Sunday, November 29, 2015

Road Trip Australia - New Zealand: Kereta Sewa di Melbourne, Australia

Assalamualaikum!

Previous post:


Belum lagi nak tulis full story trip ke sana.. Sebab trip Jepun tak habis lagii kan.. Heheh.

Kali ni nak cerita serba sikit info tentang kereta sewa kalau korang nak buat road trip pusing Melbourne. Yang New Zealand tu next entry ehhh...

Kat Australia ni, lesen memandu kita nak kena tunjuk yang ada tulis bahasa Inggeris. Jadi, yang tak tukar lesen memandu kepada yang baru lagi tu, sila la buat kat JPJ yer. Aku takdela buat sebab lesen baru tu ada tulis English. Jadi prosedur nak buat tu aku tak pasti. Hehe.

Tak jumpa mana gambar kitorang ber-enam..
Tu Ain & Fid yang kecik2 je dapat duduk belakang tu. Sebelah Ain ada 2 buah kotak makanan. :D

Kami pilih Apex Car Rentals selama 2 hari di Melbourne. Belah Melbourne ni banyak Khal yang uruskan. Jadinye, apa yang aku tahu, aku selit je la dalam ni ok.

Senang je nak booked. Masukkan je tarikh korang nak pergi hari apa, pick-up and drop-off location. Then akan keluar segala macam jenis kereta yang korang boleh pilih depends on bilangan rakan-taulan / keluarga / boifren girfren / bag.

Kitorang 6 orang. Pilih Hyundai Santa Fe mengharapkan dalamnya boleh muat since kat website tulis boleh muat 7 orang. Ada few options macam City & Surf, Carefree Coastal & The Works. Bezanya pada Damage and Loss Cover. Contoh kalau korang amik City & Surf, tiba-tiba terjadi accident, korang perlu bayar AUD 2,750. Kalau amik Carefree Coastal kena bayar AUD 500. The Works pulak AUD 0. Sama ada salah korang atau pun tidak.. Jadinya, amik la yang The Works yer. Selamat sikit, plus....dapat free GPS!

Hyundai Santa Fe

Jangan risau, no booking fee. Tapi credit card perlu semasa booking dibuat. Semua bayar kat ofis Apex Car Rentals. 

Akan ada free shuttle pick-up kat Melbourne Tullamarine Airport untuk ke Apex Car Rentals' office. Nanti korang dah booked, dia bagitau details. Sampai aje kat ofis Apex ni, buat segala bayaran. Macam kitorang, sewa 2 hari, amik yang The Works dapat AUD 104/day x 2 days = AUD 208.

Minivan dari Melbourne Airport ke Apex Car Rentals' Office

Ni haaa ofis nyeeee...

Drop-off hour pulak terpaksa amik yang after office hour, so kena bayar AUD 30 lagi. Kalau tambahan driver, free saje yer. Jadi total AUD 238 untuk 6 orang. Lokasi nak hantar kereta sewa selepas office hour lain yer. Kena hantar kat hotel sesuatu. Nanti aku update hotel apa tu. Sebab tak ingat.

Bond. Kami perlu bayar AUD 400 kepada Apex Rental. Dah tulis masa booking online dibuat. Bond ni akan dapat semula lepas korang pulang kereta sewa. Kalau korang pulang kereta sebelum office hour dan bayar bond by cash, dapatla duit tu on the spot. Macam kitorang, bayar by cash, tapi return kereta after office hour. So tak dapat la bond. Dia masuk dalam CC sebulan lepas tu..

Jadi total payable: AUD 238 + AUD 400 = AUD 638. Boleh asingkan nak bayar by credit card atau cash.

GPS free kalau korang amik option The Works!

Lepas bayaran dibuat, pastikan kereta sewa tu check dulu ok! Pastikan tayar, enjin ke apa ke semua tu dalam keadaan baik. Minyak pun kena kasi full sebelum return. Harga minyak kat Aussie lebih murah nak banding dengan kat NZ nun. 

Gambo dari depan....

Kat Australia ni ada Tol ye macam kat Malaysia. Cuma korang tak nampak pun toll gate tu. Hehe. Dia punya skrin tol ada la along the highway. Tak pasti kat mana. Nanti Apex Rental tu charge dalam CC korang aje sebab dalam kereta tu dah ada macam 'Smart Tag'. Kitorang kena dalam AUD 12++ la macam tu kot. Tapi, dia campur Administrative Fee AUD 3.30 sehari uols. Jadi kalau 5 hari korang road trip dan ada tol? Sila darab.

Tips from Khal
  1. Pastikan masa nak bayar bond, credit card ada spare dalam RM 2,000 ++. Tapi bond tu dia bagitau masa booking kena bayar banyak mana. So just spare yaaa!
  2. Credit card holder mesti ada masa nak buat bayaran.
  3. Kalau nak guna credit card orang lain, Apex Car Rental kena tukar booking policy. Jadi pastikan credit card korang cukup.

Kalau ada apa2 soalan boleh le tanya. Takpun, buka website Apex Car Rentals!

Ok bye!!

11 comments:

  1. Cantik condition kereta..mcm kereta baru...:) Petrol mahal dak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Farikica.... Cantik sangat kereta. Dalam pun ok...
      Petrol 1 L = AUD 1.20++ lebih kurang....

      Delete
  2. One fine day akan ku jejaki jua... Bookmark this entry is a must!

    ReplyDelete
  3. And... Thanks a lot khayze... Ur entry Xi'an helping me a lot.... Yes! A lot... Love uuuuuu!!!! He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. Banyak kali dah terima kasih ni haaa SS.... Hehehe

      :)

      Delete
    2. nampak nya kalau sis JM nk ke Xian akan refer blog Khayze jgk lah bak kata SS...help her a lot

      Delete
  4. Nak tanya sebab tak faham. Haha kalau kita bayar pakai credit card, bond tu tetap kena bayar juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari website Apex:-

      Do you charge a bond?

      No. We do not charge a bond provided the hire is secured or paid for by credit card.

      Hehehe..

      Sebab kitorang tak bayar deposit pun masa booking. Bayar kat ofis apex tu segala benda..
      Kalau ada bond, dia akan bagitau masa booking online dibuat...

      Delete