Sunday, December 20, 2015

Road Trip Australia - New Zealand: Kereta Sewa di South Island, New Zealand

Assalamualaikum!

Previous post:-



Kali ni nak cerita kereta sewa kat South Island, New Zealand pulak..
Kami pilih Shoestring sepanjang kat sana. Apa yang best pasal Shoestring ni? Copy paste from website jeeee :-
  • Free Airport and hotel pickup (anytime) in your car.
  • Based only 400m from Christchurch Airport terminal.
  • Anytime drop off at Christchurch Airport (no charge).
Paling penting... FREE DROP-OFF oi. Hehe.Tapi, Shoestring ni operate hanya di Christchurch jer. Maksudnya, kalau korang beli tiket flight turun belah North macam Auckland tu, dia takde ye. Kena rent syarikat lain lahhh..

Ni la ofis Shoestring Rental kat Christchurch. Bangunan dalam pagar tu. Ni time hantar kereta waktu nak balik. Kena hantar kereta sendiri. Sebab dah habis ofis hour, park luar je. Banyak berjasa betul kereta ni.
 
Booking. Masuk je website dia, pilih kereta apa korang nak. Bergantung kepada berapa ramai orang + luggage. Macam kitorang, 6 orang dengan bagpack dan kotak makanan, amik Toyota Estima 7 seater. Booking online je semua. Tapi kena masukkan credit card korang just for secured booking. Takkan tolak charge apa-apa selagi hari yang korang pick-up kereta sewa tu. Senang.
 
 
Harga sewa kereta. Depends on season. Musim panas memang mahal yerrrr. Jadi, sila la booking awal. Kitorang gi winter, off-peak season jadi dapat NZD 74 per day. Untuk 8 hari, NZD 592. Itu pun booked 5 bulan sebelum date arrival. Harga dah termasuk tax & insurans.
GPS. Shoestring akan charge NZD 8 per day. Jadi 8 hari, NZD 64. 

Total rental price: NZD 592 + NZD 64 = NZD 656. Kitorang bayar cash kat sana..



Ni time isi minyak kat Makarora.. 
 

Bond. NZD 1,500. Takde pulak dia tolak bond ni dari kad kredit. Cuma apa aku baca, bond ni refundable kalau kereta dalam keadaan baik, takde rosak, accident bagai lah. Sebab tu dia amik details kad kredit korang.. Tapi tak tolak pun duit, so... kira bayar harga sewa kereta je lah masa pick-up tu..


Lesen memandu. Sila la bawa nanti orang kereta nak isi nombor lesen memandu korang. Additional driver takde caj pun. Dorang pun kena ada lesen memandu ye. Kot la nanti polis datang hendap korang..... 


Fuel. Ni kena tau berapa jauh perjalanan korang. Google map je kemana korang nak pergi. Boleh masuk website Numbeo ni kalau nak check harga minyak so boleh la budget berapa dalam itinerary. Fuel efficiency/consumption tu maksudnya berapa liter per 100 kilometer. Google je berapa untuk kereta yang pilih tu. Aku  ni semua Google je laaaaa.. Haha... Kalau macam aku itu hari memang pandai sangat tak amik tau pun kannn. Isi distance je. Keluar la dalam NZD 220 sepanjang perjalanan 2,200 km tuuu. Lepas tu masing2 dah tukar duit, dua hari sebelum baru aku perasan. Fuel Consumption 5L/100km apehal. Padahal Toyoto Estima tu 8L/100km ok. Bayangkan beza banyak tu. NZD 350 patutnya. Ngeng betul. Terpaksa la guna credit card kat sana. Huhu.



So ni estimate dalam NZD 350 untuk 2,200 km kereta Estima
 

Harga minyak. Average NZD 1.98 per liter. Harga berubah setiap hari dan lagi ceruk korang pergi, lagi mahal leeeee minyak tuu. Paling mahal dalam NZD 2.20. Jangan convert jangan convert.. Haha


Yang best kat NZ ni, tak de Tol. Dahla jalan berliku-liku, takde tol pulak tuuuu. Kat Malaysia semua benda nak naik yerrrrrrrrr. Huhuhu.


Apa-apa pun, jangan lupa check kereta sebelum mulakan perjalanan korang! Make sure angin tayar tip top! Minyak full sentiasaaaaa... Hehe.

Alhamdulillah, takde masalah pun dengan kereta sewa dari Shoestring. Owner pun baik. Proses amik kereta pun senang. Simple bak kata owner.


