Entry ni published, aku dok ada kat Langkawi/Penang. Just a short trip. Hehehe.
Rasa macam dah berzaman tak habis cerita pasal trip ke Bangkok-Loei-Udon Thani-Bangkok.
Previous post:-
31 Januari 2016
Kitorang pergi Phiang Din Waterfall pulak. Free aje. Naik kereta kalau kesini.. Kami dok melepak aje laaaa tepi sungaiii tengok orang gigih selfie masing-masing.
So I guess what's written is Phiang Din Waterfall? Hehe.
Tengok alam..
Yang tu belah bawah sana..
Kami tak turun pun. Maleh.
Nasib la ada tempat nak duduk. Memang menempel kat sini je la diam-diam.
Ada la local people kat bawah tu kot dok mandi..
Next pit-stop is Phu Pa Por! Tempat yang paling nak pergi.. 15 minit aje dari air terjun tadi.
Tapi sampai sini kami makan dulu. Ada banyak gerai makan area sini.. Perut memang lapar gila. So kitorang dah bawak siap-siap roti dengan sardin ke tuna macam tu. Buat bekal. Minum air masak aje. Siap!
Bayar entrance fee 60 Baht per person ok..
Naik tractor yang disediakan untuk naik ke bukit tu. Ada 4 View Point. Tractor akan berhenti kat semua point tu. So korang boleh la amik gambar..
Kami bertiga aje dengan John kat belakang. Sila duduk depan untuk tengok view tanpa halangan. Hahah.
Jalan tar macam ni aje nak ke arah view point..
Cantik le jugak dengan pokok takde daun tu..
Ni tractor nye la. Nyumbat la kalau naik ramai-ramai..
Naik bukit plakkk... Slow betul tractor ni bawak. Tapi angin kuat jugak..
View belah kiri...
View Point 1
Haa nampak tak Phu Pa Por?
Atau lebih dikenali sebagai Thailand's Fujisan.
Ala, kira macam Gunung Fuji kat Jepun tu.
Dari kejauhan je la. Tapi takdela salji sejemput macam Mt Fuji...
View Point 2
Naik tractor lagi sampai sini.. Dekat aje pun.
Tak tahu la dia tulis apa ni..
Lagi dekat!
Buaian pun ada..
Kat sini jumpa orang muslim Thailand, 1 group..
Hee suka view ni.. Sebab ada kayu tu je.
Konon-konon..
View Point 3
Tractor bawak sampai sini.. Lepas tu, kena naik tangga dulu baru sampai point 3. Tangga keee?
Tangga gini hahhhhh..
Tapi cantik sebab bunga tuuuu... Sini memang dah panas lit lit ko tau.
Oh so blue!
Phu Pa Por hujung kiri nun...
View Point 4
Point terakhir ni, kena hiking sikit. Tractor tadi stop kat Point 3 je tau. Memang letih la oi. Takde warm up tiba-tiba kena panjat tangga dengan bukit. zzzzzzzzzzz....
Pintu masuk. Buluh kiri kanan..
Tiba-tiba nampak tangga yang tiada penghujung............
Sabar je la..
So haruslah gigih panjat dengan Ain. Sekejap2 kami berhenti. Haha.
Dan akhirnya kami berjaya... Tanah rata atas ni.. Untuk tengok view Loei la kiranya...
Phu Pa Por dari view point 4..
Other side..
Dah dah la tu. Sebab panas sangat ni, moh le turun. Walaupun angin kuat sikit atas tu..
Masa turun ni chill chill je laaaaa.. Hehe.
Naik balik tractor yang kat point 3 tadi sampai tempat mula2 tadi..
Turun bukit.. Sampai area gerai makan tadi, nampak orang jual Chai Yen (Thai Iced Tea), beli le 1 nak cuba. Manis ajeeee. 30 Baht.
Bagi aku, menarik jugak la Phu Pa Por ni. Dapat tengok pemandangan yang penting. Tak sampai lagi Mt Fuji, sampai sini pun kira dah 20% la tu. Hehe.
Ok tu aje.. Jumpa lagi nanti..
Bye!
tak singgah di phu kradung?
ReplyDeleteTak punnnn...
DeleteHuhu.