Saturday, December 14, 2013

China Trip April 2013: Xi'an Day 1 (Hantang Inn & Terracotta Warriors & Horses Museum)

Assalamualaikum!

Previous post on Hangzhou: 


Previous post on Shanghai:


Previous post on Beijing:



Nak share satu pepatah (sort of) tentang Xi'an yang dibaca di Travel China Guide:-

"Go to Shanghai and you will find a 100-year-old China; go to Beijing and you will find a 1000-year-old China; go to Xian and then you will find a 3000-year-old China."

Kira macam Beijing itu pokoknya. Xi'an pula akarnya. Faham tak? 

18 April 2013

Ok, entry sebelum ini ada cerita tentang menaiki teksi ke hostel kami di Xi'an. Kami memilih untuk tidur semalam di Hantang House. Perjalanan dari Xian Bei ke hostel ni sekejap je dan hanyalah 34 Yuan sahaja. Teksi bermeter ye.



Hantang House ni sebenarnya last minute booking. Kalau tak silap masa kat Shanghai baru booking kot. Ni semua gara-gara tiket train habis dari Beijing ke Xi'an pada masa yang kami dah plan dari awal. Kira macam kami sampai awal la. WALAUBAGAIMANAPUN ye semua, I DO RECOMMEND this hostel. Dah lah murah. RM 14 je sorang satu malam. Pengsan. Katil empuk. Pengsan. Selimut tebal. Pengsan. Bilik ohsem. Pengsan. Kahkah. Over. Malang sekali, tak dapat nak ambil gambar sebab ada orang dalam bilik. Kami pilih 8 Bed Female Dorm.

19 April 2013

Esok paginya, mandi dan terus bersiap untuk check-out dan letak bag kami kat Hantang Inn. Sebenarnya, Hantang House & Hantang Inn ni adik beradik. Dekat gila je kot. Pagi tu hujan. Gerimis mengundang gitu. Berlari anak la kami pergi Hantang Inn ni yang lebih kurang 100m je pun. 

Jangan terpedaya dengan kekecilan beliau.

Lepas dah letak bag nak cari tempat makan breakfast. Keluar hostel je terus terpampang sebuah kedai kecik yang berlogo halal. Teruja uolls. Sebab memang tak tahu pun ada restoran halal kat situ. Eksited sangat. Jum tengok kami makan apa. Serius sedap. Xi'an memang syurga makanan. Hehehehe.

 Saje nak tunjuk depan restoran halal ni Hantang Inn. Hehe.

Man at work! Yang comel tu anak dia. Kemain menjeling dia dengan kami. Hahaha.








Semua 10 Yuan je lebih kurang. Air masak bawa sendiri. Sedap gila meleleh ayaq liuq nii oi.

Untuk pengetahuan, Xi'an City ni berada dalam satu tembok yang dikenali sebagai City Wall. City Wall yang berbentuk tembok empat segi ni, semua ada. Hostel kami duduk ni pun dalam tembok juga. Nanti aku cerita pasal City Wall entry satu lagi.

Ni City Map aku dapat kat hostel. Sila kutip ye untuk kegunaan anda. Bell Tower (6) kira macam landmark dekat Xi'an ni sebab berada di tengah-tengah City Wall.

Suasana mendung di Xi'an pada hari tu. Bawa payung siap-siap, dengan glove dan sweater sebab sangat sejukkk! Misi pada hari ini ialah ke salah satu World Heritage iaitu Terracotta Army Museum! Wajib pergi dan selami. That's why people come to Xi'an, I guess. Dari Hantang Inn, kami berjalan kaki ke Bell Tower untuk menaiki bas bernombor 603 ke Xi'an Railway Station. Harga hanya 1 Yuan. Sekejap je pun naik bas ni. 



Sepanjang perjalanan ke Bell Tower




 Ni tak tau dia tulis apa. Tapi ini lah sebahagian dari City Wall ye. Dekat je dengan Railway Station.

  
 Sekitar kawasan Xi'an Railway Station

Public phone niiiii... Hehehe.

Sampai sahaja di Xi'an Railway Station, cari bangunan China Post. Depan China Post ni ada deretan bas yang bermacam-macam jenis menuju ke pelbagai tempat. Untuk ke Terracotta Army, sila naik bas bernombor 5(306) ye. Harga hanya 7 Yuan dan mengambil masa selama 1 jam. Aku tidur je dalam bas ni. Ngantuk amat.



Deretan bas. 

Sampai sahaja di Terracotta, kami menapak ke kaunter tiket. Hujan ok hujan. Nasib baik renyai je. Harga tiket 150 Yuan untuk dewasa. Perjalanan dari kaunter tiket ke dalam muzium Terracotta ni sangat jauh ok. Dengan cuaca hujan dan sejuk, kami beli tiket shuttle yang berharga 5 Yuan sahaja yang bersebelahan sahaja dengan kaunter tiket. Beratur kemain lama masa nak naik shuttle ni. Ramai gila orang.

Kaunter tiket 

 Dah naik harga ni.... Harga tiket ikut season ye.

Tempek sikit tiket aku.

Ni kaunter tiket untuk shuttle.

Sampai sahaja di pintu masuk utama, kena jalan lagi sampai jumpa satu muzium yang menceritakan sejarah Terracotta, artifak, patung-patung, video dan macam-macam lagi. 

