Sunday, October 12, 2014

Kemboja 2014: KL - Phnom Penh - Siem Reap

Assalamualaikum!

Sebelum tu nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam. :)

Ok, kali ni nak update belog pasal trip aku dan kawan2 ke Kemboja. Pergi bulan April 2014. So baru menyempat nak update blog ni haa. Sampai tour guide tuk-tuk ni pun dok tanya bila aku nak update blog. Hahaha.

4 April 2014

Macam biasa, naik Air Asia. Beli tiket masa promo. Return Phnom Penh RM 202.10 include meal & insurance. Murah la kan? Flight jam 6.45 pagi di LCCT. Pagi tu masa kat imigresen, queue panjang sangat. Ketat sikit kawalan agaknya mungkin disebabkan peristiwa MH370 yang terjadi bulan Mac itu hari. Dalam hati ni risau jugak. Doa banyak2 semoga dipermudahkan perjalanan kami.

Sweet & Sour Fish. Review sikit la eh. Ikan lembut, cuma sos terlalu masam. Yang bestnya dapat Minute Maid, air masak dengan biskut. Sarapan berat bebeno. Hehe.

Tiba di Phnom Penh International Airport jam 7.45 pagi waktu Kemboja. Kat sana awal 1 jam dari Malaysia. Kitorang plan nak beli simkad kat airport je, tapi alih2 tak beli pun. Sebab ramai sangat orang kat situ. Jadi, kami tukar sorang USD 5 kepada matawang Riel. Masa tu 1 USD = 4000 Riel. Nilai terlalu kecil, so kat Malaysia memang takde matawang ni. Plan untuk duit Riel ni beli air mineral atau street food kat Kemboja. Lebih berbaloi guna Riel daripada USD.

Tasik kat airport. Cantik tau sini.

Transportation kat Kemboja ni guna tuk-tuk lebih mudah dan murah. Setelah search dalam internet bagai, baca review semua, kami pun pilih Zakariya & Dahlan sebagai tuk-tuk driver kami sepanjang di Kemboja. Aku contact dengan Zakariya via email. Dia arrange kan Dahlan (sepupu Zakariya) sepanjang kami di Phnom Penh. Zakariya pula akan bawa kami pusing2 Siem Reap. Dua-dua boleh cakap Bahasa Melayu dan Muslim. So mudah la sikit kami nak makan ke apa kan.

Dahlan memang dah siap-siap tunggu kitorang kat airport Phnom Penh. Ada tag nama aku lagi tu. Jumpa dia terus pergi kat tuk-tuk dia kat luar airport.

Kawasan parking airport. Bangunan airport dengan luar airport tak jauh pun. Aku recommend amik tuk-tuk kat luar yang mana lebih murah. Ini kalau korang takde lagi book dengan sape2 lah ye.

Kawasan luar airport. Sesak. Dahlan cakap ada orang 'besar-besar' nak lalu kat jalan raya. Banyak jalan tutup. Macam kat Malaysia juga...

Kalau boleh nak muatkan 100 orang dalam tuk-tuk ni ye. Sampai terjulur kaki pakcik tu.

Pasar pagi.

 Friendship Building

Kat Phnom Penh ni banyak Public Park tau. Cantik pulak tu. Sampah pun takdela banyak. Menghijau je lah sepanjang perjalanan kami ni.


 Berhimpit dengan bag. Hahaha.

Ni la Dahlan dari pandangan belakang. Ok tak?

Plan kami hari itu nak ke Siem Reap dulu, naik minivan. So Dahlan terus bawa kami ke Seila Angkor Khmer Express. Tiket memang tak beli lagi, sebab Dahlan pun cakap dia tak berani nak belikan dulu sebab takut flight kami delay. Nanti rugi.

Jangan tanya kenapa tak beli direct flight terus ke Siem Reap. Hehehe.

Orang ramai recommend naik minivan ni kalau nak ke Siem Reap dari Phnom Penh

Malangnya, tiket minivan sold out. Dah pusing merata tempat selain Seila Angkor ni, memang dah full. Ada pun petang, pukul 5 macam tu. Rosak plan nanti. Jadi terpaksa naik bas. Yelah, naik minivan 6 jam. Naik bas berapa jam lah agaknya kan. Pusing-pusing cari kaunter tiket bas, jumpa la Rith Mony Transport agency/company ni ha.. Kitorang nak kejar bas paling awal jam 9.30am. Kebanyakan bas dah full jugak. Tapi ada satu bas ni jam 10 pagi masih ada kosong. Dia charge USD 10 per person.

Sebenarnya bila baca review orang kat Trip Advisor dan lain2, naik bas kat Kemboja ni kena pandai pilih bas. Sebab ada bas yang macam aku naik ni, ada yang selesa tapi mahal. Depends kat korang la ikut bajet.

Jadual Rith Mony Transport

Sementara tunggu bas sampai, kitorang pergi cari simkad dulu. Karang sampai kat Siem Reap nak contact Zakariya macam mano? Masa ni lagi 10 minit kot bas nak sampai. Terkejar2 dengan Dahlan cari orang jual simkad. Jumpa satu tempat ni dia suruh daftar pulak. Adoi, mana sempat nak daftar2 ni. Beli je tak boleh ker. Pastu tak jumpa dah kedai. Masa pulak mencemburui kami, tak beli simkad pun terpaksa patah balik pergi Rith Mony.