Ok la tu je kot... 



Baca FAQ kat website dia untuk details. 


Bila entah nak masuk entry OZ-NZ niiiii.....

Byeeee! 


Monday, December 7, 2015

Japan Short Trip: Hikone & Dotonbori, Osaka

Assalamualaikum!

Previous post:-


14 Mei 2015

Sampai Shin-Osaka, kami exit west gate untuk ke apartment yang kitorang sewa. Dah ada orang tunggu kami kat luar station. Tak ingat namanye, dan English dia pun tak ok sangat. So dia just bagi kunci dan tunjuk bilik. Barang-barang pun takde sangat la dalam apartment tu. Tapi boleh la kan. Asal ade tempat tido. Rehat kejap lepas tu keluar jalan-jalan.

Apartment kitorang stay kat Shin-Osaka ni, booked kat Airbnb.. Dalam lebih kurang RM 600 untuk 2 malam. Share la 4 orang. Lokasi pun dekat jugak dengan Shin-Osaka station. Gambar tak de pulak amik. Tak sempat. 

View malam hari kat apartment...

Jadinye petang tuuuu nak pergi Lake Biwa. Sebenarnya nak tengok Torii Gate besar kat tengah laut yang ada kat situ. Kira macam yang dekat Hiroshima tu. Disebabkan tak sempat nak pi Hiroshima, ingat nak try pergi Lake Biwa kot la jumpaaa.. Lake Biwa ni tasik air tawar terbesar kat Jepun ye. 

Bila tengok map, dari Kyoto lagi dekat nak pergi Lake Biwa ni. Tapi sebab pakai Kansai Pass kan, mari redahhh sajeee dari Shin-Osaka. Plan kitorang.. Naik JR Tokaido-Sanyo line ke JR Maibara Station. Tapi masa tu dah pukul 6 tau. Expected sampai around 7. Tiba-tiba train berhenti kat Yasu Station. Entah kenapa. Terpaksa tukar train. Next train dalam 20 minit pulak tu. Bila tengok map, JR Maibara ni jauh sikit. Jadi tukar plan, kitorang redah JR Hikone Station. 

Dalam train ke Hikone

Tapi Hikone ni kan. Sesuatu sangat. Sunyi gila tempat tu. Tak faham aku. Dari jauh dah nampak cahaya dari Hikone Castle. Tapi nak pergi dekat, jalan dah gelap. Masa ni dah 7.30 pm. Gelap oi. Nampak gitu2 je la castle nye punnn... Cun lah atas bukit. Belakang castle tu la Lake Biwa. 

Setelah membuat ujikaji, nak tengok Torii Gate tu, naik JR ikut Kosei Line ke station JR Omi-Takashima. Lepastu kena naik teksi turun kat Shirahige Jinja. Klik link tu nak tengok gambar Torii.

Nampak tak cahaya putih hujung tuuuuu?? Castle yang sipi-sipi je nampakkkk... Hahaha


Kedai tak buka pun..


Sendu je haaa bandar Hikone..


Banyak jugak kedai makan bukak. Tapi macam takde orang pun..

Akhirnya, kami pulang laaa ke Shin-Osaka. Takde rezeki nak tengok Torii. Sesat tah kemana. Haha. Habis masa dalam train je uols. Sejam kot dalam train tuuu... -___-". 

Hantar Kak Ana & Iman balik apartment dulu. Aku dengan Ain nak pi jalan kat Osaka. Masa ni dah jam 9.40 malam oi. Naik subway Midosuji Line (red) ke Namba Station. 280 Yen, 15 minit. Pukul 10 malam ramai orang lagiii pe citaaaa??? Tak reti nak balik tidoq kaa... 


Ramai orang lagi. Semua still pakai coat.

Malam tu kita pergi Dotonbori. Exit 25/14 kat Namba Station. Dotonbori ni banyak kedai makan. So lively! Ramai sangat orang. Jalan-jalan area Dotonbori Canal, jumpa Glico Man. Aku macam, ape benda laa Glico Man ni oiii? Tak pernah dengar pun.. Apa yang femes sangat dengan orang niii??? Rupanya Glico ni nama satu syarikat candy kat Jepun. Patutla macam pernah dengar nama gula-gula Glico. Kira Glico Man ni trademark company tu laaaa... 

Dotonbori. Kiri kanan kedai makan.