 Ni dalam muzium atau galeri Terracotta



Bersama Maharaja Qin Shi Huang

Patung di belakang tu adalah Animal's Keeper. Mungkin sedang menjaga kudanya.

Nak cerita sejarah sikit. Terracotta mula dibina pada zaman Dinasti Qin yang mana pemerintahnya memerintahkan rakyat membina patung terracotta untuk menemaninya selepas pemerintahnya mati. Terracotta ni mula dijumpai  pada tahun 1974 oleh peladang yang sedang menggali perigi. Para arkeologi pun mula la menggali lagi kawasan ini sampai la sekarang dan tak habis lagi. Uniknya, setiap patung ini berlainan bentuk dan rupa. Setiap patung dibezakan dengan cara pakaian mereka. Patung ini juga diukir dan dibentuk dengan penuh ketelitian untuk menghasilkan patung yang kualiti. Siap braided hair lagi. Proses casting dan welding turut di-apply dalam pembuatan patung-patung ini. Dikatakan juga Maharaja Qin telah membunuh kesemua pembina Terracotta ini agar tidak ada sesiapa pun yang tahu dimana lokasi Maharaja Qin ini bersemadi. Dan memang tak tahu pun sampai sekarang. Misteri nusantara.

Apa-apa pun, jika ada salah dan silap dalam penceritaan ini, mohon beritahu ye. :)

 
Pelbagai jenis bentuk rambut.

Klik untuk tumbesaran caption gambar

Lepas tu, baru kami pergi ke exhibition hall. Turutan exhibition hall yang kami pergi adalah Pit 3 > Pit 2 > Pit 1.  

Pit 3

Pit ini adalah Pit yang paling kecik. Hanya mengandungi 68 terracotta wariors, 4 kuda dan 1 chariot. Dekat sini, kebanyakan warriors tak ada kepala. Kepalanya dipercayai dicuri oleh penduduk di kawasan itu satu ketika dahulu. 

Pit 2

Pit ini adalah yang bersaiz sederhana. Mengandungi 1300 terracotta warriors, 800 chariots dan beribu senjata. 

Pit 1

Pit yang terbesar. Mengandungi 6000 terracotta warriors beserta kuda, askar dan senjata.

Save the best for the last, katanya.



Okay, untuk Pit ni semua, esok aku cerita ye.

Esok keeee? Hahahaha.

Thanks for reading!


14 comments:

  1. macam best je g china kan.. awak memang suka travel ye?

    neway, sy dah follow awak.. salam perkenalan dari saya..

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan!

    Saya suka travel. Masih merangkak pelan2. heheh.

    Best sangat gi China... :)

    ReplyDelete
  3. Sngt bagos info ni... siap no bas semua... xian is one of the places I wanna go but at the moment AA hnya buat route dr bangkok ajela puloknye...

    ReplyDelete
  4. @Farikica

    Terima kasih.

    Kalau tak, travel la Chengdu - Xi'an - Beijing. Harung sekali semua. Alang-alang.

    Hehehe.

    ReplyDelete
  5. I've been to Beijing, Hk and Shenzhen. x nak dah p tmpat yg sama. Agak2 route mana yg sesuai ya? Kalu nk dari Shanghai, jaoh sngat eh..? I'm waiting for yr Chengdu story la..nk tngk camne u buat....

    ReplyDelete
  6. @Farikica

    I teringin nak pi HK. Bila la agaknye tu. Hehe..

    Kalau nak gi Shanghai dalam 15 jam kot naik train biasa.

    Tapi I naik dari Xian ke Chengdu pun 16 jam. Memang xde bullet train.

    Chengdu-Xi'an-Beijing will be ok kot. U dok Beijing singgah Pearl Market 1 hari pastu balik. Walaupun dah pergi.. Heheheh

    Kalau x, Chengdu - Xian - Bangkok ler nampaknyee kan?

    :)

    ReplyDelete
  7. Hmmm.. i x survey ape lagik, but if i wanna do shanghai-xian chengdu ok kot x? from shanghai-xian dan xian-chengdu tu nak carik sleeper train, mcm u buat. sbnrnya another place yg i teringin nak p, Haarbin..tp nun jaoh sangat ke utara. Just to reconfirm, cuma apply single entry visa kan..? Tanya mcm2...nak p tu pon x tau bile tarikh lg..hi..hi...

    ReplyDelete
  8. @Farikica

    SH-Xian-Chengdu pun ok. Naik hard sleeper, boleh amik malam punye. Takde terasa sangat jauh prjlnn tu kn. Klo ade bajet lebih, amik soft sleeper.

    Yerp, apply single entry visa.

    Takpe, impian kena ade. Hehehe.

    Entry Chengdu, InsyaAllah minggu ni klo ade masa nk buat.

    ReplyDelete
  9. hi i was wondering what shoes did you wear during your vacation in Xi'an winter? is normal walking shoe enough and a thick socks to keep the feet warm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I just wore sport shoes. It's not winter at that time. If I'm not mistaken, it was early Spring & rainy. I suggest u to wear sport shoes & socks to keep you warm.

      Delete
  10. SS rasa ni dah nak masuk 2 kali dah ni SS baca entry Xian SK ni... Ha Ha Ha... Nak baca... Baca.. Dan... Baca lagi... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha. Alang-alang baca boleh laaa pergi Xi'an terussssssss..... Beli tikett cepattttttt!

      Kihkihkih..

      Delete