Sunday, February 8, 2015

Kemboja 2014: Halal Food - Malaysia Restaurant & Asmak 81 Phnom Penh

Assalamualaikum!

Previous post:-


6 April 2014

Lepas jalan-jalan kat Riverside, kami naik tuk-tuk dan minta Dahlan bawa kami pusing-pusing bandar malam tu.

Ramai sangat orang sebab muda-mudi keluar berhibur katanya. Malam minggu la katakan.

Dahlan dari belakang.

Independence Monument in Phnom Penh. Terletak di tengah-tengah roundabout.

Malam tu ada concert rupanya kat Phnom Penh. Miss A dari Korea datang. Ramai sangat orang.... Nasib baik bukan jalan kaki, kalau tak memang tidur tepi jalan jer.

Kami minta Dahlan hantar balik. Nak makan malam pulak. Plan nak makan biasa-biasa je sebab nak makan maggi malam ni. Habiskan maggi. Hahah.

Malam tu kami makan kat Malaysia Restaurant. Kedai biasa yang penting halal. Kitorang berpandukan alamat je nak pergi ke sini. Tanya orang A dia bagitau jalan ni. Tanya orang B, dia bagitau jalan ni. Grr. Pusing punya pusing sebenarnya dekat aje. Nasib baik jumpa.

Alamat Malaysia Restaurant: No 57, St 13 Phsar Chas District, Khan Doun Penh

Bihun sup!

Mee Goreng

Total harga USD 10.5 untuk kami 5 orang ni. 

Jalan kaki balik nak cari massage center. Sebenarnya depan Velkommen Guest House ni ada satu massage center. Ada sorang makcik ni mungkin owner dia dok la ajak kami masuk kedai dia. Bila tanya harga, USD 8/hour. Mahal kan? Patut USD 3 je tau. Hahaha. Cheapskate.

Jadinya, "Takpelah makcik. Thank you". Pastu dia macam bebel sorang-sorang marah-marah. Dah tanya harga, tak nak masuk pulak kan. Haha.

Semangat kental nak cari massage center ni tebal sungguh dalam diri. Letih kot berjalan satu hari. Punya la jenuh nak mencari ni tapi tak jumpaaaa yang murah dari kedai depan hostel. Aku rasa dah berapa blok kedai berjalan. 

Konon2 nak try yang kat depan Riverside which is of course totally mahal out of budget. Tapi poyo jugak nak masuk tanya harga. So ok bye bye je laa...

Alih-alih..... Patah balik kat kedai makcik depan Velkommen tu jugak. Makcik tu sengih2 kerang busuk kau tahu. "Tak jumpa massage murah le tu". Kitorang bajet dia cakap macam tu dalam hati. Kahkahkah. Mahal pun mahal laaaa....

Habis tu, balik bilik kitorang pesta maggi. Muka tak malu minta air panas kat abang jaga bar kat dalam Velkommen Guest House. "Maggi je kee...?" kata dia. 

7 April 2014

Hari ni kami ada few places to go. So isi perut dulu dekat Asmak 81.

Kalau dengan Dahlan ni, cakap je dengan dia nak makan kat mana. Nanti dia bawa. Asmak 81, interior cantik. Buluh-buluh gitu. Makanan pun ok la, not bad.

Air tu free tau. Macam Jasmine Tea kalau tak silap.
Kedai ni ada dua tingkat.

Morning!

Nasi Goreng 1

Nasi Goreng 2 - Rupa sama macam Nasi Goreng 1 jer.

Nasi Goreng 3 - Nasi sama tapi tambah nenas.

Kuey Teow 

Nasi Goreng special.

Sebenarnya tak ingat nama menu nye. Hehehehe. Total harga USD 13.60 untuk 5 orang.

Pagi tu kami pergi Killing Field dulu. Tapi next entry aku cerita pasal tempat tu. Ni gambar dalam tuk-tuk.

Rina - Tikah

Mame - Khay - Fisha

Sekitar bandar Phnom Penh waktu pagi Isnin.

Huu besarnya rumah tepi jalan

Dari jauh ku jumpa ini. :)

Ok, byeee!

6 comments:

  1. X susah nk mkn kt phnom penh ya? Haahla..slalu nassage kaki kt sna dlm 2 ke 3 usd... kmi massage kt hotel pon usd5 ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sangat cari makan kat sana. Takde masalah...
      Hee kami tak jumpa yang murah. Tu yang pelik tu..
      Murah jugak eh dapat USD 5. Kami ni kena bayar sampai USD 8.

      Delete
  2. hai
    sis follow your bromo punya entry
    seronok ada geng jalan camni
    sis pun nak cari geng jalan2 la camni
    nampak seronok gila pengembaraan korang

    btw makanan kat atas sedap2 gila
    walau nampak sama, rencah dia lain2 utk each nasi

    ReplyDelete
  3. HI Elly,

    Cari la kawan-kawan untuk travel. Seronok bila kita tengok Negara orang ni. Banyak pengalaman. Kalau berani sikit, boleh solo travel. Hehehe.

    Makanan dia boleh tahan kat PP ni. Lebih kurang macam Malaysia. Rasa lain sikit.

    ReplyDelete
  4. Makanan kat sana pun lebih kurang kat Melesia kan...tak ada la pelik sangat..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah lebih kurang je kan Aishah. So boleh makan dengan senang hatiiii... :)

      Delete