Pastu ada orang pakai spender SAHAJA kat sini malam tu.. Dok amik gambar macam Glico Man ni. MOTIPP??

Dotonbori Canal

Jalan sikit nampak orang jual takoyaki. 350 yen untuk 5 ketul. Layan. Sedap jugak la situ..

Dotonbori yang penuh dengan signboard warna warni...

Takoyaki stall..

Nyum nyum..

Aku rasa Dotonbori ni agak kotor sikit lahh. Maybe sebab sini memang tempat orang jalan-jalan makan, pastu buang sampah merata... 

Lepas makan kat situ, cepat-cepat naik subway ke Shin-Osaka takut subway tutup. Masa tu pulak dah pukul 11.30 pm ok. Risau aku. Tapi orang ramai gilaaa balik kerja ke minum sakei ni. Hehe. Sebenarnya subway dorang last pukul berapa hah??

Balik ke Shin-Osaka naik subway midosuji line jugak. 280 Yen. Ramai sangat oranggg oii kat station punnn. Lain betul dari Hikone tadi. Hehehe. Sebelum balik apartment singgah Family Mart beli air 100 Yen. Sampai bilik pukul 12 kot. Sempat masak nasi ni. Makan jap then tidur. 

OK itu ajeeee...

Byeeeeeeee!

Sunday, November 29, 2015

Road Trip Australia - New Zealand: Kereta Sewa di Melbourne, Australia

Assalamualaikum!

Previous post:


Belum lagi nak tulis full story trip ke sana.. Sebab trip Jepun tak habis lagii kan.. Heheh.

Kali ni nak cerita serba sikit info tentang kereta sewa kalau korang nak buat road trip pusing Melbourne. Yang New Zealand tu next entry ehhh...

Kat Australia ni, lesen memandu kita nak kena tunjuk yang ada tulis bahasa Inggeris. Jadi, yang tak tukar lesen memandu kepada yang baru lagi tu, sila la buat kat JPJ yer. Aku takdela buat sebab lesen baru tu ada tulis English. Jadi prosedur nak buat tu aku tak pasti. Hehe.

Tak jumpa mana gambar kitorang ber-enam..
Tu Ain & Fid yang kecik2 je dapat duduk belakang tu. Sebelah Ain ada 2 buah kotak makanan. :D

Kami pilih Apex Car Rentals selama 2 hari di Melbourne. Belah Melbourne ni banyak Khal yang uruskan. Jadinye, apa yang aku tahu, aku selit je la dalam ni ok.

Senang je nak booked. Masukkan je tarikh korang nak pergi hari apa, pick-up and drop-off location. Then akan keluar segala macam jenis kereta yang korang boleh pilih depends on bilangan rakan-taulan / keluarga / boifren girfren / bag.

Kitorang 6 orang. Pilih Hyundai Santa Fe mengharapkan dalamnya boleh muat since kat website tulis boleh muat 7 orang. Ada few options macam City & Surf, Carefree Coastal & The Works. Bezanya pada Damage and Loss Cover. Contoh kalau korang amik City & Surf, tiba-tiba terjadi accident, korang perlu bayar AUD 2,750. Kalau amik Carefree Coastal kena bayar AUD 500. The Works pulak AUD 0. Sama ada salah korang atau pun tidak.. Jadinya, amik la yang The Works yer. Selamat sikit, plus....dapat free GPS!

Hyundai Santa Fe

Jangan risau, no booking fee. Tapi credit card perlu semasa booking dibuat. Semua bayar kat ofis Apex Car Rentals. 

Akan ada free shuttle pick-up kat Melbourne Tullamarine Airport untuk ke Apex Car Rentals' office. Nanti korang dah booked, dia bagitau details. Sampai aje kat ofis Apex ni, buat segala bayaran. Macam kitorang, sewa 2 hari, amik yang The Works dapat AUD 104/day x 2 days = AUD 208.

Minivan dari Melbourne Airport ke Apex Car Rentals' Office

Ni haaa ofis nyeeee...

Drop-off hour pulak terpaksa amik yang after office hour, so kena bayar AUD 30 lagi. Kalau tambahan driver, free saje yer. Jadi total AUD 238 untuk 6 orang. Lokasi nak hantar kereta sewa selepas office hour lain yer. Kena hantar kat hotel sesuatu. Nanti aku update hotel apa tu. Sebab tak ingat.

