Nak cepat-cepatkan habis entry Xi'an. Hehe. Ok, previous post di Xi'an boleh baca kat link di bawah:
Balik sahaja daripada City Wall, kami pun menuju ke Muslim Quarter untuk makan. Lapo dah ni.
Sampai sudah! Muslim Quarter disiang hari. Ramai orang.
Ingat tak malam sebelum ni ada makan kuey teow sup rasa pelik masam tu? Ha kedai ni. Tapi sate kambing sedapppp!
Roti Pizza Hut. Heheh.
Ini keledek goreng inti gula merah & kacang tanah tumbuk. Sedap makan panas-panas. Nyums.
Gerai jual pisang goreng versi Xi'an.
Gemok gila pisang ni.
Singgah makan sate kambingggggg!
Kedai ni pedas sikit.
Ini telur puyuh tau.
Nak makan nasi. Lapar nasi. Singgah kedai Pakistan makan Nasi Beriani Marjerin share 2 orang 1 pinggan. Serius rasa marjerin. Manis sangat. Muak sikit.
Dah konyang, moh ke masjid.
Masjid Besar Xi'an
Dibina pada 642 Masihi pada zaman Dinasti Tang, Masjid Xi'an adalah masjid yang tertua di negara Cina dan berusia lebih daripada 1200 tahun. Dari zaman ke zaman, masjid ini di ubah-suai dan kini menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong di Xi'an.
Ada beberapa bahagian dalam masjid ni. So aku cerita serba sedikit lah yer.
Berhampiran dengan Drum Tower dan sekitar Muslim Quarter, akan nampak signboard ke Xi'an Great Mosque.
Kaunter masuk. Non-muslim dikenakan bayaran 25 Yuan. Yang muslim, masuk secara percuma.
Lukisan atau pun peta kawasan masjid. Sorotan peristiwa dibawah lebih kurang gambar kat atas ye.
Klik untuk tumbesaran.
Bahagian pertama: The Wooden Memorial Archway.
Cantik tempat ni. Masuk sahaja kawasan masjid, ini yang akan nampak dahulu.
Bahagian kedua: The Five-Room Hall.
Kat sini ada display batu bersurat macam tu la kan. Batu ini di-decorate dengan ukiran bentuk naga dan ditulis tentang proses penambahbaikan masjid pada zaman Dinasti Ming & Dinasti Qing.
Bahagian ketiga: The Imperial Hall.
Bangunan yang tertua di dalam kawasan masjid. Ada sebuah batu yang dikenali sebagai "The Moon Tablet". Ditulis dalam bahasa Arab oleh imam terdahulu mengenai Kalendar Hijrah.
The Moon Tablet
Ia adalah tempat untuk melaungkan azan. Ada 3 tingkat kat sini.
Kami tak sempat nak dengar azan Asar masa ni. Tunggu punya tunggu tak dengar juga. Disebabkan kejar masa, kami perlu pulang ke Hostel. Unik azannya. Boleh search kat Youtube.
Signboard tu tulis Ritual Cleansing Room.
Tak tau la kenapa tak bagi masuk.
Yang ni tak pasti kat mana, mungkin ada dekat dengan Minaret.
Ini mungkin Official Reception Hall
Bahagian KeLima: The Phoenix Pavilion
Bahagian terakhir.
Laluan ke ruang masjid. Menarik betul batu ni. Tak jatuh pulak eh.
Masuk sahaja kat Phoenix Pavilion akan nampak "The One God Pavilion".
Unik sebab bentuk ala-ala zaman China dolu-dolu. Ada board kecil yang diukir "One God" oleh seorang High Ranking Officer pada zaman Dinasti Ming. Tapi aku tak tahu mana satu board nye.
Jalan depan sikit akan nampak tempat solat untuk muslimin & muslimat. Gambar atas tu yang bangunan besar bumbung hijau, itu la tempatnya.
Close-up ruang luar tempat solat
Alhamdulillah, kami berpeluang untuk solat disini. Tempat untuk mengambil wudhu' sedikit jauh. Kena lalu One God Pavillion tu baru sampai.
Siling di dalam ruang masjid ini diukir dengan 600 bentuk klasik yang mana tulisannya dibuat corak dalam bentuk rumput & bunga. Keliling dinding pula dipenuhi dengan ayat Al-Quran. Sebanyak 600 keping papan yang mana 30 papan di dalam bahasa Cina dan selebihnya bahasa Arab. Semuanya diukir. Subhanallah.
Ruang solat
Papan yang diukir dengan ayat suci Al-Quran
Ukiran di dalam bahasa Cina
Ukiran bahasa Arab
Ada pasangan dok buat photoshoot masa ni. Kami pun sibuk la jadi photographer. Heheh.
Nota kecil The Guidebook of Xi'an Great Mosque sangat berguna. Banyak sangat info boleh dapat dan terus aku tulis sikit2 masuk dalam belog. Buku ni dapat free bila masuk ke dalam masjid. Boleh ambil kat kaunter.
Luar masjid tu pula ada berderet kedai jual macam-macam. Kami singgah jap beli T-Shirt I Love Xi'an berharga 25 Yuan.
Habis beli barang, kami jalan kaki semula ke Han Tang Inn Hostel untuk kutip bag.
Destinasi kami seterusnya ialah CHENGDU!!
Khairiyah siem reap trip balum buat lagi ke tak nampak pun
ReplyDelete