Previous post:-
Berjanggut la nak siapkan entry ni oi.. Hehehe.
15 Mei 2015
Sampai je kat Okayama Station, nak mengisi perut lapar, beli la onigiri 2 ketul + kopi kat 7E tuuu..
Dari Okayama, kami naik Shinkansen Mizuho pulak ke Himeji! Ye betul, aku dah cakap... Hari tu, hari shinkansen sedunia untuk kitorang. Hahah.
Keluar dari Himeji Station je nampak dah Himeji Castle. Awesome sangat.... Tapi, nak kena menapak la dalam 20 - 30 minit jugakkk.. Layankan ajee... Kiri kanan jalan sepanjang ke castle tu ada banyak kedai macam mall, restoran semua tu lah.
Ok follow aje map niii... Turun dari Himeji Station, jalan terus don't belok-belok!
Kalau nak naik bas, 100 Yen.
Teksi 640 Yen.
Jalan kaki 0 Yen + buang kalori.
Choose wisely. Hahaha.
Jalan la bawah pokok kot2 tak panas sangat......
Ni dah sampai dah la ni area tasik-tasik pintu gerbang tuuu...
Jalan lagiiiii.... Ingat masuk pintu gerbang dah jumpa ke castle tuuu?
Kena jalan lagi lalu kawasan lapang saiz dah macam bola sepak punya padang..
Himeji Castle ni baru je lepas renovate sejak beberapa tahun dulu. Kira baru lagi la kitorang sampai sini bulan Mei since dia re-open bulan Mac itu hari. Walaupun tak masukkkkkk ponnnnnnnnnnn.. kannnnn. Haha.
Ok sila bacaaaaaa....
Nak masuk ada la dalam 1,000 Yen sorang dewasa.
Kalau ada duit lebih, boleh la masukk...
Sini view dari luar pun dah cun. Besar sangat castle ni. Kalau tengok dari gambar dia kat website, memang meletop lah. Lepas tu ramai sangat orang termasuk student yang buat school trip, aku rasa. Sempat la beli FM kat souvenir shop area situ, tak ingat berapa yen.
View tepi-tepi area kaunter tiket..
View dari padang..
Dengan Ain tukang bawa jalan..... Hehe..
Sebelah kitorang yang berpagar tu, tengah ada model-model practice kat atas runaway.
Ada la tu Japan Fashion Show ke apa gamaknyeeee... Hehhe.
Dah sudah berpanasan, kita patah balik ikut jalan tadi....
Ni area luar pintu gerbang tu..
Cross road.... Nak singgah kedai souvenir tepi jalan..
Ok ni dorang dok beli souvenir dalam ni....
Menghala ke Himeji Station, cari mall untuk tempat solat.. Pastu lucky pulak ada powder room dalam tu. Siap ada cermin, sinki bagai lagiiii. Carpet pulak tu. Boleh le solat situ sambil rehat-rehat kaki... Kalau korang nak keluar duit cash, boleh pergi kat 7 Eleven ATM atau Shin-Osaka Station. Cari yang ada tulis Mastercard ok. Ni pun tau sebab Kak Ana cari ATM...
Jalan-jalan nak ke station, memang berlambak kedai..
Sila lah lalu lalang....
Ini namanya basikal.. Classy sangat kannn...
Terjumpa plak Hello Kitty Cafe dalam ni...
Jalan terus dan terus. Depan tu shopping mall..
Depan shopping mall ada tangga turun tak tahu bawah tu ada apa. Mungkin underground mall kot?
Ni la dalam shopping mall tu. Kiranya mall ni macam Nu Sentral. Sebelah ada stesen keretapi. Gituuuuu.. Cari la signboard train dalam mall ni...
Ok lepas ni pit stop... Kobe! Yang tak dirancang pun dalam itinerary. Mari redahhhh..
Bye!
No comments:
Post a Comment