Monday, December 31, 2012

Bye bye 2012!

Guess what?

My blog posts for 2012 are soooooo few! This is sad. Been busy, no? Or nothing much to say? Hehe.

But its okay. Hope this new year 2013 will have lots of events, weddings, travel, pictures etc so that I have something to jot down!

Oh, sebelum itu. Ingin saya memberitahu bahawa nenek saya sudah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 28 Disember 2012. Al-fatihah. Saya redha dengan pemergiannya. Semuga arwah wan ditempatkan di dalam golongan orang2 yang beriman. Rindu pada arwah......

Okay, kembali pada isu 2012. Mengikut blog post pada 1 Januari. Azam tahun baru untuk 2012 ialah seperti berikut (beserta jawapan sekali):


1. Pergi Universal Studio Singapore.
    Checked!

2. Pergi Bandung, Indonesia.
    Failed! Will be going on 21st Jan 2013. Hiks.

3. Kumpul duit dalam bank.
    Alhamdulillah.

4. Taknak sampai ofis selepas 8.30 pagi. -_-"
     Failed!!!! I won't have this resolution next year. Grr..

5. Kurangkan shopping sebab nak capai nombor 3.
    Checked! Like seriously okay! :)

6. Cuba lagi lots of food in Malaysia.
     50%. Assume failed.

7. Amik berkat member yang nak kahwin tahun 2012.
    Checked!! 

8. Kahwin umur 27. #Eh!
    Hahaha. This one, have to wait until I'm 27. :)


Nampaknya failed lebih banyak. Ini tak boleh jadi. Harus buat azam baru tahun depan. Yang dulu-dulu tak payah dikenang.



Antara kenangan yang tak boleh dilupakan ialah backpacking to Singapore, water rafting, weddings dan berjaya tak beli beg! Hahaha.

Till then 2012! I had a blast..


 Bye bye!


[++ So Good ++]

Wednesday, December 5, 2012

Wedding & Food!


Pergi kenduri kahwin ni macam memberi ilham kepada aku untuk buat apa pada majlis kenduri aku nanti. Eceh. Berangan-angan jer lah walaupun tidak diketahui bila kan. 

Hari Sabtu, 1 Disember 2012, aku dan rakan-rakan menghadiri majlis persandingan rakan se-Mechy dan rakan se-kolej semasa di UiTM, Reza & Roy di Shah Alam. Setahu aku, diorang ni kenal masa kat Matrik Melaka tahun 2006/2007. Aku pun matrik tu jugak yer. Sampailah sekarang ni... kahwin dah pun.. Alhamduilillah.

Biasalah, bila dah kenduri member ni, mesti buat mini reunion. Yelah, mini sudah. Time wedding tu jumpa la kawan-kawan se-UiTM dulu. Tak ramai pun. Sebab tu la mini noks! Heh.

Okay lah. Gambar tak ada memang tak sah. 

Berebut salam pengantin.

Sesi ambil gambar. 
  
Apebenda tah dorang gosipkan tu.

Oh, makanan yang dihidangkan semua sedappppppp! Tak berhenti-henti aku cakap sedap. Dan kita telan je semua.


Ada candy bar! Cupcakes ni sedap.


Super cute kan!


Candy for kids.....and us!

Min, Fisha & Rina. Fisha dari Kedah okay. Nampak tak kesungguhan tu?

Tikah, Ecah, Amal. Ecah tu adik Tikah. Dari Melaka tuuuu dorang ni!

Wani yang rindu aku sokmo. Hahaha.

Ni semua Wani habiskan.

Bersama pengantinssss.

Amik berkat der...

Suka sangat design khemah macam ni. Nanti kahwin nak buat macam ni jugakkk!



Dalam rumah. Hujan kat luar... (Sebenarnya tunggu turn nak pergi toilet)...


Roy yang cun! Nampak gelap mukanya sebab background disinari matahari. 
Pastu dia suruh amik gambar, make sure nampak kain leret2 dia tu. Hahaha.

Ni pulak bahagian pengantin makan beradab. 



Small chandeliers... Cantik kan?

Ruang laman yang besar.


Wedding ni cantik, simple and sooo spacious! Sebab khemah banyak dan nampak besarrrr sangat. Mungkin sebab design khemah bahagian atas tu tinggi kot. Colour pun warna neutral dan lembut. Like like! So lepas balik wedding ni, pergi lepak Hakim. Then siap cantik-cantik pergi Setia City Mall. Cantik keeeeee???!


Lapar, jadi nak cari restoran Jepun. Jumpa satu, tapi dah close. Cari punya cari, kita terjah Sweet Chat. Awal-awal lagi waiter tu cakap, Durian Pancake dah habis. Aku bukan nak makan durian pun la derr.. Time ni dah pukul 9.50pm. Redahhh!

Nak jugakkkkkkk... -.-"

Min taknak ketinggalan.


360. Flawless mode. Kui3.

Drinks...

Ni namanya tak ingat. So cheesy. 

Spaghetti smoke beef ape entah. Rasa spaghetti kuah lemak daging! So Malaysian ok!

Ni roti cheese with bacon kot. Tak ingat lah. Tapi this is the right food for supper. Not other two above. 

Mango Ice. Confirm tak habis. 3 orang makan. Gendut sudah.


Selesai makan. Pergi Klang Sentral hantar Fisha balik. Lepas tu balik Subang Jaya.

Makanan best. Kawan-kawan best. Love them so much!


Byeeee!!



:)




[++ So Good ++]

Sunday, November 25, 2012

Random.

Hi all!!!

Aku sungguh sibuk minggu lepas. Kerja 2 hari lepas tu training 2 hari. Kerja hari Sabtu serupa tak kerja pulak tu. Hahah. Kami makan-makan la lepas kerja pukul 1pm. Gagah kumpul duit sorang RM10 tiap bulan tauuuuu. Okay, gambar lah sikit. Yelah, kita handphone nan ado yang canggih, on the spot upload kan. Kita tunggu cucuk kat PC baru boleh bukak. How sad.

Training at Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Communication Skill.

BBQ Time! Kambing & ayam!


Hanya mampu makan 3 kambing dan 1 ayam.



Dah setahun lebih aku kerja sini. Everything goes well, alhamdulillah. Oklah. Bye.






[++ So Good ++]

Thursday, November 15, 2012

Jalan raya.

Hai!

Bila jam di pagi hari, aku akan ikut jalan lain yang mana akan jam jugak, tetapi tidak lah seteruk jam di Sunway Giza 30 minit pun tak tentu sampai ofis. Ada banyak alternatif sebenarnya. Kalau rajin explore jalan, retilah dikau. Kalau tak, ikut je la jalan biasa lalu tu sampai kesudah. Maka, sampai lah ofis 1 jam lambat. Jadi, perkara ini akan berlaku dalam 6 bulan sekali kot pada aku. Yeke? Bulan ni dah dua kali datang lambat. Tettttt. Kan best kalau ada GPS yang track tempat jam, dan bagitau "Jangan ikut jalan ni, ikut belah sana!". Sebenarnya kan, memang ada. Tapi, aku tak pasti sama ada kat Malaysia dah wujud atau tidak, atau aku yang tak tahu teknologi terkini di Android, iPhone, etc. Yelah, handphone iolls kan jahanam sudey. Heh.


Road not taken. Palm Spring, Sunway Damansara.


Eh tapi kan, nak bagitau lah sesuatu.

Faham tak, "Jalan aku bukan jalan kau??!!". Hah! Aku selalu sangat alami benda ni. Kereta dari ceruk mana entah, sesuka hati nak menonong jalan walaupun jalan tu jalan aku. Maksudnya, jalan aku lalu tu jalan besar, jalan orang lain lalu tu, jalan dr kawasan perumahan. Aku dengan chill nya bawak kereta, tiba kat simpang empat, tiba2 dari simpang kanan, ada kereta sesuka hati zassssss lalu depan aku. Wah, sebaik aku brek okay. Alih2 orang tu pun berhenti mengejut jugak. Pandang aku, angkat tangan. HOHHHH! Itu takpe lagi. Ada pulak yang siap drive, cakap kat telefon lagi, tanpa hiraukan aku yang terkebil2 tengok dia drive.. Wahwahwah. Lempang karang.

Kadang2 kita fikir, kita dah berhemah habis di atas jalan raya, tetapi ada segelintir manusia yang ambil mudah. Walaupunbegitu, kita ni pun bukan betul sangat. Kita tau salah kita pun, kita gi marah driver lain. Hahaha. Bajet hebat sangat le tuuu.

Sebelum tu. saya nak ucapkan Selamat menyambut tahun baru. Marilah kita penuhkan buku baru pada tahun ini dengan amalan yang baik, InsyaAllah....

Salam Maal Hijrah 1434.


Ok bai.




[++ So Good ++]

Sunday, November 11, 2012

November.

Aku tweet:

"Bila lah nak habis bulan November ni.......". Haritu bulan Oktober pun benda sama aku tweet. Bukan sebab apa pun. Aku selalu rasakan yang awal bulan bergerak terlalu lambat. Hoh.


Dan bukan sebab aku banyak kerja yang membuatkan aku malas update blog. Alasan je semua tu. Idea tak keluar. Mungkin kalau aku travel, banyak cerita nak luahkan. Tapi takat doing the same thing everyday.... I guess there is nothing much to talk about.


Tweet pun dah jarang. Sebabnya, handphone kesayangan dah jahanam ditelan arus usia. Aku harus beli handphone baru. Tapi entah bila. Macam lah tak faham aku ni suka fikir sejuta kali sebelum membeli, kan? Mak aku kata tak payah bazir duit. Tetttt.


Seperkara lagi. Aku nak melancong lagi. I guess its my new hobby. Teruja nak pergi semua tempat. Harapannya, bakal laki pun suka berjalan. Amin.


Okay lah. Bye.






[++ So Good ++]

Wednesday, August 29, 2012

Random

Saje nak isi kekosongan entry dalam blog. KBAI


Free.

Assam Laksa at Papparich.

Kueyteow Kerang at Papparich.

IKEA's meatball for berbuka with colleagues.



Khal.

Food for three. Bahaha.. GILA.

Ain.




[++ So Good ++]

Thursday, August 23, 2012

Salam Aidilfitri 2012

Assalamualaikum!


Korang ni mesti bergendang gendut dah makan ketupat rendang lemang bagai ni kannnn??? Syawal dah masuk hari ke-lima. Cepat je Ramadhan berlalu alih2 dah raya.. Raya tahun ni aku takde lah beria sangat. Beli kerepek jer. Kuih raya I not loike. Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih, jadi boleh bagi duit raya kat sedara mara! Yay! :) 

Malam raya tu dok nak masak rendang bagai, tapi around jam 3.30 am tu, tengok api dah mengecik je masa masak nasi impit.. Sah gas habis der! Sebaik sempat la masak nasi impit tu... Aku dah cakap kat mak aku, gas ni macam dah lama tak tukar, sebelum puasa lagi.. Nak masak dah la banyak ni.. Cukup ke? Hihi. Gasak kau. Aku dengan ngantuk terus tidur. Esok je la masak. Haha. Pagi raya tu la dok ketung ketang masak. Kol 12 baru dapat makan. Jadi, paginya tu aku panaskan nasi goreng berbuka semalamnye jeee.. Nasi goreng di pagi raya. Kau ado?

Lepas tu, 3 hari dok KL jer tak gi mana2. Balik la Kampung Subang jap yang mana kawan2 aku dok kata Kampung Subang tak dikira kampung pon. Dan aku menepis segala yang dorang cakap sebab suasana still kampung apa! Hoh.

Malam Hari Raya ke-tiga, aku gerak ke Seremban, tengok nenek ku disana. Raya kat Rembau pulak raya ke-empat, sompek la den raso rondang Nogori. Hewhew. The best wa cakap lu. Dok raya kat Rombau tu, pergi rumah sedara mara kat sana... Makan dan makan dan makan. Tapi best. Lepas ni kita puasa ganti dan puasa enam okay! :)

Ita, aku, Syu. Kat rumah Tok Lang.

Nampak ke dorang main apa tu? Ala yang tutup botol kaca tu main jentik2. Ape tah panggil. 

Makan nasi impit dengan kuah kacang.


Beraya rumah Tok Cu pulak. Makan2.

Jejaka Malaya. Wekk.

Muka Tok Cu sama macam arwah Atuk.... Teringat Atok. :(

Ni rumah Wan Induk.


Ni kampung ku kat Rombau. Love this house. Bring back childhood memories. :)


Oh lepas tu aku beli baju raya lepas tu tak pakai sebab aku tak pergi mana-mana kan. Balik kampung aku pakai baju kurung cotton je. Senang. Habis tu ko nak aku pakai ngelip-ngelip basuh pinggan apa semua ke? Your wish!

Jadinya, tiadala baju raya ku dipakai untuk raya ni.. 

TAPI! Esok wa nak gi Taiping, insyaAllah.. Ada kenduri kahwin member. Jadi, kalau rajin aku pakai la baju kurung kaler purple ai tu. Yang kawan aku suruh pakai baju merah time sanding dia hari Sabtu nanti. Dok fikir baju mana aku nak pakai ni haaaa. Bukan sebab banyak sangat baju der, sebab aku kurang ade baju merah sebab baju kurung aku warna warni semuanya. Wahahha.  Poyos nak mamps.


Okay semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin! :)



[++ So Good ++]