Sunday, January 10, 2016

Japan Short Trip: Kobe City

Assalamualaikum!

Previous post:-


15 Mei 2015

Ni last entry untuk tarikh ni yer. Ada 1 hari lagi, then bye bye Japan...

Sampai aje kat Himeji Station, cari platform mana nak ke Shin-Kobe, iaitu platform yang menghala ke Shin-Osaka. Paling cepat jam 4.30 pm. Ada masa lagi, kita lepak-lepak dulu makan bekal nasi goreng.

Jam klasik tau.... Kitorang duduk sini pun dengar bunyi keretapi kat atas..

Setel makan, jalan ke platform..

Info on smoking area inside shinkansen..

Menunggu shinkansen sampai jam 4.28 petang.

Ada vendor machine, macam biasa lah kan kat Jepun ni...

Masa ni dok nak amik gambar shinkansen lalu. Sempat la snap satu ni. Dia punya lajuuu... mak aiii... tekejut kitorang. Aku yang berdiri dekat line kuning tu pun terkesima sekejap. Dalam sekelip mata je hilang terus shinkansen tu dari pandangan. Hahahha.
Bayangkan le 300km/j benda bergerak depan mata.... 

Train sampai on time. Kitorang naik gerabak yang kosong, kami je ada dalam tu.... Amik seat sebelah tingkap laaaaa kan masing-masing... 

Dari Himeji, kami amik Shinkansen Kodama untuk ke Shin-Kobe.. 

Kosong!!

Toilet bersihh tiptopppp!
Macam dalam flight.....

Tak ingat berapa lama dalam train, dah sampai Shin-Kobe....

Plan nyee... kita naik Kobe City Loop Bus, nak tengok sunset petang tu kat Nakatottei Pier..

Korang boleh pergi kat Tourist Information Office (2nd Floor) untuk tau bas pukul berapa yang boleh naik. Nanti dia akan bagi map City Loop tu.

Harga ticket:

One ride: 260 Yen (Adult), 130 Yen (Children)
1-Day Pass: 660 Yen (Adult). 330 Yen (Children)

Memandangkan masa tu dah petang, kami amik yang 260 Yen sahaja dan turun kat pier.. Kat situ kee turunnnn????? Hahahahha..... 

Orang kat kaunter info tu tunjuk kat mana nak naik bas. Tapi kitorang tak faham lah kan. Kitorang turun escalator. Jumpa bas banyak-banyak.. Macam pelik ajee... 

Rupanya salah tempat. Padahal belakang kaunter info tu je kot naik basss.. Penat je naik turun kan.

Ada je time table untuk bas ni, semua ada dalam map tu. Yang penting, kalau korang naik City Loop Bus ni, jangan lupa papan tanda macam kat bawah ni tau!

This one!

Mari la naik bas yang sangat klasik niiii..Tak ramai orang pun..

Apa yang aku perhati, kat Kobe ni banyak bangunan yang English style.

Contohnya macam ni.... 


Ni lah bas nye. Cantik kan!
Bayar 260 Yen masa turun tau. Sebab one ride kan.
Kalau amik city loop turun banyak2 tempat (660 Yen), beli dalam bas ni terus..

Dalam beberapa minit naik bas, kitorang kena turun oleh konduktor bas tu. Last stop dia kata kat Chinatown. Oih apaa niii? Sedey kita. 

Ni pun bangunan cantik. Tak tau la apa ada kat dalam..

Jadi, terpaksa laaaa menapak kaki ni ke Nakatottei Pier. Jauh tauuuuu. Tapi buat-buat macam tak jauh jeeee. Sebab tengok pemandangan kan. *Sedapkan hati*..

Ikut map je nak lalu mana. Confirm betul punye lah. 

Tengok tu ada ikan gergasi. Kan terasa sedap dah hati. 

Double storey highway.

Takde orang sini. Sunyi jee...

Dah sampaiiiii! 
Tapi matahari di sebelah sana. 
Kelaut lah nak tengok sunset nyeeee....
Seberang sana tu Kobe Harbor-Land umie.

Ada jeti naik cruise..

Kobe Tower! Area pier ni jeee...

Menikmati pemandangan.... Cantikkk sini..

Mari lah jalan ke sebelah Harbor-Land Umie..

Then terjumpa Umie Mall. Hee suka la sini. Cantik sangat design! 
Nampak tak escalator belah kanan tu?
Tengokla video bawah niiiii...

15 seconds video. Versi laju naik escalator unik niii...

Boleh gila kalau pergi GU dalam Umie Mall ni. Asyik shopping je la. Free tax kalau beli barang 10,001 Yen above!

Sebelah je aku punya ok!

Dah habis jalan-jalan, hari pun dah malam, naik train kat JR Kobe Station. Ada la signboard kat Umie Mall tu. Follow aje. Kena jalan la sikit okk... Walaupun macam nampak dah dekat, tapi lagi jauh rupanyaaa.. 

Tunggu train balik ke Shin-Osaka..

Sampai apartment jam 9.30 malam. Kekonon malam tu nak singgah Dotonbori lagi kat Osaka. Tapi penat punya pasal, cancel. Mandi, masak nasi goreng, tidurrrrrr.... 

Tak ingat dah share ke tak gambar ni.
Our night view in apartment. Tengok shinkansen lalu...

End of day 3! 

Bye!

3 comments:

  1. Cantik view di kobe... blh p kansai airport dr port kobe tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah cantikk sgt situ..

      Dari Port Kobe tu, tak pasti pulak boleh ke Kansai...

      Delete
  2. kalau ke Japan mmg wajib ke kobe port ni

    ReplyDelete