Tuesday, April 12, 2016

Road Trip New Zealand: Lake Pukaki & High Country Salmon, Twizel

Assalamualaikum!

Previous post:-


29 Ogos 2015

Balik dari Hooker Valley Track, kami nak menyinggah kat Lake Pukaki yang famous amous tuu..  Tiba-tiba langit cerah. Rezeki sangat...

Kitorang stop dulu kat satu tempat ni sebab teruja tengok langit membiru setelah seharian semalam mendung aje.

Lake Pukaki..

Belakang Lake Pukaki Mount Cook.. Tengok la awan tuuu..

Khal dah okay takkk tuuuu?? Hehe.
Lepas tu dia makeup nak bergambo. Sempat ko kannnn?? Haha.

Behind the scene...

Then naik kereta lagi, tengok-tengok belah kiri ada pit-stop. Terus berhenti lagi amik gambar....

Serius cakap Lake Pukaki ni betul-betul cantik warna biru sama macam langit.. 

Hi Pukaki...

Indahnyeeeee....

Mari melompattt! 

Love this viewwww!

Aku ada baca belog DJ, dia cakap nanti akan jumpa Pukaki Canal. Masa on the way pergi Hooker Valley pagi tu perasan canal tu. So balik ni nak mencari cuma tak pasti sangat masuk kat mana. 

Jadi, kalau Lake Pukaki belah kiri korang, jalan aje terus. Eh jangan jalan, naik kereta. Nanti akan nampak Lake Pukaki Information Centre belah kiri. Kat belah kanan tu akan jumpa Pukaki Canal. Akan ada simpang nak masuk. Redah aje okai.

Sini pun alahaiiiiiii..... Sejuk hati aku tengok air jernih macam tuuuu. Memang cunn. 

Dah sampaiiii! Jernih air niiii kan?

Disebabkan kitorang punya jaket dah basah masa trekking kat Hooker Valley, kita sidai atas jalan sementara matahari dok naik ni haaa..

Pose tengah jalan...
Kalau terus lagi tu kan, ada la orang lalu tapi tak pasti la pergi mana...
Tembus Lake Ohau kot kalau aku refer Google Map ni..

Kami berenam..

Then teruskan perjalanan ke bandar Twizel lalu Tekapo-Twizel Road. Saje menyinggah Twizel ni tengok apa ada. Tapi macam tak de apa pun kannn... Gambar pun tak amik. Just pusing-pusing dalam kereta. 

Takdak orang pon.....

Motel, maybe?

Drive lagi menuju ke High Country Salmon yang wajib korang singgah kalau lalu jalan ni ok! 

Masa tengah on the way tu, ada nampak kereta polis keluar dari tah mana-mana belah kanan jalan. Aku tengok semak samun aje situ. Kitorang risau dah weh ni kereta kita ke apa niiii? Bawak laju keee? Tak pakai seat belt keee? Bawak slow sangat kee? Kat NZ ni memang strict la. So pls dont drive too slow, too fast, seat belt tak pakai ke. Nanti akan ada orang report kat polis tau. Jangan main-main!

Nasib la polis tu kejar kereta Jucy depan kitorang. Kesian dorang. Berapa NZD la kena bayar tuuu.

So takpe, kitorang pun gerak ke kedai salmon tu. Kat sini ada ikan salmon lah of course kan.. Nanti akan jumpa kedai tu belah kiri korang kalau dari Pukaki ye. Entrance is free! Open daily from 8am to 6pm.

Dah sampai!
Feed Salmon for free! Yay!

Ni la kedai nyee... Ada coffee shop + jual ikan salmon siap potong..

Sini aku rasa orang tak putus-putus kot. Ada je yang menyinggah... Kedai pun cantik.. So welcoming.. 

Benda benda free ni kita jangan lepaskan. Jum bagi ikan makan. Memang beso dan gemok lah ikan kat sini.

Kat sini merasa la Cappuccino NZD 4.50. Sejuk2 kan, syok lee..

Kecik je kedai ni.
Haa nampak tak feeling poyo disitu..

JANGAN LUPA TRY TESTER SALMON SEBELAH KAUNTER!! Nama pun tester kan. Tapi aku rasa kitorang bedal macam tengah makan nasi kat situ. Sedap gilaaaaaaaaa salmon diaaaa. Ada choice of Hot Smoked Salmon & Cold Smoked Salmon. Memang terbaik. Dua-dua sedap. So decided sebelum balik, kena beli dulu buat makan malam.

Amik gambar kat luar ni dulu...  Cantik betul pemandangan..

Itik pun ado...

Kat sini pun jumpa orang Malaysia tengah bercuti. One family. Kitorang stay dalam 1 jam jugak kat sini. Oh sini toilet kotor sikit. Sebab kat luar kot. Air pun takdak kan.

WiFi free pun ada.. So balik tu beli ikan salmon. Dia memang sediakan yang paket-paket siap potong dah ikut berat. NZD 55 per kilo. Sama macam kat Msia tak? Aku pun tak pasti. Amik yang hot & cold. Memang marvelous kesedapannya. 

Sebelum naik kereta....... Kita amik gambar kejap..

Jalan ke sana tu hala ke Lake Ohau..

:)

Kalau ada kereta lintang pukang kitorang lari..
:)

Malam tu kami bermalam di Omarama. Nanti cerita next entry ok!

Bye! 

No comments:

Post a Comment