Bond. Kami perlu bayar AUD 400 kepada Apex Rental. Dah tulis masa booking online dibuat. Bond ni akan dapat semula lepas korang pulang kereta sewa. Kalau korang pulang kereta sebelum office hour dan bayar bond by cash, dapatla duit tu on the spot. Macam kitorang, bayar by cash, tapi return kereta after office hour. So tak dapat la bond. Dia masuk dalam CC sebulan lepas tu..

Jadi total payable: AUD 238 + AUD 400 = AUD 638. Boleh asingkan nak bayar by credit card atau cash.

GPS free kalau korang amik option The Works!

Lepas bayaran dibuat, pastikan kereta sewa tu check dulu ok! Pastikan tayar, enjin ke apa ke semua tu dalam keadaan baik. Minyak pun kena kasi full sebelum return. Harga minyak kat Aussie lebih murah nak banding dengan kat NZ nun. 

Gambo dari depan....

Kat Australia ni ada Tol ye macam kat Malaysia. Cuma korang tak nampak pun toll gate tu. Hehe. Dia punya skrin tol ada la along the highway. Tak pasti kat mana. Nanti Apex Rental tu charge dalam CC korang aje sebab dalam kereta tu dah ada macam 'Smart Tag'. Kitorang kena dalam AUD 12++ la macam tu kot. Tapi, dia campur Administrative Fee AUD 3.30 sehari uols. Jadi kalau 5 hari korang road trip dan ada tol? Sila darab.

Tips from Khal
  1. Pastikan masa nak bayar bond, credit card ada spare dalam RM 2,000 ++. Tapi bond tu dia bagitau masa booking kena bayar banyak mana. So just spare yaaa!
  2. Credit card holder mesti ada masa nak buat bayaran.
  3. Kalau nak guna credit card orang lain, Apex Car Rental kena tukar booking policy. Jadi pastikan credit card korang cukup.

Kalau ada apa2 soalan boleh le tanya. Takpun, buka website Apex Car Rentals!

Ok bye!!

Monday, November 23, 2015

Japan Short Trip: Arashiyama - Bamboo Grooves & Togetsukyo Bridge

Assalamualaikum!

Previous post:-


Lama tak bersiaran yerr..

14 Mei 2015

Balik dari Sagano Scenic Railway tu, kita singgah Bamboo Forest dekat je dengan JR Saga Arashiyama. Dalam 10 minit jalan bagi orang Jepun la. Kita yang enggang kangkung ni lebih la dari tu.

Jalan tengok la signboard ni. Tak pun, tanya orang ye..

Nanti kena jalan kat area rumah orang...


Simpang tiga, amik kiri

Sampai jumpa stesen bas comel belah kanan korang.

Lepas tu jalan lagi... Tu hujung tu dah sampai laa tempat tu..

Masuk free! Buka 24 jam!

Kalau korang tengok gambar kat IG ke website ke kan, kemain hijau weh buluh tu. Bila aku sampai sana macam tak puas hati. Apesal the real one tak sehijau dalam gambar??? Grrrr.. Nampak sangat tertipu. Edit je lebih kannnn! Hahaha.

Kita wefie dulu

Ni pun dah edit kasi hijau sikit...

Memang susah nak cari port kosong kat sini. Penuh je dengan orang..

Banyak buluh kat sini. Kiri kanan... Tak jumpa panda je..

Dah amik gambar semua, patah balik sampai simpang stesen bas tu, hala ke kanan untuk ke Togetsukyo Bridge. Jambatan ni kira landmark lah kat Arashiyama. Tak datang sini macam tak sah. 

One of the famous temple in Arashiyama. Tenryuji Temple.

Jepun sangat uols.. Hahaha. Tak habis2 aku ni..

Kanak-kanak yang aku rasa buat school trip kat sini..

Ada train jugak.. Randen Line..

 Nampak takk? Jauh tau nak jalan kaki. Lagi2 waktu summer ni. Terasa kepanasannya..

Aku macam teruja tengok payung ni sampai cakap,"Eh payung ni kalis air laaaa!".

GET IT????!

Macam rasa diriku ni tak betul sekejap. Hahaha.

Di persimpangan... Depan tu la Togetsukyo Bridge!

Kitorang lunch kat area sini. Lunch roti jaa.. 

Ada banyak kedai deret-deret kat sini tau... Aku terliur air masak jeee...

Lepas tu patah balik ke JR Saga-Arashiyama station. 

Tunggu train sampai... Nak balik ke Kyoto Station..

