Saturday, May 9, 2015

Johor Bahru 2015: JJCM


Assalamualaikum!

Nak menyelit jap laaa letak food to eat kat JB! Memang menggendut aku dok JB oi. Makan aje. Huhu.

1) Murtabak Cheese

Aku memang tengok gambar je orang makan murtabak cheese sebelum2 ni.. So member bawa makan kat Murtabak Majid Special Cheese No 1. Hah nama panjang gilo ni.

Kedai ni betul-betul tepi jalan, depan sekolah. Lokasi di Kampung Kurnia. Klik link nama kedai tu pun boleh.

Itu hari kedai tu takdak air. Jadi tak boleh nak makan kat situ. Kita tapau laaa.


Harga.
Kalau yang cheese, harga baru +RM 1 bermula 1 Mei. Kitorang pergi 30 April so selamatlah. Hehe. 

Cheese Special Daging RM 14.
Besar tau. Ni pun aku share. 
Kena makan panas2 baru meleleh cheese nye. Ni dah tapau tak leleh sangat laaa. But still sedap.

2) ABC Kampung Melayu Majidee

Kat Medan Selera. Nama pun medan selera kan, jadi ada banyak gerai dalam tu. Ada satu kedai tu jual ABC. Aku tak try. Tapi member cakap ABC torbaik kat sini. So korang boleh cuba lah yer. 

Itu hari lepak sini minum2 jeeee.

Oh kat sini pun ada Murtabak Cheese.

3) BigFood Cafe, Jalan Kolam Ayer

Big portion. Puas hati. Kenyang. Sampai 2 kali makan kat sini.

Awat la takdak kopi kat sini.... Mesti lagi umph!

Ini carbonara + bolognese kot. 
Torbaik. Dua sekali 1 pinggan.

 Halo!

Pasta Bolognese + Cili Padi lah ni kot kan. Memang out nama aku tak ingat. Haha.
Aku rasa tomato ni dia hancurkan sendiri. Sebab rasa la tomato nye tu. Masam-masam manis.

Spaghetti Carbonara.
Biasala kalau makan ni banyak2 muak dak?
Sedapnye tengok makanan. Huu. Lapo.

 Ini Bihun Goreng Tomyam.
Memang sedap sangattttttttttttttt.
Nangis.

Parmesan Chicken Pasta.
Kuah nye sama macam bolognese tu. Boleh laaa. Ayam sedap.

Nasi Goreng sesuatu.
Sedap jugak nasi nyer.

 Ni Carbonara Turkey kalau tak silap.
Siap sumbing pinggan tu haaaaa... -___-"

6 of us!

Try la air dia yang Mint Tea, Peach Tea. Sedap. Price reasonable. Would love to come again whenever I visit JB next time.

Price range for food: Around RM 18 - RM 30++. Kalau nak makan ramai2, ada yang RM 60 punya.

4) Roost Cafe, Jln Dhoby

Rupanya dekat dengan Pasar Karat jer. Pastu sebelah Roost ni ada kedai chicken chop sedap in town, katanya. Tak sempat nak try. Next time.

Sini mengopi je. Choc Chip & Hazelnut Ice Blended sodap juge.

Area Pasar Karat ni banyak kedai kopi. Klasik lak tu kedainye.


5) Medan Selera Hutan Bandar

Tak sah le kalau datang Johor tak makan lontong ye dakkkk? Best nyer lontong. First time aku dengar lontong kering. Kehkeh. Itu hari makan lontong kuah letak begedil dengan paru RM 5.50. Roti jala RM 3.50. Sedapnye lahai. Pekat tau kuah kari dia. Fuhh. 

Blur itu biasa.

Kat sini ada Chicken Chop murah. Berdepan dengan medan selera ni. Tapi buka malam la kot. Sapo nak makan Chicken Chop pukul 7.30 pagi der?

Okay. Sila la makan kalau gi Johor tu ye.

Bye.

2 comments:

  1. Uishhh..brp hr jln2 carik mkn ni? Bnyk tol venuenyer

    ReplyDelete