Sunday, May 8, 2016

Road Trip New Zealand: Elephant Rocks, Duntroon

Assalamualaikum!

Previous post:-


Bermula dari post ni sampai habis road trip OZ-NZ ni semua.. Aku dah tak menulis dalam notebook. Jadi, semuanya dalam ingatan aje lah. Hopefully masih ingat.

30 Ogos 2015

Selamat pagi dari Omarama, New Zealand! Alhamdulillah, cuaca baik punyaaaaaa!

Hari ini perjalanan kami agak jauh. Dari Omarama ke Te Anau. Kenapa pilih route ni? Sebab nak singgah Dunedin laa.. Kalau tak, short cut sangat lah pulak kannn lalu tengah2 tu. 

Route for the day.. Jauh. Memang jauh..

Pekan koboi Omarama. Sunyi je pagi tuu.... Ke sebab kedai tak bukak lagi kot.

Kat Malaysia pun tak amik gambar macam ni tauuuuuu. Haha.

:)
Sheep belah kiri tu, Omarama Merinos.
Statue tu dibuat as a tribute untuk kambing yang dah diternak sejak tahun 1858 di Omarama! 

Tiba-tiba sampai kedai bundle.. Biasala, kalau dah sorang tengok.. Semua kena tengok jugak. Siap membeli!
Nama kedai Glen Craig's Clothing..

Try test jacket cun warna warni. Eeee suka betul. Tapi tak beli pun yang tu... 

Duit takdok....... Swipeeeeeeeee.... 
Walaupun entah bila nak pakai jaket yang dibeli tu. Plan dalam kepala aku Sapporo je.
Harga sangat murah ok! Dari NZD 84.90 discount jadi NZD 50 ajo!
Ko gi tengok tempat lain, semua lagi mahal dari 84.90 tu tau. 90++ pun ade.
Yang penting, brand NZ.. 

Redwing, mau? NZD 249.

Banyak la kedai ni jual. Macam-macam jenis pakaian. Kalau terasa nak menyinggah datang la sini cuci mata jee..

Mari sambung perjalanan ke Duntroon! Dalam 1 jam dari Omarama. 

Langit masih cerah...
Nanti nampak Benmore River sebelah kiri...

Kalau sampai je bandar mana-mana, aku mintak Ain amikkan gambar signboard. Kira dah jejak laaaaa... Walaupun tak turun kereta ponnn..

Kat NZ ni, kalau sampai bandar.. Mesti slow kemain laaa bawa kereta. Yang tak tahan kalau 50km/j. Adei.

Otematata..

Kurow!
Langit dah mendunggggg...
Tu dia 50 jaa....

Ok dah sampai Duntroon! Bandar kecik jugakkk..
Hati kami pun mendung tengok langit kelabu..

Set kat GPS Elephant Rocks yer.
Tu dah ada signboard tu, betul la tuuu...

Apa yang ada kat Elephant Rocks, Duntroon niiii?? Batu laaaaaaaaa deiii! Kihkih..

Sini pun tempat penggambaran cerita Narnia! Aslan's Camp!

Sejarah terbentuknya limestone rocks kat sini. 
Private Land tau sini. Jangan nak picnic plakkk..

Ok dah sampaiii... Batu je keliling...

Some of it..

Haa ni la jacket baru beli. Haruslah pakai kannnn. Hehe

What are you doing there Tirahh?

Batu dan batu.. Macam2 saiz..

Batu lagiii..

Kat sini yang paling menarik adalah kambing biri-biri! Hahahaha Macam orang gila kitorang kejar kambinggg.. Penat tau tak.... Takde kerja kekdahnyeeeer..

Kasi tengok video.. Abaikan la suara aku tengah mengah2 lari. Hahahaha..

video


Bye!!!
**Semua gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar**

1 comment:

  1. Sempat lg shopping tu..haha.... amazing view by the way

    ReplyDelete