Sunday, November 10, 2013

China Trip April 2013: Beijing Day 3 (Tiananmen Square, 798 District Art & Niu Jie Street)

Assalamualaikum!

Previous post!


 Okay, update blog untuk hari ketiga di Beijing!

17 April 2013.

Diisytiharkan hari berjalan sahaja untuk kami.

First pit-stop pagi ini adalah kedai print! Haha. Ada benda lupa nak print, maka singgah la kejap kat kedai print area Leo Hostel tu. Just some info. Untuk ke kedai print, keluar dari Leo Hostel pergi ke kiri. Terus sampai jumpa dua simpang (macam poem The Road Not Taken). Ambil simpang kanan. Tengok-tengok la kedai belah kanan yang ada computer tu. Harga, sorry tak ingat.

Seterusnya adalah ke Tiananmen Square. Dekat sangat dengan Leo Hostel. Jalan kaki je. Tiananmen Square adalah salah satu city square yang terbesar di dunia! Ya, memang sungguh besar dan sangat ramai orang! Terkejut kami. Aku malas nak cerita history dia. Korang baca la sendiri ye. 

 Ni tak tau nama apa. Tapi cantik kannnnn!

 Ramai tak??!

 Comel gilo. Candid lepas gambar lompat. Misinya nak bagi nampak Tiananmen Gate dengan bendera China. Namun, tak berapa lulus.
 
 Ini adalah Tiananmen Gate untuk ke Forbidden City. 
Kesian tourist yang kena langgar dengan kereta tu ye. Sila baca paper.

 Monument to the People's Heroes

 National Museum of China


 Kereta polis yang comel.

Forbidden City kami tak masuk pun. Nak masuk mana-mana kat sini pun kena beratur panjang amat. Masuk Forbidden City kena bayar ye. 40 atau 60 Yuan bergantung pada season. Baru baca kat National Geographic tentang tempat ini yang mana setelah dikaji, orang dulu-dulu membinanya pada musim salji. Selama 28 hari diambil masa untuk mengangkut batu-bata dari kuari ke Beijing. Haruslah bukan naik lori ye! BACA SINI.

  The Beatles. Hahaha.

Cantiknya bunga sakura!

Ok, kemudian kami singgah dulu kat 798 District Art. Dari Tiananmen Square ni, boleh naik subway di Tiananmen East (Line 1), transfer Line 10 di Guamao dan berhenti di Sanyuanqiao (Exit C). Pastu kena naik bas nombor 401 untuk ke Dashanzi Lukounan. Ada la kisah untuk sampai ke stesen bas ni, jumpa la seorang gadis Muslim menjual sesuatu. Ingatkan roti, rupanya tauhu goreng yang agak busuk baunya. Ingat nak buat kudapan, langsung tak sentuh dah lepas tu.

Ni la tauhu tu...... :/

Lepas tu, aku nak gi beli air mineral kat gerai tepi jalan. Masa nak bayar, tiba-tiba bas dah sampai. Dorang suruh aku cepat sikit sebab orang China ni kan pantas je. Kang tak pasal2 aku tertinggal. Aku pergi sebut, "Pali.... Paliiiii!!!!" dalam erti kata, "Cepat... Cepat!!!!" dalam bahasa Korea kat makcik jual tu. Major FAIL! Si Ain bantai gelakkan aku. Kahkahkah.

Kat 798 ni, bagi pandangan aku, sesiapa yang suka barang, bangunan atau kawasan yang unik, photographer ke kan, boleh la singgah kat sini. Kreatif dan unik sangat tempat ni! Cafe pun banyak. Aktiviti disini banyak kepada mengambil gambar sahaja.









Bangunan kat sini kebanyakannya diubahsuai daripada sebuah kilang lama.

Habis jalan-jalan, kami bergerak ke Niu Jie Street. Dekat sini ada banyak kedai makan halal dan masjid. Naik subway dan turun kat Caishikou (Line 4). Exit D. Cara nak sampai Niu Jie Street ni aku cerita ikut gambar ok!

 Masa Exit D, kami nampak dinding ini. Kawasan ni tengah buat construction.

Jalan je terus. Nampak tak dinding belah kiri tu? Situ sebenarnya gerai makan. Mengikut apa yang aku nampak dorang pakai kopiah. Makanan Muslim agaknya.

 Bila jalan terus lagi akan nampak Gudu Hotel Beijing belah kanan.

 Nama jalan kat area Gudu Hotel.

 Akan ada juga restoran kat situ.

Jalan depan lagi baru la nampak Niu Jie Street. Fuuhhh... Jauh jugak ye perjalanan. Harap bersabar. Mungkin akan fikir korang sesat kat mana-mana entah.

Along the street ada la postbox. :)

Perut dh menyanyi Opera Cina. Lapar gila sebab banyak berjalan. Misi mencari Niu Jie Muslim Food Place kat area Niu Jie Street. Aku nampak banyak sangat restoran halal sini. Supermarket Muslim pun ada. 

Niu Jie  Muslim Food Place ni tersembunyi sikit dan terletak di tingkat atas Niu Jie Muslim Supermarket. Cross the road ye. Jangan risau, ada je area Niu Jie Street ni.


 Kambing biri-biri, of course! 25 Yuan sepinggan.

Teringin sangat nak makan dumplings. Ambil yang kukus.
 
 
 
Deretan gerai. Pilih je nak apa. Sini tak jual air. Bawa air botol siap-siap ok!

Ok, bangunan ni adalah Elementary School. Tulisan merah belah paling kiri sekali ni kan ada orang jual pau sedap gilaaaaaaaaa. Rindu. Sobs.

Ramai orang beratur. Aku dengan Ain yang beli, langsung lintang pukang jadinya. Tak faham apebende. Jualan menerusi tingkap saja!

Niu Jie Mosque. Masa untuk solat. Gerak depan sikit dari tempat makan tu, akan nampak dah masjid. Dari luar macam temple.




Subhanallah, cantik sangat....... Kawasan bahagian dalam sangat luas. Solat untuk muslimat ada di bahagian hujung sikit. Boleh tanya kat orang dalam tu kalau tak pasti ye.


Orait, setel sebahagian Hari Ketiga di Beijing.

Next entry nak cerita pengalaman membeli-belah di Silk Street! 

Berapa jam dah aku hadap laptop ni. Huhu.

Bye!!



[++ So Good ++]

2 comments:

  1. ni belog aku ke ko? hahaha. muka den banyak. haha.

    bila nak update jogja n bromo nih??

    ReplyDelete
  2. Hahahaa..

    Aku perasan juga sebenarnyaaa... Tapi nak buat camne gambar ko banyak sangatttt...

    haha..

    Tunggu amik gambar dari ko dulu baru aku update belog.

    ReplyDelete