Thursday, February 4, 2016

Japan Short Trip: Namba City & Back to KL!

Assalamualaikum!

Previous post:-


16 Mei 2015

Habis pusing-pusing pakai kimono, kita pi cari toilet dulu, then terus cepat-cepat gerak gi tempat lain. Malam tu dah nak balik oi.. Hehe. Petang tu nak ke Namba pulak.. Dari stesen Tenjimbashisujirokuchome ni, naik je train sampai Nippombashi... Dalam 280 Yen kot.. 

S17: Nippombashi Station

Then kami ke Namba. Ok sini aku tak ingat naik train ke apa.. Sampai sini jalan kat underground area. Nak cari Muji, sebenarnya. Ikut signboard. Gi kat Tower Records - Exit 7. Tingkat 4 kot kalau tak silap Muji tu. Konon nak beli bantal kepala tuuu. Tapi takdak sale pun. Harga sama je mahal dia. RM 82 lebih kurang. So tak jadi beli. Jalan kat underground balik. 

Ni kat Namba..

Mana entah ni..

Besar jugak Namba ni yeee...

Tengah bandar...

Konon nak amik gambar lalu tengah-tengah zebra line..
Ok lah niii... Nak sampai Tokyo tu tak tahu bila kannn...

Jalan punya jalan sampai area Dotonbori.. Cari F21 yang 3 tingkat tuuu. Then makan kat Lotteria. Shrimp Burger 690 ¥. .

Sampai sudahhhh!

Glico Man di petang hari..

Dotonbori waktu siang yang penuhhhh amat!

Bawak Kak Ana & Iman jalan kat sini... Since malam sebelum tu dorang tak join.. :)

Misi mencari Prayer Room kat area Namba pulak.. Ok ni pergi kat Namba City B1 ye. Tak tau jalan? Tanya je pegawai polis kat situ.. Kitorang dari Dotonbori tu jalan sampai Namba City jauh nyer lahai. Naik turun sampai salah jalan. Sampai masuk info centre tempat lain yang kat Nankai Line tu. Tapi bukan jugakkkk.

Haa tu signboard Prayer Room..
Yang penting, kena sampai kat Namba City ok!

Kalau korang nampak Starbucks dalam Namba City tu betul la tu. Lepas Starbucks jumpa Info Centre. Nanti cakap kat dia nak ke prayer room. Isi borang. 30 minit je masa diberi untuk solat. Tak boleh lama2. Cantik tau tempat solat. Nanti orang Info Centre tu bawa pergi Prayer Room..

Dah sampai!

Ini tempat nak isi borang ok!

Haa dapat pass ni nanti..

Baca dulu...


Tempat ambil wudhu'..

Then terus gerak ke Shin-Osaka. So dari Dotonbori, naik Midosuji Line ke Shin-Osaka ok! Sampai apartment, kami siap-siap terus gerak ke Kansai Airport! Nak balik dahhh.... Kami letak kunci kat postbox untuk check-out. Jangan lupa buang sampah dalam bilik kat bawah apartment.. 

Naik train dari JR Shin-Osaka ke Kansai naik Haruka Ltd. Train setiap 30 minit. 50 minit perjalanan. Kalau tak pasti tanya je encik polis. Naik train jam 8.15 pm. Smooth journey to the airport.

Lets go home!

Jadual train..

Tunggu train Haruka sampai..

Mengendong bag...

Bersih sangat kan dalam train tuuuu..

To Terminal 1!

T1 - South.

Sampai airport, nak pergi check-in time tengah beratur tu.. Ain teringat handphone dia takde. HILANG!! Dia bajet dalam train Haruka tu. Dia pun bergegas pergi balik ke tempat kaunter JR tu tanye. FORTUNATELY...... Nasib ada wehhhh. Fuhhhhh. Bagus nye orang Jepun ni. Kitorang bajet orang cleaner tu nampak, then dia pass to kaunter JR.. Kalau kat Malaysia.. kau rasaaaaaaaaaaaaaa?????? Hahaha.

So habis check-in, dapat tahu yang orang yang tak nak masuk luggage pun kena beratur jugak. Dahla Kak Ana & Iman tak beratur punn.. Tak faham aku. Selalu beratur masa kat document check je kan. Sebabnya orang imigresen nak tengok boarding pass. So ingat yeee, korang nak masuk luggage ke tak ke, sila check-in semua orang kat kaunter! Kena tunggu Kak Ana & Iman check-in. Then cepat-cepat masuk imigresen..

Then masa kat scan bag tu, tak tau la kenapa, orang lain punya bag yang kena check, orang lain kat belakang ni semua stop tak boleh jalan jugak. Delay dah kat situ. Risau ni gate close 11.05 pm. Mase tu dah 10.45 pm. Flight jam 11.30 pm. Kat situ je dah 10 minit. Nasib baik kat bahagian check passport sekejap je. Berlari laa pergi kat gate.. Macam kena kejar pencurik dah aku rasa.... Penat betul. Dengan nak naik train lagi pergi gate tu kann... Ain memang dah lesap pergi dulu. Dalam hati ni dok doa la Ain cakap kat pilot tu jangan tutup gate lagi. Hahaha.

Sampai memang around 11.05 pm. Debor gila masa tu.. Nasib orang baru nak buka pintu gate. Fuhhh. Pastu ramai lagi orang kat belakang kitorang rupanyaaaa..... Sampai KL jam 5.30 pagi. Yay!

Habis sudah perjalanan kat Jepun!

A must come back to Japan!

Byeeee!

5 comments:

  1. Bagus kan siap ada prayer room.... Biasa prayer room yang SS jumpa x ada tempat amik solat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sangatttt kan..
      Tempat amik solat kadang jauh sikit.. Perlu amik wudhu kat toilet..

      Delete
  2. Drama kt airport mmg saspen gila fuhh nasib sempat weh! btw aku ada bagpack sama dgn ain tu hahahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahhhh memang saspennn. risau kot kalau terlepas flight mana nk korek duit.....

      Delete