Previous post:-
14 Mei 2015
Sampai Shin-Osaka, kami exit west gate untuk ke apartment yang kitorang sewa. Dah ada orang tunggu kami kat luar station. Tak ingat namanye, dan English dia pun tak ok sangat. So dia just bagi kunci dan tunjuk bilik. Barang-barang pun takde sangat la dalam apartment tu. Tapi boleh la kan. Asal ade tempat tido. Rehat kejap lepas tu keluar jalan-jalan.
Apartment kitorang stay kat Shin-Osaka ni, booked kat Airbnb.. Dalam lebih kurang RM 600 untuk 2 malam. Share la 4 orang. Lokasi pun dekat jugak dengan Shin-Osaka station. Gambar tak de pulak amik. Tak sempat.
View malam hari kat apartment...
Jadinye petang tuuuu nak pergi Lake Biwa. Sebenarnya nak tengok Torii Gate besar kat tengah laut yang ada kat situ. Kira macam yang dekat Hiroshima tu. Disebabkan tak sempat nak pi Hiroshima, ingat nak try pergi Lake Biwa kot la jumpaaa.. Lake Biwa ni tasik air tawar terbesar kat Jepun ye.
Bila tengok map, dari Kyoto lagi dekat nak pergi Lake Biwa ni. Tapi sebab pakai Kansai Pass kan, mari redahhh sajeee dari Shin-Osaka. Plan kitorang.. Naik JR Tokaido-Sanyo line ke JR Maibara Station. Tapi masa tu dah pukul 6 tau. Expected sampai around 7. Tiba-tiba train berhenti kat Yasu Station. Entah kenapa. Terpaksa tukar train. Next train dalam 20 minit pulak tu. Bila tengok map, JR Maibara ni jauh sikit. Jadi tukar plan, kitorang redah JR Hikone Station.
Dalam train ke Hikone
Tapi Hikone ni kan. Sesuatu sangat. Sunyi gila tempat tu. Tak faham aku. Dari jauh dah nampak cahaya dari Hikone Castle. Tapi nak pergi dekat, jalan dah gelap. Masa ni dah 7.30 pm. Gelap oi. Nampak gitu2 je la castle nye punnn... Cun lah atas bukit. Belakang castle tu la Lake Biwa.
Setelah membuat ujikaji, nak tengok Torii Gate tu, naik JR ikut Kosei Line ke station JR Omi-Takashima. Lepastu kena naik teksi turun kat Shirahige Jinja. Klik link tu nak tengok gambar Torii.
Nampak tak cahaya putih hujung tuuuuu?? Castle yang sipi-sipi je nampakkkk... Hahaha
Banyak jugak kedai makan bukak. Tapi macam takde orang pun..
Akhirnya, kami pulang laaa ke Shin-Osaka. Takde rezeki nak tengok Torii. Sesat tah kemana. Haha. Habis masa dalam train je uols. Sejam kot dalam train tuuu... -___-".
Hantar Kak Ana & Iman balik apartment dulu. Aku dengan Ain nak pi jalan kat Osaka. Masa ni dah jam 9.40 malam oi. Naik subway Midosuji Line (red) ke Namba Station. 280 Yen, 15 minit. Pukul 10 malam ramai orang lagiii pe citaaaa??? Tak reti nak balik tidoq kaa...
Ramai orang lagi. Semua still pakai coat.
Malam tu kita pergi Dotonbori. Exit 25/14 kat Namba Station. Dotonbori ni banyak kedai makan. So lively! Ramai sangat orang. Jalan-jalan area Dotonbori Canal, jumpa Glico Man. Aku macam, ape benda laa Glico Man ni oiii? Tak pernah dengar pun.. Apa yang femes sangat dengan orang niii??? Rupanya Glico ni nama satu syarikat candy kat Jepun. Patutla macam pernah dengar nama gula-gula Glico. Kira Glico Man ni trademark company tu laaaa...
Dotonbori. Kiri kanan kedai makan.
Pastu ada orang pakai spender SAHAJA kat sini malam tu.. Dok amik gambar macam Glico Man ni. MOTIPP??
Dotonbori Canal
Jalan sikit nampak orang jual takoyaki. 350 yen untuk 5 ketul. Layan. Sedap jugak la situ..
Dotonbori yang penuh dengan signboard warna warni...
Takoyaki stall..
Nyum nyum..
Aku rasa Dotonbori ni agak kotor sikit lahh. Maybe sebab sini memang tempat orang jalan-jalan makan, pastu buang sampah merata...
Lepas makan kat situ, cepat-cepat naik subway ke Shin-Osaka takut subway tutup. Masa tu pulak dah pukul 11.30 pm ok. Risau aku. Tapi orang ramai gilaaa balik kerja ke minum sakei ni. Hehe. Sebenarnya subway dorang last pukul berapa hah??
Balik ke Shin-Osaka naik subway midosuji line jugak. 280 Yen. Ramai sangat oranggg oii kat station punnn. Lain betul dari Hikone tadi. Hehehe. Sebelum balik apartment singgah Family Mart beli air 100 Yen. Sampai bilik pukul 12 kot. Sempat masak nasi ni. Makan jap then tidur.
OK itu ajeeee...
Byeeeeeeee!
Mentang2 pkai pass, haha...naik train sana sini ya... to mmg sunyi eh town tu... kmi ritu x dpt lma sngt di osaka... huhu.... bnyk sngt tmpt nk p di jepun ni kn... sebulan pon x tentu cukup..huhu
ReplyDeleteTau xpeee.... Naik train jeee kalo tak rugiii... Hehehe..
ReplyDeleteBetul tu, kalau boleh nak tinggal terus kat sana. :D