Sunday, May 24, 2015

Overland Thailand: Bangkok - Chao Phraya Tourist Boat & MBK Center

Assalamualaikum!!

Baru ada masa nak update blog pergi Thailand tahun lepas. Aduhai.

Route kami: Bangkok - Hua Hin - Surat Thani (Koh Samui) - Hatyai

Tiket flight Air Asia dari KLIA2 ke Bangkok masa tu RM 99 sehala. Depart around 8.30 am dan tiba pada 9.25am waktu Bangkok.

27 August 2014

Sampai sahaja di Don Mueang International Airport Bangkok dan lepas imigresen, belok lah kekiri dan jalan ke Gate 6. Nanti jumpa satu kaunter bas A1. Apebenda bas A1 tu? Itu adalah airport bus yer. Korang nak pi Bangkok City naiklah bas ni.  

Flat rate 30 Baht. Bus every 10 mins. Kalau tak jam dalam 15 minit sahaja perjalanan ke BTS Mo Chit.

Dalam bas..

Sampai sudah. Itu la BTS nye.

Apa-apa pun.. Kena letak bag beso ni ha dulu kat hotel. Kami book 2BR City View State Tower kat Airbnb. Besar. Ada 2 bilik.

Cara untuk ke State Tower, naik BTS dari BTS Mo Chit ke BTS Saphan Taksin. 42 Baht sehala. Jangan lupa tukar train kat BTS Siam yer.

Tiket BTS.

Mo Chit station

View from Mo Chit station

Exit 4 untuk ke State Tower. Sampai dah!


Food stalls depan BTS Taksin ni...

Ada simpang depan BTS Taksin tu, belok kiri.
Nampak Robinson belah kiri korang.

Hah itu bangunan nye dari Robinson.
Belah kanan korang.

 Terus lagi jumpa stall jual mangga sedapnye fuhh.

Belok kanan lah agak2 je mana nak masuk. Kitorang redah jeeee. Kami pun tak jumpa pintu masuk. Ikut jalan belakang entah mana-mana. Tanya orang ye.

RM 452 untuk satu apartment untuk 2 malam.. Siap Free WiFi uols.

Bilik air besarrr besttt!

Nak masak pun boleh.

Besar kan! Sebiji dalam website.

Indahnya kehidupan ada benda alah bernama mesin basuh.

Room 1

Room 2



Our viewwww!

Spacious. Puas hati.

Dah rehat sekejap apa semua.. Mari explore Bangkok!

Sebelum tu kita beli air limau bali tepi jalan 20 Baht! Sedap oi minum panas2 ni.

Uyu yang gembira.

Belakang BTS Saphan Taksin tu ada juga salah satu pengangkutan air terkenal di Bangkok iaitu Chao Phraya Tourist Boat.

Ini pintu masuk. 
Sathorn Pier atau juga dikenali sebagai Central Pier.
Kira macam first pit stop for the Tourist Boat.

Dari Sathorn Pier ni setiap 30 minit bot.
Operates from 930am to 530pm.

Itu kaunter tiket. Beli situ terus.

Ruang menunggu.

One Day River Pass for 150 Baht.
Unlimited ride sampai masa yang ditetapkan la.
Akan dapat map jugak. So kalau rasa nak turun kat sekian2 tempat, sonang.

Bot ni panjang dan besar.

Orang Korea depan aku dok mekap aje.

Wat Rakhang Khositaram

Wat Arun (Temple of Dawn)
Nak kesini turun kat Tha Tien Pier lepas tu naik bot kecik pi situ.

Boleh duduk depan bot jugak amik gambar..

Peninsula Hotel, Bangkok

Kami turun kat stop yang terakhir Phra Arthit Pier (N13). 

Kecik je Pier ni.

Lepas tu macam eh macam mana nak pi Victory Monument? Jalan kaki? Macam jauh je. Nak hujan pulak tu.... Jadi kita tanya abam polis.

Dan mereka tahankan teksi untuk kami.
Teksi kat Bangkok ni murah je. Sangat convenient naik teksi if korang penat shopping ke apa.
Yang penting amik teksi meter ok!

Dari N13 ke Victory Monument ada dalam 20 Baht sahaja per person. 30 minit sebab jam. Aku tidur je. Jetlagged katakau. Kahkah. 

Kami kat sini nak beli tiket van untuk ke Kanchanaburi the next day. Dah janji dengan tourist guy jumpa kat sana around 8am. Since the tour starts at 8.30am. Perjalanan ke Kanchanaburi pulak dalam 2 jam 30 min. Most of the van operates at 6.30am. Memang tak sempat ni. Nanti terlepas tour.

Cari pula simcard untuk contact tour guide kami tu - Toi. 299 Baht per simkad beli kat 7 Eleven area Victory Monument. Kami sempatlah beli Snickers murah 20 Baht ja seketul. Klik SINI untuk gambar simkad kami beli. Details pun ada kat link tu.

Tak reti nak guna simkad tu sebenarnya. Tapi WiFi boleh pulak. -___-". Sampai 8 users ok! Jadi hantar je email kat Toi tu. Time tu kami decide to take a bus the next day early in the morning. 

Perut dah lapar, jadi mari ke MBK Center. Dari BTS Victory Monument ke BTS National Stadium - 28 Baht. 

Terus cari kedai makan halal kat Tingkat 5. Kitorang masuk Food Court sebenarnya masa tu. Mana la kedai nama Yana Restaurant ni haaa.. Tak jumpaaaa... Bila dah duduk dalam Food Court tu, baru ternampak Yana Restaurant yang letaknya di luar Food Court. Chet. Salah lokasi.

Menu luar jeee aku kasi tengok..

Teh tarik

Daging

Tom Yam Putih

Kerabu mangga opkos

Ini la kedai nya.

Total makan malam 872 Baht. Sedap!

Lepas tu kami jalan-jalan dalam MBK Center ni. Punya la besar pastu banyak gila kedai. Cover handphone berlambak kat sini. Cover Iphone 200 Baht dapat 2 biji. Cover S3 200 Baht 1 biji. Tshirt around 250 Baht sehelai. Handbag 300 Baht. Hehe. Handbag tak nak lupa.

Area belah atas ni. Souvenir.

Cantik kedai ni tau. Liplap.

Lepas tu jalan lagi pergi Hard Rock Bangkok. Dekat je dengan MBK ni. Jalan kaki ikut GPS.



Dah lotih, kami pulang la ke apartment. Naik BTS Siam Station ke BTS Saphan Taksin 34 Baht. 

On the way balik, hujan pulakkk. Lebat lak tu. Sabo je laaa....

Ok itu sahaja untuk hari pertama!

Bye!

7 comments:

  1. Ehh... ade river pass eh? X tau pon... dulu p bngkok sehari jA. Ob the way blik dr pattaya. Mmg x kemana sngt kecuali ke madamme tussaud dn sekitar dngn psr mlm famous tu.. lupa plok nma... kerabu itu sungguh meruntun kalbu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade... Famous jugak situ. Ramai orang... Pasar malam kami x sempat pergi. Masuk mall jeeee... Shopping sikit... Kerabu tu sedap kan. Lapo2.

      Delete
  2. Hello. Nak Tanya, kalau Jalan kaki ke Robinson mall from bts saphan taksin waktu malam seorang diri bahaya tak? Gelap tak jalan di bawah bts taksin exit 4 tu? Thank you. Coz I plan nak stay kat glur hostel near Robinson mall....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh sangat Robinson Mall dengan BTS Saphan tu... Malam2 ada je lampu, orang tak ramai sangat since situ area kedai. Jadi, hati2 ye..

      Delete
  3. Siti...di bawah flyover Victory monument tu kan byk kaunter jual tiket...then kaunter tiket yg mana jual tiket ke kanchanaburi eh..last two week sis JM beli tiket nk ke maeklong railway market tu...sis sebut lah meh-glong...rupanya salah lokasi...di turunkan di tepi highway sorang huhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ada banyak kaunter jual tiket. Tapi situ tak ada time yang kami nak.. Sebab tu pergi naik kat stesen bas lain..

      Kami naik kat Southern Bus Terminal/Sai Tai Mai ke Kanchanaburi.

      Ooo nak pergi Maeklong tu ye. Kitorang x pergi situ pulakk... Kesiannya kena tnggal kat highway... :(

      Delete
  4. mekkk boleh x nak itinerary overland Thailand ni? ada buat yg excel x? cadangnya nk p hujung tahun ni. hihi if boleh email kt rosnazira611@gmail.com ye tenkiu daun keladi..

    ReplyDelete