Friday, January 1, 2016

Japan Short Trip: Okayama Castle & Korakuen Garden

Assalamualaikum!

SELAMAT TAHUN BARU 2016!

Previous post:-


Ok sambung entry pergi Jepun lagi..

15 Mei 2015

Hari tu kami nak pusing-pusing naik Shinkansen. Hamboihhhhh kannnn! Semuanya senang kalau ada JR Kansai Wide Pass. 

Route yang Sanyo Shinkansen tu kami lalu dalam masa 1 hari. Gunakan pass sebaik mungkin, ok!

Masa dok naik Shinkansen ulang2 ni la baru perasan sesuatu. Shinkansen ni ada beberapa jenis rupanya. Ada yang 16 gerabak, ada 8 gerabak. Paling laju Nozomi & Mizuho. Tapi, kalau pakai JR Pass, tak dapat la naik dua jenis Shinkansen ni. Sebab dia special laaaaaaa. Ada tiket lain. Sila la naik yang jenis lain tuuu, lambat dalam 20 minit gitu la lebih kurang, which tak de hal punnnn. 

Satu lagi kalau korang naik Kodama, akan berhenti kat semua stop. Macam Nozomi berhenti stesen utama je. Haa gitu la lebih kurang....

JR Pass kitorang amik ni pun bukan yang reserved seats. Certain gerabak je. Kalau 16 gerabak tu, gerabak 1 - 5 untuk non-reserved. Yang 8 gerabak tu dari 1 - 3 ajer... Kalau tak tau mana satu hujung pangkal, aku naik aje belah mana-mana sebab nanti cari je la dalam train tuuu. Ape susahhhh. Kan?

Semoga faham ye! :)

Jadi moh le kita bergambar dulu depan bullet train muncung tajam macam ikan todakkk!

Wuhuuuu! Our very first time!

Pagi tu, kami naik Sakura Shinkansen ke Okayama! Train 8.04 pagi sangat on time. 45 minit aje sampai situ dari Shin-Osaka. 

Kat Okayama ni tujuan utama nak pergi Okayama Castle & Korakuen Garden. Jadi.... tanya la encik polis / encik sekuriti kat situ, "Mana nak naik bas pergi Okayama Castle?". 

Nanti dia tunjuk exit East. 

Hah turun eskalator sini...

Ni dari luar Okayama Station yang turun eskalator tadi..

Nampak tak signboard stesen bas? Lalu je bawah bumbung tu.. Nanti nampak kaunter tiket belah kiri korang.

Ni Okayama Station dari luar...

Cakap nak pergi Okayama Castle. Bayar 100 Yen.

Tu kertas orang kaunter tiket tu bagi. Follow aje. Cari bus stop 1, bus nombor 8 dan turun kat Kencho Mae. Sonang nye hidup.
Duit syiling letak dalam poket senang nanti beli segala apa guna coin je, balik Malaysia kang bukan money changer nakkk....

Dalam bas...

Tak jauh pun la. Kejap je. Nanti akan nampak library belah kiri korang. 

Area sini la turun...

Ok mariiiiiiiiiiiii...... 

Dah sampai pintu gerbang...

Sampai dah. Nasib baik la jalan sikit ajeeee... Hehe

Besar nyeee. Cantik pulak tu...

Angle lain.. Aku tak masuk pun... Amik gambar aje..

Then kita hala ke Korakuen Garden. Cantik tau sini!

Turun sana sini. Lepas tu kena lalu Tsukimi Bridge ni..

Dah sampai ticket area. Ikut je signboard ye...
Hujung sana tu Okayama Castle..... Jauhnye kami jalan. Habis kalori ai..

Ada kedai makan area situ..

Ni kami sampai kat South Gate ye.. Kalau nak masuk, bayar la 400 Yen sorang..

Yang bestnya, tiket kitorang dapat 4 gambar tiket lain-lain yang ikut 4 musim! Cun gila lah waktu autumn & spring. Hurmmmm bila la nak sampai tuuuu.....

Serius cantik siniiiiiii. Boleh pengsan sebab cantik. Tapi tak sempat nak pengsan sebab panas. Hahah.

Ni kalau autumn ni mesti cantik kan..

Enyo-Tei house..

Orang dok buat 5S kat kawasan rumah ni. Air kolam tu memang tip top bersih dia. Kagum betul.

Ni acik ni semua nak bergambar dengan kami sebab kami cantikkkk.
Hahahhaha.

Ada wedding photoshoot lagi haa kat Korakuen Garden ni..... Cantik sangat kimono dia kan..

Lagi view.... Ada kolam jugak kat sini.
Memang besar betul la sini. Tak pusing banyak pun. Dalam 1/4 kawasan je lah kitorang jalan..

Saja la up gambar sendiri...

Area ni banyak pokok cun..


Dah puas pusing Korakuen Garden, nak fikir patah balik ikut jalan asal, macam jauh kan. Nasib jumpa stesen bas kat area pintu keluar belah Main Gate Korakuen Garden tu. Ikut je signboard Okayama Castle Exit & Bus Stop. Jalan dan jalan sampai jumpa signboard Korakuen Mae Bus Stop macam kat bawah ni....

Haa Nampak tak signboard tulis for Okayama Stn tu....

Naik bas nombor 8 ye. Price ticket up sikit. 140 ¥. Maybe sebab naik belah lain...

Ni la rupanya bas tu. Hehe.
Bayar masa bila, aku tak ingat. Sorryyyyy.. Huhu...

Naik bas ni, pit stop last sekali kat Okayama Station. Nak meneruskan perjalanan lagiiii.... 

Ok byeee!

2 comments: