Sunday, April 19, 2015

Pulau Perhentian 2014: Hari terakhir! Makan di Kuala Besut

Assalamualaikum!

Previous post:-


22 Jun 2014

Hari terakhir di Perhentian! Sobsss..

Jadi pagi itu kita feeling2 omputih sikit makan roti gituh. Sebenarnya memang takde orang jual nasi lemak pun pagi2 kat Perhentian ni haaaaaa. :)

Sarapan kat kedai belah belah sanaaaa...




Rindu nyaaa..



Haaa kat chalet sini kami makan. Alur-alur Bay kalau tak silap. Masuk jeeee... Sebabnya nak makan tepi pantai.

Port makan pun tepi pantai.
Teh tarik manis gilo RM 3.90.

Toast with fried egg.
RM 9.90

Waffle.
RM 10.90

Memang la mahal, Harga kat pulau kan. Tapi makan tepi pantai angin sepoi2 tu priceless okayyyyy.

Wefie 1
Wefie 2 

Jum balik bilik.. Kemas barang.

Jangan lupa ye bagitau kat receptionist Flora Bay tu nak naik bot jam berapa. Ada pukul 8 am, 12 pm & 4 pm sahaja.. Kami booked yang pukul 12pm. Tunggu la kau sampai bot laju datang.

Sambil2 tu kita amik gambarrrrrr....


Ini dive centre. Betul betul sebelah Flora Bay.

Ini pemandangan aje.


Four of us!

Morning view 

Lepak lagi tunggu bot.

Abam receptionist kat Perhentian ni sangatlah sempoiii. Dia plak suruh kitorang posing macam-macam cara depan Flora Bay ni ha.. Yang pentingnya, love this resort.

Jeti ni kecik aje.

Sampai jeti, kami decide untuk letak bag sekejap kat Perhentian Trans Holiday. Nasib baik dia pagi letak. Hoho. Boleh la jalan senang lenang ye dakkk. Pergi beli souvenir sikit kat area Jeti Kuala Besut tu. Ada banyak gerai makan jugak. Tiket bas pun jual kat sini. Agent la tapi yeee.. Kalau  nak beli tiket bas, kat stesen bas Kuala Besut tu haa..

Singgah jap makan nasi kat gerai area Kuala Besut tu. Dalam RM 5 sorang. Ada banyak teksi kat sebelah jeti. Tu yang nampak teksi ke airport Kota Bharu lagi murah dari Kuala Terengganu. 

Lepas tu kitorang macam bosan tak tau nak buat apa. Nak cari teksi sebenarnya cari keropok lekor. Ada yang tak nak pergi. Mahal la.

Sekali ada pakcik ni approach kami. Tanya nak ke mana. Kitorang cakap la nak cari keropok lekor. So pakcik yang bernama Pak Cik Jamal ni pun bawa la kami jalan-jalan kejap area situ dengan RM 5 sorang.

Ni name card pakcik Jamal. 
Boleh la nak contact dia sementara nak tunggu bas korang pukul 9 malam tu kannnnnn.
Takpun, boleh je naik teksi..

Aku tak tau la nama kedai ni apa ye. Tapi dah nak masuk sempadan Kelantan dah.. Betul-betul tepi jalan.

Fresh kopok lekorrrrr! Fuhh. RM 2 untuk 8 biji. Hahaha murah nye.

Nyums.. Minum plak dekat air kelapa seberang jalan tu haaaa. 
Air kelapa RM 2.50

Sebelah kedai keropok lekor ni pulak, ada kedai jual segala jenis keropok lah. Kitorang pun rembat keropok paket kecik2 tu RM 1 je sepaket. Yang paling terangkat dia punya sos. SOS LABA. Kau ingat tu. Sedap gila. RM 3 sebotol.

Sata. Pakcik Jamal ni bawakkan kami kat gerai makcik sorang ni. Tak ingat harga.
Gambar pun blur.

Hasil kutipan

Hujan lebat tau masa ni. Pakcik Jamal ni pun bawa kami pulang ke jeti semula. 

Amik bag kat Perhentian Trans Holiday, lepas tu lepak lagi depan jeti tunggu hujan berhenti. Dah bosan sampai Sos LABA tu pecah sebotol sedih sangat, pergi lepak gerai makan lain. Dekat dengan stesen bas. 

Tiket bas dari Kuala Jesut ke Kuala Lumpur (Hentian Putra) berharga RM 44 seorang ye. Kalau tak silap bas pukul 9 malam. Kami naik Mahligai Ekspres kalau tak silap. Semuanya tak silap. Sebab aku tak menulis benda2 ni semua. Lupa. Hehe. Eh dengar cerita Hentian Putra dah tutup yerrrrr?

Sampai KL around 5 pagi kot.

Jadinya, berakhirlah perjalanan aku bersama kawan-kawan di Pulau Perhentian yang cukupppppp indah! Terasa nak pergi lagi tapi baik aku pergi Redang ye dak?? 

Ok terima kasih membaca!

Next entry........... lokasi baru!

Bye!

4 comments:

  1. xmo redang. lombok plisssss hahahha


    fishah cun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok2 Redang aku pi dengan suami aku la gituuuu. Hahahaha.

      Lombok la next year mari.

      Delete
  2. Perhentian mmg ade dlm wishlist..hehe... cntik2 corals kt sana... bsr waffles tu... harga pon mengamcam... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhentian cantik amat. Kena pergi tauuuu... :)
      Waffles mmg besar. Harga juga besar. Hahaha.

      Delete