Saturday, November 16, 2013

China Trip April 2013: Beijing Day 3 (Silk Market)

Assalamualaikum!

Wahh, kemain aku update belog seminggu sekali. Semua gara-gara banyak entry menanti. Heh.

Cantik tak blog header baruuuuu?? Nak tahu kat mana tu, tunggu sedut gambar dari member dulu ye!

Ok, kali ni nak cerita pengalaman shopping di Silk Market, Beijing!

Previous posts in Beijing:


Ingat tak aku cakap aku dari Niu Jie Mosque? Disebabkan kami tak mampu untuk menapak balik ke subway, kami membuat pilihan untuk menaiki bas ke Wangfujing. Berhampiran Niu Jie Mosque ada sebuah stesen bas. Bila baca signboard, harusla tak faham. Syukur ada orang yang bantu kami untuk naik bas apa dan turun di mana. Jadi, naik bas nombor 10 ye dan aku memang lelap je dalam bas. Apa pun tak sedar. 

 Naik bas guna Yikatong Card, 2 Yuan sahaja kemana-mana destinasi. Awesome kan! Ini suasana dalam bas ketika aku tidur. 

Khal yang lead kami untuk kemana. Tahu-tahu dah sampai Wangfujing subway station. Sepanjang perjalanan tadi, mereka yang berjaga nampak Beijing National Grand Theatre. Huuu... Tapi, aku tengok dalam gambar je lah...


Ini adalah National Grand Theatre dari dalam bas. Cantik kalau di malam hari. Google cepat! 

Setelah tidur selama 30 minit dalam bas (hihi) akhirnya sampaila kat Wangfujing Station (Line 1). Kan haritu kami konon-konon nak makan kat area Wangfujing pastu sesat masuk mall mana entah. Rupanya salah exit. Choiii sangat. Jadi kalau nak ke Wangfujing, sila Exit B. Ko Exit C, nanti masuk mall yang namanya Oriental Plaza. Pastu high-five la sesat macam kami. 

Kami pun naik la subway menuju ke Yong'anli (Line 1). Dekat sini kena Exit A untuk sampai Silk Market. Sepanjang jalan keluar Exit ni, ada banyak sangat orang jual souvenir. Ada blogger cakap, beli area sini yang murah. Tapi kami konon-konon nak masuk dalam dulu, baru usha bahagian sini. Masuk je dalam bangunan Silk Market, rambang mata hoi. Banyak gila barang. Heaven betul. Bertingkat-tingkat pula tu. 

 Nampak tak Exit A?

Eh ada orang senyum..

Perlu diingatkan bahawa, anda perlu bersikap KENTAL apabila berjual beli dengan penjual di sini. Tak payah buat muka sedih. Belasah je la marah ke apa pun. Bukan dorang faham pun ko cakap apa dalam Bahasa kan? Haha. Tapi kat sini ada segelintir yang tau cakap Bahasa. Sikit-sikit je la. Lepas tu, nak minta harga diskaun, sila bargain up to 80% ye. Jangan terima seadanya je harga yang penjual tawarkan.

Kalau tak silap kami beli keychain dan fridge magnet dulu. Kedai jual tepi tangga je. Harga asal 45 Yuan seketul **pengsan**. Bargain dan bargain sampai la 5 Yuan ye untuk 1 keychain. Aku cakap betul ni. Ko minta murah-murah. Kalau boleh, minta lagi murah dari 5 Yuan tahu! Haha. Aku pulak yang over ni. Lama jugak duduk kat tangga ni sebab banyak gila kami beli souvenir.


Banyak takkkkkk? Cantik semuanya!!

Pit-stop seterusnya kat tingkat 1 & 2 yang menempatkan baju-baju yang sangat cantikkk dan harga pun cantik! Antara yang dibeli oleh aku dan rakan :-
  • T-shirt I Love Beijing = 20 Yuan. 
  • T-shirt Vans Der Wall = 40 Yuan.
  • Jaket Tebal Dolce & Gabbana = 100 Yuan.
  • Purse Mulberry = 100 Yuan.
Ini la jaket merah tu. Cantik tau. Ye aku tahu gambar Ain sangat banyak dalam belog aku. Hahaha.


Ada handbag tu, letak harga sampai 950 Yuan iaitu sama dengan RM 475. Err... Jadi bargain la sampai 100 Yuan ye. Huu.
Sampai satu masa tu, penjual tu marah gila tak bagi aku bincang dengan member aku ni. Sebab aku akan influence kawan aku, cakap yang barang dia mahal, jangan beli kat sini, itu ini laaa... Tapi memang kami gelak je la tengok gelagat dorang ni. Seronok tu ye. Sebab kat Malaysia tak macam ni. Menarik sangat pengalaman ni tau. 

Lepas tu jalan-jalan sikit kat tingkat atas, beli fridge magnet lagi. Khal dengan Tirah ada beli comforter kat sini. Murah-murah tau. Kain pun banyak. Rasanya kami duduk sini sampai kedai semua nak tutup lah. Lagipun kat sini pukul 9 malam orang dah tutup kedai. 

Kedai tepi jalan kat subway Yong'anli pun dah tutup. Jadi, kami pun balik la Leo Hostel dengan gembira walaupun ponat. 

Oh, ingat nak berjalan jap kat Dashilar Street iaitu salah satu tempat yang ancient la. Ada bangunan cantik-cantik kat situ. Lagipun, dekat sangat dengan Qianmen Stn & hostel. Kedai makan pun ada. Tapi, masa amat mencemburui kami. Eceh. 

Jenuh jugak bawa barang banyak-banyak dari Silk Market. Khal la kesian. Banyak gila barang dia beli. Sampai hostel kena kemas bag sebab esok nak check-out. :)

Okay selesai sudah hari ketiga.

Hari keempat di Beijing, kalau rajin esok aku update ye.

Bye!

2 comments:

  1. great info..
    tips nak pergi bulan mac nanti heheh...

    ReplyDelete
  2. @Alialisa

    TQ! Haaa.. Sila lah pergi Silk Market tu. Rambang mata tengok barang. Hehe.

    :)

    ReplyDelete