Saturday, January 30, 2016

Japan Short Trip: Osaka Museum of Housing and Living - Pakai Kimono!

Assalamualaikum!

Previous post:-



16 Mei 2015

Dari Universal Studio, kita nak cari tempat pakai kimono! Lokasi kat Osaka Museum of Housing And Living, Osaka. Ada banyak jalan sebenarnya nak ke sini. Buka je HyperDia, pilih la mana-mana route nak lalu okeh! 

Nak ke Osaka Museum of Housing and Living ni naik train, perlu stop dekat Tenjimbashi-suji Rokuchome Station. Hah nak nyebut pun payah! Rumit sikit la kalau dari Universal Studio tuuu.

Kami patah balik naik train ke JR Osaka. Dari Osaka, jalan kaki dalam 10 minit ke Higashi Umeda Subway. Tak payah keluar stesen, jalan dalam kawasan station Osaka tu je. Sampai aje kat Higashi Umeda, ada banyak pulakkk line kan sampai konfius. Baru aje nak beli tiket kat satu kaunter ni, tiba-tiba ada pakcik ni datang..

Nampak tak arah ke Tanimachi Line tu? Haa follow je..
Ni kat area Osaka Station..

Ni kat Higashi Umeda dah ni... Banyak sangat signboard sampai konfiussssss!
Belah kanan tu la pakcik tu.

Alhamdulillah, pakcik ni tolong... Kitorang salah port beli tiket rupanyaaa. Haha. Pak cik ni bawa la ke jalan benar... Jalan jauh sikit la pon. Follow je signboard ke Tanimachi Line. Tiket subway 180¥.

Sampai ke tiket kaunter pakcik tu bawa kami....

Higashi Umeda station.. Fuhhh kemain nak mencari subway ni..

180 Yen untuk ke Tenjimbashi-suji Rokuchome Station..

Subway bawah tanah ni....

Dalam train... Tak ramai orang pun...

Sampai pulak kat tempat tu, buruk pulak stesen nyer. Heheh..

Exit 3 untuk ke Osaka Museum of Housing and Living..

Sendu uolls....

Ade pulak orang baik hati nak tolong bawa Exit 3. Ok fine tq. 
Dia nak cuba cakap English jee dengan kiteeee... Hehe.

Sampai-sampai, kita beli onigiri kat Family Mart. Nak kesini, keluar exit, jalan belah kanan ye. 110¥ je onigiri.. Then, patah balik semula ke exit 3, belakang tu je ade bangunan museum tu, tingkat 8 ok?

Tapi kitorang ni menyesat jugak lahhhh. Jumpa akak naik basikal kendong dua orang anak dia... Dia la yang bagitau kat mana museum tu...

Area Family Mart

Jalan jalan......

Suka tengok parking gini...

Ok tiba-tiba dah sampaiii... Naik lif pergi tingkat 8 ok..

Keluar dari lift tingkat 8, akan ada kaunter kat depan tu. Tanya la akak tu, kita nak pakai kimono macam mana prosedur diaaa? Gituuu.. Haha. 600 Yen per entry ok. Banyak rules nak masuk dalam ni.. Tak boleh bawa monopod/tripod. Bagpack tak boleh bawa. Air tak boleh. Camera masuk pun kena bayar.. Tak ingat berapa.. Kitorang pun makan la onigiri depan-depan tu jugak. Takut lapar.. Ada locker nak sumbat semua barang. 100 Yen deposit ye. Nanti dapat balik duit tu.. Then dah bayar semua, sila naik ke tingkat 9..

Opening hours: 10 am - 5 pm.

Korang cari je orang ramai-ramai tengah beratur tunggu giliran. Situ la tempat nak pakai kimono..

Gi masuk satu kedai ni, 200 ¥ untuk pakai kimono selama 30 minit sahaja kat area tingkat 9 tu.. Ok laaa... Amik nombor kat mesin. Nombor tu bagi kat akak kat area mesin tu yer. Sebab dia nak key-in dalam buku.

Edo Period street.. 
Kiranya macam kita dapat tengok zaman-zaman dulu macam mana rumahnya..

Tunggu je laaaa kat tepi-tepi..

Tiba-tiba gelap... Tekezut mak..
Bagi feel dari waktu subuh sampai keesokan hari.
Best lah!

Jangan lupa pulak tiket korang tu simpan sampai nombor dipanggil. Kitorang tunggu sampai 1 jam 30 minit.. Grrr. Hahaha. Nak pakai kimono murah punya pasal. Tempat lain lagi mahal tauuu! 

Tunggu la kau sampai nombor 215!

Nanti bunyi macam kat pos ofis tu panggil nombor. Sila alert eh. Kang tertinggal nombor, bye-bye lahhhhh. Dia akan bagi souvenir stokin. Suruh pakai sebenarnyaa.. Then letak kasut kita kat rak. Pakai la stokin & selipar jepun. Lepas tu dia akan pakaikan kimono ikut saiz korang. Nak pilih mana-mana design pun takpe. Time tu aku dapat 4 pilihan je.. Aim memang nak warna kuning. Dapat pulak tu kannn. Seronok kita.. 

Kak Ana & aku tengah pakai kimono..
Semua kimono cantik-cantik...

Tengah masak nasi...

Macam dalam tv pulak rasaaa...

Ain bajet geisha je tuu..

Banyak gila amik gambar tau. Lepas tu banyak yang blur.
Hahaha.

Model tak seberapa. Ok takkk??

Four of us!

Ni dalam rumah orang... Cantikkan kitorang.
:D

Memang akan ada masa tiba-tiba jadi gelap...
Cantik uols.
Siap bunyi-bunyi lagi..

Konon-konon Kak Jah & Kak Mah berjual beli..

Yang penting, kat dalam ni even 30 minit je pakai baju, memang ohsem! Korang kena try tau!

Ok itu aje.

Byeeee!

1 comment: