Sunday, September 14, 2014

Krabi 2014: Island Tour

Assalamualaikum!

Previous post:-


Ini adalah last entry untuk Krabi. Panjang sikit sebab gambar.

21 Januari 2014

Harini excited sikit sebab nak pergi Island Hopping! Yay!

Apa-apa pun breakfast wajib didahulukan. Bubur nasi dengan nescafe. Minta je air panas kat receptionist Aonang Grand Inn tu.

Aku tak ingat jam berapa, tapi pick-up tuk-tuk akan tunggu kitorang depan Aonang Grand Inn ni. Akan naik sekali ramai-ramai dengan orang lain, kumpul satu tempat sebelum naik bot.

Pick-up tuk-tuk macam belah kanan tu. Memang padat dengan orang.

Sebaik aku duduk depan. Haha.

Kumpul area sini. Memang ada banyak agency yang sediakan pakej Island Hopping ni.

Kami diberikan pelekat warna merah ni. Kira macam kalau kau hilang, takdela kau lupa kau dari agent mana. Pelekat merah untuk pakej Phi-Phi Tour. Pelekat Biru & Kuning untuk lain-lain pakej which aku tak tahu apa.
Nama tour aku tu Andaman Krabi Travel & Tour ye.

Tour guide tu cakap-cakap sikit, dia kumpulkan geng pelekat merah ni dan bawa ke bot. Ade 3 group dari Malaysia dalam bot ni. Satu geng student UiTM, satu couple baru kahwin, honeymoon katenyer dan kitorang. Yang lain-lain dari France, China, etc. Perlu pulak aku tanya dorang dari mana sorang2 kannn. -___-".

Jums!

Sampan-sampan ditepian.

Ni bot sebelah. Ramai jugak orang naik bot tu.

Dah gerakkk! ;)

Kapasiti dalam 30++ orang. Tak padat sangat, just nice. Ruang depan sekali depan driver bot tu pun boleh duduk. Nampak tak budak kecik belah kiri tu? Alolo comel sangat dia. 

Eh lalu kat sebelah Star Cruise okeh!

Dari kejauhan nampak la Chicken Island. Nampak tak kepala ayam tu?

Aku nak tunjuk map sikit kat korang. So boleh tahu la tempat ini dimana letaknya.

Klik untuk tumbesaran

First pit stop: Bamboo Island

Sini memang sangat cantik. Walaupun takde buluh pun, aku tak pasti kenapa dipanggil bamboo. Masa sampai sini tak ramai orang. Dah nak balik tu, segerombolan bot datang tahu. 

Ombak kuat, angin kuat. Aku tak mandi pun kat sini. Ambik gambar je. Masa diberikan, 40 minit. Amboi ayat macam pertandingan lumba lari.

Oh ye, sini ada toilet kalau korang nak tahu.




Ni kena jalan hujung sikit baru nampak area ni. Walaupun island ni bulat, ko jalan je la hujung2. Haha.


Second pit stop: Maya Beach, , Koh Phi Phi Ley

Ini port macam semua orang wajib pergi je since RAMAI GILA ORANG KAT SINI MACAM PASAR MALAM. Like seriously. Pantai memang cantik. Cuma view aku tak nampak sangat sebab banyak gila bot dan manusia. Fuhh. Kat sini 50 minit je.

So apa kitorang buat dalam masa 50 minit? Tidur. Yes, tidur. Nak mandi kat mana pun tak tahu. Aku memang lemau time ni. So short nap was the best! Pilih port best sikit dan tidoq.

And guess what? Ada omputih mana aku tak tau dok mengumpat cakap, "Muslim girls, that's all they can do". Like hello... Sukahati la nak tidoq ka apa. Korang dok tidoq kuak lentang atas pasir tu aku tak kisah pun tahu tak. Burr. Sabar je lah.

Anyways, Maya Beach ni lah tempat Leonardo Dicaprio berlakon untuk cerita The Beach. 


Sini ada toilet, tapi tak bersih langsung. Aku tahan je la sampai Phi Phi Don. 

Dari tengah laut

Menghampiri Maya Bay

Semakin dekat

Dah sampai! Tengok tu bot tu banyak betul. Nak mandi mana pun tak tahu. Eh padahal tadi bukan cakap ngantuk nak tidoq ka? Hehehe.

Cantik kan. Pasir putih. Member cakap kalau jalan hujung sana sikit, tak ramai orang.

Ni lepas bangun tidur kot.

Heeee. 4 of us!

Third pit stop: Pileh Lagoon, Koh Phi Phi Ley

Air se-turqoise yang mungkin. Sini amik gambar dari dalam bot aje. View memang wow.




Fourth pit stop: Viking Cave, Koh Phi Phi Ley

 Katanya kat sini ada sorang tinggal dalam gua ni. Nampak baju bersidai. Lepastu, nampak sorang laki kat dalam gua tu. So, memang betul la agaknye ye. Tempat ni terkenal dengan sarang burung pastu boleh buat sup. Info Google.

Satu je la tak payah banyak2

Fifth pit stop: Koh Phi Phi Don

Selepas di-Google, aku baru tahu yang tempat ini dipenuhi dengan orang Muslim sekitar tahun 1940an. Sekarang juga sama. Nama Phi-Phi adalah daripada perkataan Bahasa Melayu, diambil dari Pokok Api-Api yang ada banyak sekitar sini. Nama Melayu: Pulau Api-Api. And yes, I just knew about it. Pulau ni besar sangat dan populasi pun tinggi. 