Takpelah, nak buat macam mana. Pandai2 la nak hidup kat negara orang. Ayat sedih. Hehe.

Jam 10, bas pun sampai. Paramount Bus. Ada aircond. Tapi fullhouse bas ni. Bas gerak, bermulalah perjalanan horror kami. Ye, horror ataupun dalam bahasa... menakutkan....

 Suasana dalam bas.

Sepanjang perjalanan dalam Paramount Bus dari Phnom Penh ke Siem Reap, aku rasakan penuh debaran dan onak duri pancaroba yang perlu aku lalui. Serius. Padat. Yang kalau 40 seater je, tapi pergi sumbat sampai 60 orang dalam satu bas perjalanan 8 jam tu apehal? Dengan traffic jam yang amat teruk. Jalan nye toksah cakap lah. Berlubang sana sini. Berdebu akibat jalan tak berturap. Seat yang agak sempit. Seat orang depan yang dah rosak so mengakibatkan kami yang dok kat belakang ni pun menanggung derita. Bas ekspress tapi berhenti banyak kali turunkan orang, pergi toilet, pergi makan. Arghhh! Kematu bontot. Nak nangis rasanya. 

Tapi, disebabkan jiwa traveller yang kental, kami redahhhh! Hahahaha. Poyo nau. Bila fikir balik kan, bila lagi nak dapat pengalaman macam ni. Well, at least, aku ada benda nak cerita kat korang. Pengalaman pahit manis, debar, sedih, gembira semua kat negara orang ni..

Kami berhenti kat satu tempat ni jer. Mengopi jap. Mengopi tu minum kopi.. Gituh. Nak gi toilet kena bayar 1000 Riel kat situ. Beli Pringles yang mahal gilo. Nak cakap English sorang pun tak faham. -____-". We found out that jam gila tu disebabkan ada festival New Year Khmer kat Kemboja. Orang balik kampung. Huuuuuharuuu.

Jalan tak berturap punnn..

Perjalanan 8 jam tu dirasakan macam 24 jam tau. Ehhh, bukan hanya keadaan dalam bas tu aje, tiba-tiba, bas Paramount ni, dia stop kitorang kat tepi jalan, pastu suruh naik bas lain. Masa tu dah jam 6 petang. Hampir gelap macam Magrhib. Haa sudah. Kena tipu ke apa ni. Lepas naik bas lain tu, yang mana lebih selesa, tapi kitorang dah tak fikir dah selesa ke apa. Aku dah risau ni karang kat mana-mana dia berhentikan kami. Tak ramai sangat dalam bas tu. Separuh bas pun tak penuh.

Simkad takde, terpaksa pinjam handphone orang sebelah. Nasib baik akak tu baik. Boleh cakap English sikit2. Bila ditanya jauh lagi ke nak sampai. Dia cakap sikit lagi. Aku call Zakariya. Aku cakap kat dia lagi beberapa minit nak sampai. Zakariya bagitau yang mungkin kami kena tipu. Sebab Dahlan call Rith Mony tu, sekejap cakap nak turun kat Stesen Bas A. Kejap kat Stesen Bas B. Zakariya tu pun confuse jadinya. Tapi Zakariya pesan, nanti sampai kat mana2 pun, pinjam telefon orang lagi dan cuba call dia bagitau kat mana.

6.30 petang tu, sampai la kami kat satu tempat ni. Gelap sangat kawasan tu. Takde lampu. Bas ni masuk dalam pintu pagar zink. Aku nampak banyak bas dalam tu, macam bas rosak. Cuma dalam kawasan tu tak ramai orang. Takut sangat oi. Bila bas masuk je, pintu pagar zink tu tutup rapat. Ko tak ke rasa pelik? Dahlah pagar tu jenis yang tak nampak luar langsung. Kami pun turun bas, keluar bas je orang dok sibuk suruh kami naik tuk-tuk dorang. Aku nak cari akak tadi nak pinjam handphone pon dah tak jumpa dia kat mana. 

Tiba-tiba..... "KHAY! KHAY!". Aku dengar orang panggil nama aku kat area pagar zink tadi. Zakariya datang disaat kitorang ni blur tak tau nak buat apa.

Hahahahaha. Fuhh selamat.

Gambar tak banyak akibat terlalu letih dalam bas.

Aku banyak menulis pulak ni. Lain kali aku cerita lagi aku buat apa malam tu ok?

Byeeeeeeeeeeeee!


8 comments:

  1. Kalu naik flight direct ke Siem Reap mesti meletop kan harga dia... Aduss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, xdela buang masa sangat kn. Tapi pengalaman ni mmg x boleh lupaaaa...

      Delete
  2. Do you have Dahlan's contact number or e-mail?
    Please let me know if you do. I will visiting Phnom Penh next month.
    Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahlan: 0974640706. I'm afraid that he doesnt have whatsapp. But you can contact his cousin, Zakariya. zakariyasan@gmail.com.

      Hope this helped! :)

      Delete
  3. Wah...kisah seram ni...nak baca lagi ;)

    ReplyDelete