jumpa Glacier Guides ni..

Dah sampai! 20 minutes return aje...

Sebelum pergi, baca dulu....

Foresty..
Kena berjalan sikit. Sikit keee? Hahaha. Mengah masing2 oi.

Ok dah sampai viewpoint.
Nampak tak glacier hujung nun.
Boleh berjalan tau sampai dekat glacier.

Up-closed!
Glacier dah takat tu aje.. 

Super closed!
Tq Azfar for this!

Sebenarnya kan, ada kisah disebalik  glacier ni haa.. Kononnya satu ketika dulu ada seorang adventurous lady nama Hine ni suka sangat daki gunung. Ada la boifren nama Tawe. Tapi Tawe ni tak suka sangat climbing, but still join la Hine ni pergi mendaki. Satu hari, Tawe jatuh dan mati kat sini. Hine ni pun menangis banyak gila laaa sampai banjir tempat ni. Tuhan pun bekukan air mata yang membanjiri tuuuu. So jadi laaaa Franz Josef Glacier! Haaaaaa penat aku cerita tau. Hehe.

Dulu, glacier membeku sampai sini.
Tapi disebabkan peredaran waktu, makin lama glacier pun cair... Tu yang dah banyak pokok tumbuh..
Maybe nanti lagi puluh tahun akan datang, orang nak tengok glacier pun kena panjat habis semua...

Habis jalan-jalan, kami teruskan perjalanan ke Arthur's Pass. Jauh tau. 3 jam nak sampai sana dari Franz Josef.

Cantik sebab awan atas gunung....

A brief stop somewhere I dont know where... Hehe.

Our last sunset in New Zealand..

Cun!


:)

Dalam jam 8.30 malam gituh baru sampai motel. Bila drive waktu malam ni memang cuak. Lagi2 kalau lalu jambatan kiri kanan gaung. Memang tak boleh nak tidoq la. Risau kot. 

Last day in our New Zealand, kami stay kat Arthur's Pass Alpine Motel. Review? Terbaik dari ladang!

Dah la owner dia baik gilo melayan kami. Ok nanti next entry aku cerita apa boleh buat kat Arthur's Pass yer.

Kami pilih Comfort Family Chalet. NZD 170 per room. Besar gila dalam dia weh.

Masa sampai, tak tau pun belakang tu ada gunung... Ni view waktu pagi. Cantik sangat..

Spacious bathroom..

Kitchen area..

Sampai2 terus dok depan ni sebab sejuk..

Ada 1 Queen Bed, 2 single bed, 1 sofa bed.
Baloi-baloi..

View waktu pagi..

Depan motel...

Berakhirlah perjalanan 12 jam kami hari tu.......

Ok panjang betul karangan hari ni.

Bye semua!

**Gambar campuran Khay + Ain + Azfar**

No comments:

Post a Comment