Kat sini kami rehat dalam 50 minit. Buffet lunch. Halal InsyaAllah. Ramai tourist kat sini untuk makan. Kira pit stop untuk lunch laa.

Sedap gila lauk. Serius. Aku makan semua jenis lauk kat situ.

Spaghetti pun ado.

View from the restaurant

Deretan bot.

Ni la kedainya.

Sekolah pun ada! Balik sekolah terus terjun laut. Huuu...

Hotel pun ade jugaaaa.

Tak sempat nak pusing-pusing, kena panggil naik bot. Heh.

Sixth pit stop: Monkey Bay

Tak tahu la apsal monkey. Banyak monyet agaknya dulu2. 40 minit kat sini.

Seventh pit stop: Tak ingat

NO. Nama island ini bukan 'Tak Ingat'. Aku memang tak ingat nama tempat ni. 40 minit kat sini. Disebabkan kami berempat fokus di dalam laut buat aktiviti snorkeling, jadinya gambar tidaklah banyak. Hehe.

Kesimpulannya, I'm not sure ini kat pulau mana. 

Ini first time aku buat snorkeling. Gementar? Yes. Aku tak reti berenang. Memang kat sini aku pegang je Tikah & Rina. Takut dibawa arus. Takut tak naik bot semula. Takut aku tu sampai aku grab budak UiTM sebab aku ingat budak tu Tikah. Patutla budak tu macam terkejut je. Hahaha. Sorry dik.

View di dalam laut? Subhanallah. Cantik sungguh. Aku memang tak nampak since aku pakai cermin mata. But still, aku nampak la ikan tu berenang-renang. Warna warni. Corals semua cantik. 

Kalau korang nak snorkeling lama-lama, amik la island yang sikit je. Kitorang dapat snorkeling kat dua island je pun. Oklah for first timer like me. Hahah.

Bila dapat rasa snorkeling tu kan, aku rasa nak buat lagi dan lagi dan lagi! Planning trip to more island next year, InsyaAllah.

Habis snorkeling, kami pun pulang semula ke jeti. 1 jam tau nak kesana. Aku tidur jee dalam bot. Ngantuk. Again. Haha. Oh ye kami dapat juga desserts & air unlimited dalam bot. Best. 

Lepas sampai jeti, pick-up truck bawa kami ke hostel semula.

Balik bilik mandi bagai. Keluar pergi massage. 

Motif banyak sangat??

I RECOMMEND THIS CENTER. Best gila Thai Massage (without oil) dia. Macam yoga dah aku diperlakukan. Hahaha. 250 Baht per hour. Dpt diskaun 200 Baht. Heee.

Remember this place ok? Wajib cuba.

Around 7pm, nik Tuk-Tuk ke Balai Polis untuk makan Yaminla Pancake (Fisha's favourite) dan dinner disitu. Harga tuk-tuk, 20 Baht per person.

Muka kegembiraan dalam tuk-tuk lepas massage.

Abam tuk-tuk

Lets makan!

Kat area balai polis ni, memang banyak gerai makan halal. Pilih je nak mana. Aku makan Nasi Sara Thai, pancake, hotdog, ayam percik sedap gilo, udang, air jus, kudap2 lain. Ramai gila orang kat sini. Kena tunggu orang lain habis makan baru dapat seat. Tapi nasi semua sedap. Nyums.

Balik naik tuk-tuk jugak. Harga sama. Stop depan McD. Jalan-jalan buat mani-pedi for 100 Baht. Kedai tak ingat nama tapi tak best. Huuu. Tak shining langsung tangan aku. Takat letak Vaseline jer, aku pun bley letak tahu!

Habis jalan, balik bilik kita packing! Esok mahu pulang.

22 Januari 2014

Subuh-subuh lagi taxi driver dah mai amik kami untuk ke airport. 30 minit perjalanan. Tempah taxi kat Aonang Road tu, cari je la situ. 400 Baht je per taxi. Tapi ni kan aku terjebak masa first day. So bayar 600 Baht. :/

Morning from Krabi!

Ni driver pergi beli sarapan kat kedai halal. Nape tak bagitau bang oi, boleh order sekali. Sobs.

Jadinya, kami breakfast kopi je kat airport.

Hello!

Flight jam 8.25am (Thailand's time), arrive 10.45am (Malaysia's time). 

Seluar cantik itu beli 200 Baht kat Krabi Night Market. Pastu balik rumah basuh, kecut langsung tak muat. Hahahha.

Itu aje perjalanan di Krabi. 

Terima kasih membaca.

:)

5 comments:

  1. Khay. Apasalllll mengecut

    Fisha cun

    ReplyDelete
  2. Best....tp port snorkeling tu kejap sngt ah... x puas lo... massage mmg acara wajib la kan coz dh seharian di laot..hehe. .. kurang asam tol mat salleh tu..awat hang x maki balik dlm german? Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat tak puasss.. kejap sangat. Dia x bagi lepak lama2 pun. Kalau boleh nak cakap segala bahasa kat mat salleh tu. geram betulllllll.

      Delete
  3. Sakan ko berjalan kan? Jeles...jeles. Next gi mana pulak?

    ReplyDelete