Previous post:-
29 Ogos 2015
Dah puas makan salmon 'free' kat High Country Salmon, kitorang gerak ke Omarama yang terletak dalam 30 minit aje dari Twizel.
Lalu kawasan yang penuh dengan lembuuuuu!
Gunung ganang..
Berhenti sekejap nak tengok lembu NZ ni haa.
Banyak betul. Dorang pun tengok kitorang. Pelik tak pernah jumpa manusia aneh macam kami kottt. Haha.
Malam tu kami bermalam kat Omarama Top 10 Holiday Park. Memang top. Terbaik tempat dia. Masa booked tu kat booking.com. Tapi sekarang ni bila nak masuk Holiday Park kat web booking.com tu, dah takde pulak. Try la booked kat link aku bagi tu.
Kat sini boleh booked yang motel atau cabin atau pun sites untuk campervan. Kami pilih yang Motel Superior - 2 bedroom. Sangat lah luas. Muat untuk kitorang berenam ni memang dah cukup bagus la. Ada 2 bilik + pullout sofa yang boleh tidoq lagi 2 orang ngadap TV. WiFi pun dia bagi free 250Mb (kalau tak silap). Jadik la tuu kan.. Pakai sekejap dah habis. Haha.
Reception!
Belah sana tu tempat campervan..
Sampai aje kat sini, pergi receptionist untuk check-in. Bayar NZD 235 untuk semalam. Baik sangat acik tuuu.. Siap bagi extra blankets dan bantal untuk yang tidur kat sofa tu nanti. Setel apa semua, terus menuju ke bilik.
Toilet.
Hujung sana tuuu reception. Nasib bilik dekat..
Tu ha upclose sikit reception. Ada Mobil kat luar kalau nak isi minyakk...
EH kunci bilik lupa nak amikkkk! Dengan masing-masing nak terkucil. Aku suruh dorang pergi public toilet depan motel kitorang tu dulu. Patah balik pergi kat acik tu naik kereta. Acik tu pun baru nak berlari bagi kunciii. Haha. Dapat aje kunci terus ke motel balik. Rupanya toilet tu tutuppppp. Hahaa. Adoi. Kesian dorang. Time winter memang toilet tak buka ke apa aku pun tak tau la. Buka je kunci bilik, zasssss masing-masing gi toilet. Haha.
Setel angkut barang.. Rehat & masak time! Sementara dok rehat-rehat tu, ada la satu kejadian tak diingini berlaku. Kan dok gi toilet masing-masing. Tiba-tiba toilet jadi macam basah sangat. Aku ingat paip bocor dari jamban tu. Punya la check sana sini tang mana bocor. Tapi macam tak bocor punnn. Korang pun faham la kan toilet omputih stail taknak kasi basah punyaaa kan.. Dah la lantai sekali dengan living room. Kalau basah sampai keluar tak syok la kan.
Entah la sapa punye kerja basah2 tak lap balik.. Padehal dah pesan kot kalau basah sila lap dengan towel di lantai. Gituh. Terpaksa la Tirah jadi cleaner pulak petang tuuu dah takdak sapa mengaku. Saje la bagitau korang. Kalau dah ramai-ramai ni, macam2 pi'il kan. Jadi sila jangan jadi selfish. Huhu..
Bilik kami! Deret cabin & motel belah kanan nun..
Attached dengan bilik orang lain sebelah ni. So jangan bising sangat..
Double bed
Kitchen, living room, kiri tu pullout sofa boleh jadi tilam
Single bed..
Bilik besar siap almari lagi. So puas hati la.
Sementara dok potong-potong barang nak masak, Azfar & Khal pi Foursquare kejap beli carrot dengan cili kot. Pesan jugak untuk isi angin tayar sebab dah kurang angin.. Sentiasa check tayar yeee.
Malam tu, kitorang masak sardin, telur dadar, brokoli + kentang rebus dan main dish hot & cold smoked salmon weh! Haha. Sedapnyaaaaaaa...
Ain masak congcengcongceng dah siap..
Haaa meriah tau.
Alhamdulillah. Kenyang sudah. Lauk memang tak habis, jadi bawa bekal untuk esok. Jangan membazir!
Malam tu kemas bag & kira hutang piutang bagai. Gosok baju sebab ada iron kat motel ni. Tilam kat NZ ni memang terbaik la. Mana2 pun empuk ya ampun. Rasa tak nak bangun. Malangnya, kitorang semua tak tau ada heater kat tilam tu. Weh sedih tak? Punya la ingat heater kat living room tu je la untuk memanaskan badan kami... Kesejukan malam ituuu.. Bila bangun pagi baru tau ada heater. Choi sangat.
Oh malam tu cari milkyway tau. Tapi takde pun kelihatan. Cari depan motel je ponnn. Hehe.
Jadi tidur je leeeee...
Bye!
Seems like your travel buddies are good cooks! I hardly cook when I travel, maybe I should try it sometimes :)
ReplyDeleteProbably leh save duit sket.. heheh
Haha. Save budget katanyaaaaa...
DeleteTapi tengok jugak, kadang ada orang suka cuba local food. So.. depends..
:)