Saturday, February 8, 2014

China Trip April 2013: Dari Xi'an ke Chengdu

Assalamualaikum!

Previous post:

China Trip April 2013: Xi'an Day 2 (Muslim Quarter & The Great Mosque of Xi'an)


Bila dah sampai Han Tang Inn, amik luggage dan mari menuju ke Xi’an Railway Station. Kan nak pergi Chengdu... :)

Disebabkan barang kami banyak melampau, kami plan untuk naik teksi kat tepi jalan besar. Sampai kat jalan besar tu, batang hidung teksi pun tak nampak. Kalau ada pun, orang lain rembat dulu. Mungkin sebab kami bukan orang sana. Takut agaknya kalau kita tanya dia tak faham. Andaian je. Hehe. 

Jadi decide jalan depan sikit untuk cari port teksi lain. Rupa-rupanya, orang local Xi’an ni jumpa teksi je terus naik, tak tanya dah driver tu pergi tak kat sini-sini. Kat Malaysia aku tanya dulu driver pergi ke tak kat sini-sini sebelum naik teksi tu kan. Ok kalau kat Xi’an, jangan buat macam tu. Jumpa teksi, terus tahan dia, lari cepat2 ke arah teksi kalau dia tak berhenti depan ko sebab takut orang lain naik. NAMPAK TAK PERMAINANNYA???  Hahaha.

Nak tunggu teksi dah la lama. Memang la tak jauh mana pun Xi’an Railway Station tu. 5-10 minit dah sampai. Tapi kalau dah tunggu teksi bertahun, tak dapat jugak, jenuh kan… Finally, jumpa jugak 1 teksi. Tapi separate, aku dengan Tirah. Khal dengan Ain. Barang banyak katanya. Hahaha. Apa-apa pun janji kami untuk meet up kat Railway Station.

Sampai kat Railway Station, rehat jap tepi kedai tunggu Ain & Khal sampai. Lepas dah sampai, terus masuk dalam. Sekuriti wajib ado. Jenuh angkat turun bag oii. 

 Ramai tak ramai??

Bertemu kembali. Tengokla bag kami yang banyak ni ha.

Bagi aku, Xi’an Railway Station ni tak berapa nak selesa sangat. Masuk kat balai menunggu pun ramai gila orang. Sangat ramai. Sampai tempat nak duduk pun dah full. Apa yang aku perhatikan, orang sana suka buang sampah merata-rata. Bila makan, main campak je kat depan. Tong sampah sepelaung je kottt! Aduhai. Bayangkan, ada budak kecik makan kaki ayam (kot) depan aku. Dah habis ratah, mak nye buang bawah kerusi. Adui. Geli aku nengoknyer.

Ok untuk pengetahuan, train Xi'an - Chengdu ni ada beberapa jenis train yang boleh dinaiki yang mana perjalanannya semua selama 13 - 16 jam. So pilih je mana satu. Link, sila klik SINI. Semua jenis train ada yang Seat, Soft Sleeper dan Hard Sleeper. 

Tiket dah lunyai masuk mesin basuh. 194 Yuan dari Xi'an ke Chengdu.

Kami pilih Hard Sleeper. Sebenarnya, masa beli tiket haritu kat Shanghai, kami tak tau tiket tu untuk katil tingkat 1, 2 atau 3. Tulisan Cina katanya. Gasak la kan. Perjalanan ke Chengdu ambil masa selama 16 jam. Jadi, tido je laaaaaa...

Inilah train nyer. Sikit pun jadi lah ye.

Nak naik train pun satu hal. Tangga old fashion tu. Jenuh angkat bag sorang2 naik atas. Orang konduktor train tu buat bodo jer. Sabar je la. Tengok ramai dah naik train tu. Tingkat 1 & 2 dah full. So tinggal la tingkat atas sekali, kami punya la tuuu. Tinggi ok, tinggi. So, letak bag dulu la apa patut. 

Jam 7.45 petang, train kami mulakan perjalanan ke Chengdu. First thing first, serbu toilet dulu sebelum orang lain masuk! Aku pergi toilet, cuci muka semua. Fuhh, lega sikit. Masa ni toilet 'suci' lagi. Sinki pun ada. Aku gosok gigi dengan makan buah siap2 sebelum naik atas katil. Ye, kami dinner buah sajo. Dah sudah, terus panjat tangga naik atas katil yang betul2 hard lah oi. 

Amboi Ain. Syok nampak tido??!

Masa train dah gerak tu, akan ada konduktor train yang akan kutip setiap orang punya tiket, dan ditukar dengan tiket lain. Tiket tu perlu simpan sebab esoknya kena tukar balik tiket kita tu dengan yang asal.

Pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Aku nak baring, boleh. Tapi nak bangun tu punya la seksa. Badan kena sengetkan atau bongkokkan sebab bumbung keretapi dekat sangat dengan muka ni ha. -___-" Tu takpe lagi. Ok, depan aku ada TV yang dipasang cerita kelakar kot sebab macam semua orang dok gelak ketawa. Dan speaker-nya, betul-betul atas kepala aku. Bingit sangat. Sedih betul. Walaupun begitu.... perjalanan selama 16 jam, aku tidurrrrrrrrrr je selesa pulak tak sedar-sedar. Kahkah. 

Kami dari atas. Nampak tak speaker kemain besar kat atas bumbung tu?? Burrr.


Sekitar pemandangan di waktu pagi. Tirah tukang amik gambar.

Bangun pagi. Pagi ke? Pukul berapa entah aku bangun. Dan serius aku tak jaga langsung start dari jam 9 malam sampai la esoknya. Letih sangat agaknya jalan kat Xi'an. Hehe. Bila dah naik atas tu memang aku tak turun-turun dah. Tengok yang Ain & Tirah dah jaga. Aku baring-baring dulu. Tirah ada cakap yang train berhenti agak lama kat satu tempat tu. Rupa-rupanya ada gempa bumi berlaku di Ya'an. Sangat dekat dengan Chengdu. 2 jam perjalanan tu. Alhamdulillah, kami selamat. Dan perjalanan 16 jam menjadi 17 jam akibat gempa bumi tu. 

Tirah yang dah siap-siap dok kat bawah pagi-pagi.

Bila kemas-kemas katil sikit, bawa bag turun, singgah toilet.. Hilang terus 'kesucian' toilet tersebut. Hurmm, geli betul. Basuh muka sebarang dua jap, terus berjaga. Yang pasti, sepanjang pagi dan malam sebelum tu, konduktor train akan datang untuk jual macam-macam. Maggi, air, game, tab ke apa tah semua lah dorang jual. 

Suasana kampung sangat kan? Hijau betul.

Masa nak dekat sampai Chengdu kan, cleaner akan datang untuk membersihkan sampah dan kemas katil. Yang aku terkejut, dorang tak tukar pun sarung bantal dengan selimut tu. Ingatkan pi basuh ke apa. So kiranya, kami recycle la orang punya sebelum-sebelum ni. Hehehehehehe. Dah tidur dah pun, apa nak buat?

Akhirnya, sampailah kami di bumi Chengdu pada jam 12.30 tengah hari. Destinasi terakhir kami di China. Sangat excited sebab Chengdu tempat aku ditugaskan untuk mencari maklumat. Ain, Khal & Tirah dah lepas. Buku Lonely Planet berpindah ke tangan aku.

Ok, tunggu nanti punya update di Chengdu yeeeee!

Bye!!

4 comments:

  1. Salam.. boleh dapatkan email kamu.. xfaham tiket train tu.. kitaorg nk beli online xde plak dia ckp 1-2-3 bunk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Saya pun tak faham tiket tu tulis apa. Tiba2 dapat yang katil nombor 3.. Kami tak beli online. Beli kat kaunter masa kat sana..

      Email:-
      khayze@gmail.com

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete