Assalamualaikum!
Entry sebelum ini:
Okeh, mari sambung perjalanan Beijing di hari kedua.
Misi sepatutnya adalah untuk ke Summer Palace pada petang tu. Tapi, disebabkan jam sepanjang perjalanan pulang dari Mutianyu Great Wall, terpaksa la cancel plan. Jadi, tengok je lah gambar kat Google ubat rindu kengkonon.
Maka, kami terus menghala ke Olympic Stadium. :)
Naik bas 867 dari Mutianyu Great Wall tu, tapi kami tak turun kat Dongzhimen. Aku tak ingat turun kat mana sebab tidur je dalam bas. Letih sangat. Alih-alih, Khal kejut suruh bangun. Tapi, nasib baik Tirah ada amik gambar Subway yang kami naik untuk ke Olympic Stadium.
Dari Sanyuanqiao (Line 10) ke Beitucheng (Line 8) dan menghala ke Olympic Sport Center. Kat sini Exit B ke National Stadium & National Aquatic Center.
Keluar je dari Subway, terus menggigil kesejukan. Angin tiup kuat sangat. Kami pun pakai apa patut dan tunggu lampu bangunan muncul.
Security, macam biasa.
Map kawasan Olympic Sports Centre
First pit-stop kami ialah Beijing National Stadium atau lebih dikenali sebagai Bird's Nest. Stadium ini dibuat sempena Olimpik pada tahun 2008. Seni reka sangat unik. Walaupun dari kejauhan je, cantik sangat. Yang penting, lampu-lampu menyerlahkan kami masa amik gambar. Hahaha.
Next pit-stop adalah National Aquatic Center. Bersebelahan je dengan National Stadium tu. Ia juga dikenali sebagai Water Cube. Nama dah cube kan. Tapi bentuk takde cube pon. Bentuk cuboid. Tak percaya? Baca Wiki atau tengok gambar. (Padahal aku baru tau masa menulis ni). Exterior design nampak la macam air sikit.
Tak 4 segi pun kannnn?? :)
Masa ni masing-masing dah kesejukan. Tak lama pun kat sini sebab teramat sejuk. Amik gambar yang penting. Aku dah srotttt srotttt masa ni.
Perut dah bunyi nak makan. Plan nak ke Wangfujing Street. Dari Olympic Sport Centre (Line 8) ke Wangfujing (Line 1). 4 kali jugak la tukar train. Fuhhh. Sampai kat situ, kami lost. Ikut Itinerary, Exit A. Tapi keluar kat dalam mall mana entah. Nak cari jalan keluar pun tak jumpa. Sedih betul. Sejuta kali pusing dalam mall. Tanya orang pun tak faham dorang ni. Maka, isi perut kat Burger King je laaaa.. Serius kat Beijing ni kami makan maggi, bubur, biskut, McD, BK. Sadis.
Pastu, balik hostel. Tidur.
Penat sangat tapi gembira. :)
Okay jumpa lagi. Bye!
[++ So Good ++]
No comments:
Post a Comment