Sunday, December 22, 2013

China Trip April 2013: Xi'an Day 1 (Terracotta Warriors & Horses Museum - Pit 1, 2 & 3)

Assalamualaikum!

Konon-konon 'esok' nak update kan. Haruslah aku ni tak gagah pon!

Entry sebelum ini:

Sambungan 19 April 2013

Kali ini, ada banyak gambar je kot. Al-kisah Terracotta boleh baca kat link aku bagi atas tu. Atau pun, klik sahaja pada nama Pit yang tulisan warna biru dibawah ini ok!

Pit 3

Tak besar pun. Kecik je. Kedalaman 5 meter.

 Kebanyakan patung tak ada kepala. 


 Halus je ukiran kepala kuda tu


Sebahagian yang dah musnah


Dalam ni aku sesat! Tak jumpa budak-budak ni. Jenuh pusing Pit 2. Besar ok, besar. Rupa-rupanya dorang dok makan roti kat bangku. -____-"

Baca la kalau rajin!


 Sekitar kawasan di dalam Pit 2

 Terracotta army yang dah pecah

Kneeling Archer
Sebenarnya, sebelah tangannya memegang senjata.
Nak tahu tak, senjata yang dibuat ni disalut dengan kromium dengan ketebalan 10 - 15 mikron. Tujuannya untuk memastikan permukaan terhindar daripada berkarat. Tetapi, Amerika & Jerman mula invent chrome-plating tekno ni sekitar tahun 1950 dan 1937. Tapi di China, 2200 tahun yang lalu. Hebat ke tak? So siapa yang invent dulu ni? heheh.

 Lebih detail untuk Kneeling Archer.
Tapak kasut tu sangat halus ukirannya tau. Tengok braided hair tu. Ohsem sangat.

Kneeling Archer lagi. Patung-patung ni ade warna pada asalnya. Tapi makin lama, makin pudar disebabkan kelembapan cuaca sekitar kawasan.

High-ranking Officer
Salah satu daripada 7 general di Pit ini. Kalau tengok cara pemakaian dia macam 'mewah' sikit yang mana melambangkan betapa tingginya pangkat dia pada ketika itu.

Middle-ranking Officer


Cavalryman with his Saddled War Horse
Kuda yang terpilih siap ada training! Macam masuk Olimpik pule ye. 
Tangan Cavalryman ni pula sepatutnya memegang senjata.

Pit 1

Sebelum Pit ini dijumpai, penduduk kampung pernah membina kubur di atas Pit ni tau.

Baca!

 Disitulah telaga yang digali oleh penduduk kampung sehingga mereka terjumpa serpihan Terracotta.

 Besar kan? Macam kilang buat kapal terbang besarnya. Eceh.

 Baca kalau nak tau susunan formation tentera.

 Dinding yang memisahkan tentera ni dibina dengan menggunakan kayu, buluh dan tanah. Dinding ni nampak rendah daripada tentera tu kan? Sebabnya, Pit 1 telah mengalami banjir satu ketika dahulu, jadi dinding ni pun musnah sikit demi sikit.


Ini semua adalah patung tentera yang masih dibaiki. Serpihan-serpihan yang dijumpai dilekatkan pada patung ini. Pit ni pernah terbakar, sebab tu banyak yang musnah..

Masa ni sebenarnya yang pusing keliling Pit ni aku, Tirah & Khal je. Kami ingat Ain tertinggal. Rupanya dia sedap tidoq atas kerusi amboiiii makcik ni. Pastu kami kejut, dia plak nak pusing satu round Pit tu sorang-sorang. Biarkan. Hahaha. Lawak betul ko ni Ain.

Terjumpa pula info menarik nak kongsi dengan korang:

Direct link untuk cara pembuatan Terracotta Army. Klik untuk tumbesaran.

Okay habis pusing semua Pit! Yay!

Aku tak ingat Pit mana, tapi tiba-tiba dengar orang jerit, "Malaysia Boleh!!". Terus pandang belah kanan kami. Rupa-rupanya ada sekumpulan warga Malaysia ada kat situ juga. Semua bangsa Cina dan agak berumur. Dorang pun jalan-jalan juga. Siap pesan lagi, "Ni balik Malaysia jangan lupa pi mengundi tau!" Hehe. Baik uncle!

Kemudian kami singgah beli keychain pulak. Harga tak ingat. Tapi tawar la semurah boleh.

Kedai souvenir ada kat belah kiri tu. Yang belah kanan tu Exit.

Dalam jam 5 petang, kami pun bergerak ke stesen bas semula untuk naik bas nombor #5(306). Alkisahnya.... Ain & Khal beli Sweet Potato. Feeling kat Korea la tu. Tapi bau memang mengancam. Rasa pun sedap. Sampai ada anjing ikut!

Kami memang takut anjing, lagi-lagi Khal. Bertempiaran la masing-masing. Tapi yang Khal nye dok berdiri je kat situ tak gerak sambil pegang Sweet Potato tu. Aku dah cakap kat Ain, ko buang laaa makanan tu. Anjing tu bau laaaa! Harusla Ain buat tak heran je aku cakap. Khal dah nangis kat sana. Kami kesian. Tapi kami pun takut anjing juga... So what to do ni?

 Khal yang ketakutan. Pakcik belah kanan tu buat tak tahu je...

Sekali ada beberapa orang China tolong Khal untuk halau anjing tu. Siap kasi Khal naik bas tu dulu lagi. Dorang pelik kenapa kami takut anjing. Hehe.

Mamat Cina tu dok interview Khal..

Pengalaman yang menarik sangat kan? Menakutkan pun ye. Jam 6.20 petang, bas pun gerak. Kalau tak silap, ni bas terakhir nak balik ke City Wall. Dalam bas aku tidur je. Letih sangat seharian berjalan.

Panjang betul entry ek. Boleh la puasa update belog selama 1 bulan!

Hahahaha.

Ok hope you enjoy reading this post! But still tak habis lagi untuk Xi'an Day 1! Malam lepas balik dari Terracotta ni kami pusing-pusing Muslim Quarter.

Next entry ye!

Bye!

3 comments:

  1. Teringinnya nk ke sini .. bila tngk gmbr2 dn bca cerita, lg membkr semngat ni... kiranya klau pergi sendiri tanpa guide, x susah ya?

    ReplyDelete
  2. @Farikica

    Sangat menarik Terracotta ni. Main attraction di Xi'an. Peergi sendiri tanpa guide pun mudah. Masuk dalam list places to go ye!

    :)

    ReplyDelete
  3. Pasti! Dok baca cerita2 u skrg ni.. semangat2!

    ReplyDelete