Saturday, November 30, 2013

China Trip April 2013: Beijing Day 4 (Beijing West Railway Station & Hongqiao Pearl Market) and Bullet Train to Xi'an

Assalamualaikum!

18 April 2013.

Sambung perjalanan hari terakhir di Beijing. 

Previous post:


Pagi ini kami nak check-out dari Leo Hostel. Plan untuk letakkan bag di area Tiananmen Square sebelum berjalan-jalan di Hongqiao Pearl Market. Ada satu tempat yang ada Locker Service di kawasan ini. Tapi, masa yang diberikan hanyalah dari jam 6.30 pagi sehingga 1 petang sahaja. Macam tak berbaloi kan. Lagipun tiket kami ke Xi'an jam 5.38 petang. Sorry, harga untuk servis ini kurang pasti. Jenuh sangat angkat beg dari Leo Hostel ke kawasan Tiananmen Square tu. 2 km ada kot. 

Oleh sebab kami pun akan naik train ke Xi'an di Beijing West Railway Station, moh ler ke sana. Untuk ke sana, kami menaiki subway di Tiananmen East (Line 1) kalau tak silap aku, dan transfer di Military Museum untuk ke Beijing West Railway Stn (Line 9) dan Exit B. 

Baju hijau yang Tirah paki tu pun beli kat Silk Market. Trend orang China pakai baju ni.

Misi mencari Locker! Lokasi tak pasti, tapi naik eskalator sampai jumpa signboard 'Left Luggage'. Errr... Bagasi Kiri. Hahah. Macam-macam betul dorang ni. Tempat ni bukan macam locker, tapi lebih kepada simpan bag dalam sebuah bilik. Siap bilik tu ada katil ok. Bagpack atau bag roda 10 Yuan dan beg kecik, 5 Yuan. Operasi sampai jam 4.00 petang. Banyak kali orang tu pesan, pukul 4 tutup!! Hahah.

Disambut dengan senyuman. Eceh.

Dah setel pasal anak dinasor, kami pun menuju ke subway station semula untuk ke Hongqiao Pearl Market. Nak ke sini, sila turun di Tantiandongmen Station (Line 5) dan Exit A ye. 



Hong Qiao Pearl Market. Cantik kan? Tengok lah langit tu. Biru sangat. Aku tak edit pun gambar ni. Tapi cuaca amat sejukkkk!

Nama pun Pearl Market. Haruslah banyak jual pearl kat sini kan. Tapi, kami tak pandang punnnn... Kat sini pun ada jual barang-barang elektronik seperti Power Bank, SD Card, handphone, camera dan lain-lain. Macam biasa kalau nak tawar, 80% ok! Time ni aku tak beli apa-apa. Badan tak larat akibat tak sihat. Tengok je lah budak-budak ni berjual-beli. Eh lupa, aku beli bag tarik RM85 instead 900 Yuan kot. Gila kan? Powerbank 10400mAh boleh dapat around 170 Yuan.



Kualiti barang elektronik? Jangan terperdaya. Seller mungkin akan menipu. Sebab member ada yang tak berfungsi pun barang-barang tu. Kita nak barang A, seller akan attract kita untuk beli barang B yang way too cheap or buatan China tp function lebih kurang. So, berhati-hati ye!



Antara tingkat yang ado..

Yang penting, sila ego ketika berjual-beli. Always say NO, so the seller will call you back and give you a better price! 

Lama juga dok kat sini. Sempat juga beli souvenir lagi takut tak cukup kang ada yang sentap. Hahah.

 Di sepanjang perjalanan pulang ke Tiantandongmen Stn. Membuat kraftangan menggunakan wayar. 


Selesai membeli-belah, kami pun pulang semula ke Beijing West Railway Stn. Ruang menunggu sangat besar. Manusia sangat ramai ya ampun. Kami memilih Bullet Train untuk ke Xian. Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam 30 minit. 

 Bullet Train tiket dari Beijing Xi ke Xian Bei.

 Pintu masuk ke dalam station.


 Sekitar ruang menunggu. Dapat rehat lama sikit kat sini. Penat sangat oiii! 

Lets go to Xi'an! Weehooo!

Yang bestnya naik Bullet Train ni.. Ia amatlah selesa. Bag dinasor tu boleh letak kat ruang berdekatan pintu masuk train. Tak perlu kami kendong naik atas seat untuk letak bag. Ada air panas dan toilet pun macam dalam flight. 

Gini lah ruang nye. Heheh.
Yang perempuan depan ni tu ala-ala stewardess dia tau. Cong ceng cong ceng dorang cakap. Tak faham.

Belakang seat kami ada seorang anak yang menjaga mak nye yang sakit. Bagi makan, selimutkan. Mak nye tak boleh jalan. Kena pakai kerusi roda. Anak nye ni dah kahwin pun. Ada juga isteri dan anak kecik 2 orang. Rasa macam hebat sangat laki ni. Mana nak jaga mak, jaga anak lagi yang macam-macam kerenah. Respect him. 

Tidur, bangun, makan megi, tidur balik baru sampai di Xian. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. XianBei Station ni sangat besar dan cantik. Dah pukul 11 malam, kosong langsung. Takde orang. 

 
Luas gilo... Macam baru buat je ni.

Kami mencari Taxi Station dan yang sedihnya kami orang terakhir menaiki Taxi. Risau juga sebab masa tengah ramai-ramai beratur tu, banyak gila teksi. Sampai turn kami, langsung nan ado. Tunggu jap, pastu ada la teksi sampai. Aku rasa pemandu teksi takut kot nak berurusan dengan kami. Kami bukan local, tak reti cakap mandarin plak tu, bawa bag besar-besar lagi. Haru. Kahkah.

Sebaik muat kami 4 orang dalam teksi tu. Bag jangan cakap, memang penuh satu kereta. Tergelak-gelak dalam teksi tu. 


Ain & Tirah yang kesempitan ruang. 

Macam naik kereta polis dah ada jaring-jaring.

Hostel mana kami tinggal di Xian, nanti akan di cerita next entry yeee!

Bye Beijing! I had lots of fun!

No comments:

Post a Comment