Sunday, February 7, 2016

Road Trip Australia: Melbourne - Maru Koala & Animal Park & Kanasta Caravan Park

Assalamualaikum!

Mari start mula post pasal Road Trip di Melbourne tahun lepas........

26 Ogos 2015

Bertolak jam 10.30 malam dari KLIA 2, kami sampai di Melbourne Tullamarine Airport dalam jam 8.30 pagi. Alhamdulillah. Dalam arrival card, kami declare segala benda. Just to be safe. Yang pastinya, kat imigresen sangat lah panjang..... Pukul 9 pagi baru keluar situ. 

If declare makanan, nanti pihak imigresen akan scan bag kita. If kita bawa anything against law, kena denda AUD 400. Wuuwuuu... Kotak makanan kitorang tak jumpa kat belt pusing-pusing tu. Rupanya kat overweight baggage area. Hahaha. Segala mak nenek makanan semua lepas. Yay!

Melbourne Tullamarine Airport ni, takde la besar sangat. Kami cari toilet jap freshen up apa semua. Lepastu asingkan beg yang nak tinggal kat Baggage Storage dalam airport tu. 

AUD 12 per bag per day. Untuk 2 hari = AUD 24. Kalau korang bawa bagpack, AUD 12 ok! Sebab consider hand carry. Bag besar lain dalam AUD 15. Tips lain! Kalau korang pergi berlima, kumpul bag sama-sama (5 bags +), dapat diskaun 10%! Ni lepas kitorang dah letak bag sorang-sorang baru tau. Heh.

Location: Terminal 2 Arrivals (Ground Floor)
Operating Hours: 5.30 am - 12.30 am (7 days/week)
Document: Passport

Next! Call dulu rental airport pick-up untuk amik kereta sewa. Kena cari Park Royal Hotel untuk naik shuttle minivan dari situ ke Apex Rentals Office.

Entry kereta sewa di Melbourne: 


Jalan luar airport, nampak Sky Bus City Airport Express counter..
Naik bas ni kalau nak ke bandar ye. Senang naik ni.

Ok kita cross road

Park Royal Hotel ni betul-betul depan Melbourne Tullamarine Airport.
Tu shuttle minivan warna putih..
10 minit je dah sampai Apex Rentals Office.

Setel pasal kereta, kitorang mulakan perjalanan ke Maru Koala & Animal Park di Grantville, Victoria! 2 jam perjalanan ni.. Menghala ke Phillip Island.

Pokok kering.. Time ni winter nak masuk spring dah kalau tak silap..

Ok dah sampai!!

Masuk je kan nampak souvenir dulu.....

Lepas masuk dalam, pusing sini..

Alahai comel..

Bayaran apa yang perlu buat?

Entrance Fee: AUD 20 per person (Wajib)
Koala Close Encounter: AUD 20 per person. AUD 10 for another person (Option)
Kangaroo Feeding: AUD 2 (Option)

Banyak jugak haiwan dalam ni. Menarik la. Lepastu suasana hijau je. Kangaroo pulak bersepah-sepah. Dibiarkan macam tu aje untuk kita pegang. Bestttt!

Poney cute nyeee. Jinakkk.. Walaupun dia dok jelir2 lidah. Haha.

Baby kangaroo. Ni memang comelnyerrrr. Alololo.

Kawasan dalam Maru Koala & Animal Park

Ada kolam kecik..

Kangaroo ditepian kolam. Rilek plak dia lepak cenggini haaaa..
Aku risau jugak kalau dia tendang aku.
Sebab yang ni besarrr!

Kangaroo yang Albino. Rare kan!

Toilet cantik..

6 of us! 

Ada Sheep Shearing pukul 2 petang. Free!

Haa ni dah macam carpet aku nengok nyer.. Lembut sangat bulu dia..

Burung merak pun ada.. Tapi dia tak kembang pun..

Koala Encounters tu, sebenarnya kita boleh amik gambar dengan Koala. Dah amik gambar, nanti kena la bayar kan. Details bayaran macam kat atas tu. So kalau nak amik option ni, korang perlu bayar siap-siap kat kaunter sebelum entrance. Nanti dia bagi kertas untuk ke Koala Encounters tu.

So bila time Koala Encounters dah mula, boleh la beratur tunggu giliran amik gambar! Nanti dapat free printed picture.

Si Koala Gemukkkkkkk! Hee geram!

Si wanita cantik... Hehehe..

Guess what!!!?

Kat sini ada Prayer Area! Weh tekezut kot! Tengah-tengah animal park kat Aussie ni jumpa pulak tempat solat. Cumanya, korang kena berlapik sikit la. Since open air & ada burung berterbangan. Amik wudhu yang air sejuk amat dalam toilet yee...

Thumbs up for the management!

Habis pusing dalam ni, moh le gerak. Hari pun dah petang...

Ni macam cafe luar park tuu...

Kami bergerak menuju ke hostel kami...

On the way tu, stop sekejap kat satu tempat ni, namanya Tooradin.

Cantik.... Ada jambatan dengan sungai.... Belah kanan tuuuu laut..
Awan mendung sikit harini...

Hostel kitorang amik masa 1 jam 30 min dari Maru Koala & Animal Park. Sebab lokasi kat Rye.

Around 6 petang, sampai la kami kat Kanasta Caravan Park! Not a hostel la actually....

Jangan main-main, kena drive through tau nak check-in! Hehe. 
Dalam AUD 180 semalam.

Stay dalam caravan. Macam kontena kecik gitu. Ruang dalam walaupun kecik sikit, but sangat lah baloi-baloi untuk kami berenam. Siap ada tempat masak. Tu  yang best.

Ni kita kasi Khal & Azfar tidoq sini..

Bilik air!

Ni bilik kami berempat. Tapi nan ado towel dan bedsheet.
Apa ada hal. Koser pulak nak bawa cadar jauh-jauh ni.

Maggi, ikan bilis pedas, kopi!
Rebus nasi impit dengan makan rendang dalam tin. Nyums!

Sedihnya, malam tu aku sejuk gila. Even dah pakai selimut pun sejuk sangat. Bangun pagi baru aku tau, tingkap tak tutup! Warghhhhhh! Stress mak.

Ok itu aje hari pertama kat Melbourne!

Bye!


6 comments:

  1. pegi aussie x tgk kanggaroo n koala meme rugi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata tak sampai Aussie la kan kalau tak jumpa Kangaroo & Koala kan...

      Delete
  2. bestnyaaa !! bila baca entry orang rasa trkenang2 je.. ehehe..
    best kan Maru.. tempat dia comel. CT x amek pun gambar kat situ ngan Koala.. lari budget =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maru memang best! Suasana betul2 macam kat taman2 open Kangaroo gituuuhhh..

      Hehe Next time kena masuk dalam budget amik gambar dengan Koala... :)

      Delete
  3. bestnya memandu kat sana.. nak try tapi kete kawan manual.. ahaha tahu edop enjin je so kita duduk blakang jadi mem je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi mem sambil tidoq2 takkkkk???!!

      Hehehe

      Delete