Saturday, September 6, 2014

Krabi 2014: Jungle Tour - Hot Spring, Emerald Pool, Elephant Trekking & Halal Food Krabi

Assalamualaikum!

Previous post:-


Kita sambung journey kat Krabi!

20 Januari 2014

Pagi ni kami bersiap nak buat aktiviti Jungle Tour. Jungle lah sangat duhh.

Morning from Haleeva Sunshine! Ini bilik Rina & Tikah.

Kitorang check-out siap-siap pagi ni dan letak bag kami kat luggage room Haleeva Sunshine. Breakfast pagi ni bubur dengan teh tarik bawa dari KL. Save bajet gituh.

Jam 8.30 pagi, van pun sampai. Disebabkan ramai lagi abam driver ni nak amik orang, so sempatla si Rina & Fisha beli Hypergear kat kedai tepi jalan. Tak ingat berapa baht. Abam driver tu boleh cakap kelate, so faham la jugak kan. Dia pun tak kisah dorang nak pergi beli bag tu, tapi kena cepat. So sempatla jugak dia pergi amik orang lain dulu, then datang balik amik kawan tu. Cool driver ni.

Satu van dalam 10 orang. Ada la jugak family dari Malaysia bersama anak-anaknya dalam tu. First pit stop, Hot Spring. Jauh perjalanan weh. Ngantuk betul. Tido je dalam van ditemani aircond. Bila sampai tempat, abam driver kata pukul 10am kena ada balik kat van yer. Kira dalam 45 min je kat sini.

Sampai Hot Spring cari toilet lepastu selfie satu.

Sangatlah ramai orang kat sini. Penuh. Kitorang tak tau nak lepak mana kat Hot Spring tu. 

Amik gambar. Mat salleh semua dah chop kat belakang nun. Kita amik gambar kat tepi jerrrr.

Lepas tu jumpa port kosong. Terjah!

Pasit, batu, akar kayu

Ni port lain pulak. Sini banyak lumut jer tahu. Tapi panas jugak la air nye. 

Jangan feeling nak mandi bagai kat sini ok!
  
Jum jejalan kat Nature Trail

Nice.


Kitorang tak tukar baju pun kat sini. Pakai je baju ni sampai masuk van semua. Driver tu pun tak kisah. Lagipun nak jalan kaki dari sini ke van tu sempatla baju kering sikit. Takde hal. 

Kat Hot Spring ni biasa je. Takdela best sangat pun. So tak pergi pun takper. Sedih ni tak dapat join water rafting.

Next, Emerald Pool. Tempat ni memang famous lah dikalangan tourist disebabkan air yang turqoise warnanye. Ye dak? Kat sini dari jam 11 pagi sampai 1245 saje.

Sampai sudah!

Ok kena jalan kaki 800m untuk sampai ke pool tu. Lebih kurang 20 minit je. Jalan kat sini dikelilingi hutan kiri kanan.

Kalau tak silap aku, Blue Pool yang tak boleh mandi tu. Tapi memang cantik situ. Aku tak pergi sebab lagi 800m kena jalan. Takut tak sempat berendam karang.

Ok sampai dah ni.

Amik gambar dengan gajah dolu. 

Budak dua orang ni terus masuk. Takde fikir dah. Haha.

Keliling pool tu licin sikit sebab lumut. So hati-hati yer. 

Cantik kannnn. 

Ni orang ramai dok sibuk amik gambar juge.



Setel berendam, kitorang lapar ok. Jadi beli goreng pisang dan hotdog kat gerai muslim kat situ. Nyumss.

Ni kedai tuuuu. Sedap plakkk tengok cucuk2 tuu.

Kat Emerald Pool ni, wajib pergi lah. Cantik tempatnya. Terjaga dan bersih. Air pun tak dalam.

Then naik balik minivan untuk buat Elephant Trekking! Excited nih.

So kasi Fisha & Rina pergi dulu. Aku & Tikah kemudian...

Nampak tu Tikah cuak. Sampai pegang2 seluar aku.

Sebenarnya masa naik gajah ni orang tukang bawa tu dok la cucuk2 si gajah ni. Kesiann. Tapi mungkin cucuk2 tu nak bagi gajah tu jalan kot. Eh tak tahulah aku.

Alih-alih gajah ni masuk dalam tasik. Berdebar aku.

Thank you cik gajah for the ride! Hehe.

Ini Rina & Fisha. Amboi korang.

Masa dah habis ni dalam jam 4 petang kot. Kitorang amik pakej half day ni dah macam full day pulak. Haha.

Untuk Elephant Trekking ni, boleh la nak cuba. Alang-alang dah sampai kan. Takdela best mana, mungkin sebab dia bawa masuk dalam hutan and then cecah kaki gajah sikit dalam tasik. Rasanya tour pakej lain ada lagi best kot kan.

Habis aktiviti, kita balik semula ke Haleeva. Amik luggage kami, dan jalan kaki ke Aonang Grand Inn. Takdela jauh mana pun. Kenapa tukar hotel? Saje nak rasa hotel mahal sikit 1 hari. Hehehe.

Lobby area

Ada PC kalau nak guna. Kena bayar, opkos.

Kami pilih 4 Bed Private Room kat sini. 2,880 Baht for 2 nights. Ok lah tu oi. Murah dah ni.

Katil selesa siap towel lagi

Toilet besar juga

Amboi-amboi kan. Cuma tak reti guna flush dia je. Hahaha.

Masuk bilik ni, mandi laa dulu. Then siap-siap pergi jalan-jalan. Sebelum tu, kitorang beli pakej untuk Island Hopping. Dapat 1,100 Baht sorang full day include lunch buffet. Penjual tu boleh cakap melayu dialek Kelantan. Masa pilih tu, tanya kat agent tu, naik boat apa. Berapa orang satu boat. Kalau nak selesa, amik la yang sikit orang je. Tapi mahal la sikit. Pakej pulak, ada yang pergi 4 island je. Ada yang 6 - 7 island. Ikut korang. Berlambak agent kat Aonang Road tu. Tinggal pilih je. 

Lepas tu, kami jalan kaki nak cari Yaminla Pancake. Gagah ni sampai kehujung jalan cari. Lebih 1 km jugakla kitorang jalan kaki semata-mata Yaminla ni la. Ramai sangat rekomen kan, harusla cuba. Ok kalau nak cari kat mana gerai Yaminla, ade dekat dengan balai polis.

Ini la balai polis nya. Opposite balai polis ni Yaminla Pancake. 

Stall biasa wajib cuba!

Chocolate with banana pancake

Ini nutella. Nyums. Harga range dalam 30-40 Baht.

Popia dengan tempura ni 35 - 50 Baht ajo.
Smoothie dalam 30 - 40 Baht.

Habis makan, dah konyang makan kudap-kudap, jalan kaki balik. Sempatla sambar seluar Thai kat sini 200 Baht je sehelai. 

Aonang Road waktu senja

Deretan kedai.

Tiba-tiba terjumpa mereka. Excited kau. Hahah. Dorang baru lepas siap-siap ni. Kitorang saje je nak amik gambar senyap2, alih2 dia nampak kitorang. Then suruh amik gambar sama-sama.
Pastu kena bayar. Hahah.

Ini epic. Depan cafe.

Jumpa McD kita amik gambar laaaa.

Singgah kat Maleena Thai Massage untuk urut kaki. 1 jam dapat 200 Baht. Tapi aku tak recommend sangat la sebab servis tak berapa bagus. Kurang staff lepastu tukar-tukar orang masa tengah dok urut kaki. Tensen makkkkk. Baru nak feeling2 tau.

Tapi cadar dia cantik sebab warna warni. Lol.

Massage murah kat sini. Kena cuba tau kalau gi Thailand!

So makan malam kami kat Lemon Restaurant. Halal. Makan seafood. Gambar tak clear, jadi aku malas nak tempek sini. Tapi memang sodap. Total price untuk 4 orang 680 Baht. Ok la tu. Ikan siakap, ketam, ayam, nasi, air. Murah ok. Ada kat Aonang Road tu. Carila ye. Ingat nak makan kat Senang-Senang Restoran. Tapi tak jumpa. Alih-alih2 masa dah setel makan kat Lemon, jalan-jalan sikit baru jumpa kedai tu. Under renovation katanya. Patutla tak jumpaaa...

Malam tu jalannnn je kerja kitorang. Jalan, makan. Jalan, makan. Hehe.

Bila lapar lagi, nampak ada pakcik muslim ni jual makanan tepi jalan naik motor. Try la sikit.

Penuh gerai dia ni dengan segala macam.

Pad Thai

Nasi Goreng.

Pukul 12 pagi baru lah balik Aonang Grand Inn. Penat betul.

Ok byeeee! :)


6 comments:

  1. Salam siti..dah ke krabi ya..? he..he.. seriau tngk u all naik gajah...mcm tinggi...takut jatuh..he..he.. Penkek coklat tu mmg famous ya kalu ke krabi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sampai jugak kat Krabi niii.... Hehe. Aah tinggi jugak la kalo dok kat atas tu. Tu yg kwn dok la pegang seluar sampai kesudah. Pancake banana coklat tu sangat famous. Bila baca belog org lain mesti kena makan banana pancake tu..Sbb tu yg try tuuu. :p

      Delete
  2. Salam dear,

    Tq for sharing. Tengah cari-cari info ni. Next Jan nak pergi Krabiiiii. Tak zabar dah ni -D

    ReplyDelete