Sampai Kyoto Station, kitorang menyinggah kat Kyoto Yodobashi. Cari Uniqlo. 

Then amik bag kat K's House Kyoto dan gerak ke Kyoto Station semula.

Lokasi seterusnya???

Shin-Osaka!

Ok next entry... Bye!

Saturday, November 7, 2015

Japan Short Trip: Arashiyama - Sagano Scenic Railway

Assalamualaikum!

Previous post:-


14 Mei 2015

Bangun pagi kita masak nasi goreng dengan sandwich kat pantry.

Breakfast that day!

Lepas makan, amik gambar depan K's House Kyoto ni.

Tumpang bergambo depan rumah orang Jepun.

Ni tepi2 jalan nak ke Kyoto Station

Hari ni nak jalan-jalan kat area Arashiyama. So dari Kyoto Station, amik Rapid Train ke Saga-Arashiyama. 15 minit perjalanan. Kalau tak pakai JR Pass, boleh beli tiket 240 Yen sehala. 

Boleh tengok map train ni for details..

Dalam train pagi itu..

Dah sampai! :)

Ada beberapa tempat korang boleh pergi kalau sampai area Arashiyama ni. Kitorang naik Sagano Scenic Railway, jalan-jalan kat Bamboo Forest dengan Togetsukyo Bridge. 

Kalau nak ke Sagano Scenic Railway atau orang panggil Sagano Romantic Train ni, ikut ler gambo kat bawah.

Exit South ke Saga Torokko Station.

Dekat je dengan JR Saga-Arashiyama ni, korang akan jumpa bangunan ni..

Ini tau. Ni lah bangunan Saga Torokko Station tu.. Beli tiket naik Sagano Scenic Railway dalam ni yer.

Cantik dalam ni. Masa ni memang takde orang pun. Awal lagi kot..

Jadual keretapi..
Paling awal jam 9.07 pagi. 1 jam sekali. Kitorang terlepas few minutes je dengan train jam 9 tu. Terpaksa tunggu 1 jam lagi..

Tiket.
620 Yen dari Saga Torokko Station ke Torokko Kameoka Station.
25 minit.

Tiket jam 10.07 pagi. Gerabak 5. Seat 9C.

Nampak tak signboard atas tu?
Train ni ada 4 gerabak tertutup dengan tingkap terbuka dan 1 gerabak yang fully open.
Gerabak 5 tu yang fully open yer. Aku tak tahu macam mana kami dapat yang gerabak 5 tu. Siapa cepat dia dapat kot.

Jadinya nak tunggu lagi sejam tu, moh le jalan-jalan.

Beli souvenir kat sini. Murah la tu. 3 barang 1080 Yen.

Beli ni untuk aku yang pakai spec ni hah.

Amik gambar kat luar Saga Torokko sambil makan aiskrim green tea ada jual area station tu belah luar.

Finally, dapat naik train!

Masa ni sopan je masing-masing.

View inside Sagano Scenic Railway (fully open car).

1st stop: Torokko Arashiyama.

Lalu jambatan besi..

Ni 2nd stop: Torokko Hozukyo.

Mula berdiri dah kami ni hah. 

Pemandangan yang cukup cantik.

Ni dah nak sampai Kameoka dah.. 

Saja nak tunjuk bawah lantai dia letak grill cenggini jer..

Kepala train yang tak berapa nak nampak. Heheh.

Torokko Kameoka Station. Cantik tempat ni...

Ni gerabak yang tingkap terbuka..

Tu je pun perjalanan kitorang. Haha. Tapi pemandangan cantik lah. 

Nak balik ke Arashiyama, kitorang naik JR. Kena jalan kaki dalam 5 minit aje sambil tengok sawah padi.

Ikut je signboard JR tu. Nanti sampai la tu... 

Jalan dan jalan di terik pagi.

Dah sampai JR Umahori..

View kat JR Umahori Station.

Naik JR dalam 7 minit balik ke Saga-Arashiyama. Kalau tak guna JR Pass, 200 Yen yer. Kalau tak, korang boleh pilih sama ada nak patah balik naik Sagano Scenic Railway tu. Atau naik bas ke Hozugawa River Cruise. Lepas tu naik bot laa ke Arashiyama. Nanti dia stop kat area Togetsukyo Bridge tu... Tapi mahal la yer naik bot. 4,100 Yen. Krik krik. Haha. 

Ok itu saje untuk hari ni.

Byeee!