Sunday, June 26, 2011

Dah kalau salah nombor tu.....


Nak pergi rumah Ilya, tapi takde alamat dan nombor telefon.

Maka mesej Amal.

"Amal, nak nombor Ilya.Tq"

Beberapa minit kemudian aku dapat business card daripada Amal dan segera memesej Ilya yang menggunakan nombor Maxis.

"Salam Ilya, Khay ni. Esok makan2 pukul berapa?"

Tunggu lama tak reply pulak kawan aku ni. Sibuk kot.

Beberapa jam kemudian, bunyi mesej masuk daripada nombor Celcom tidak dikenali.

"Bro, esok ader ape? - Iylia"

Oh Ilya ada dua nobor agaknya. Eh, tapi sejak bila pulak Ilya panggil aku bro ni? Padahal dia lemah lembut. Takkan tiba2 ubah perangai? Aku ingat nama "Iylia" tu dia saje letak macam tu. Sebab bunyi Ilya dan Iylia macam sama, so mungkin aku salah taip nama dia kot. Think positive.

"Esok makan2 pukul berapa, kita tak tau alamat rumah. Ke mesej salah orang ek? Ni Ilya kan?

"Ha ah la. Awat?"

"Eh Ilya, ni Khay tau. Nak tau alamat rumah je nak pergi esok ni".

"Khay mana nie? haha. mkn2 ape? xtahu pulak aku".

Haa sudah. Aku nak reply apa ni. Beberapa ketika aku simpulkan yang aku dapat nombor telefon yang salah daripada Amal. Takleh blah Amal ni. haha.

"Eh salah nombor kot. Sorry la ek. Tp, wa bukan bro der. Wa perempuan der. Sorry".

Tiba-tiba DIA CALL AKU. Wakaka..

Aku pun angkat..

"Hello?".

"Hello, ni sape?".

"Eh sorry la ek, salah nombor la".

"Eh tapi ni Ilya tau".

"Tapi nak cari Ilya perempuan"..

"Ohh... Ilya yang dok Kajang tu ke?"

Eh, dan2 kau ada kawan nama Ilya dok Kaja
ng. Nama kau pon Ilya jugak tau. Keciknya dunia. =_='.

"Eh bukan2.. Bukan kat Kajang, kat tempat lain. Sorry2 salah nombor. Hehe."

"Ok, takpe".

Aku dah.. AMAL NI BAGI NOMBOR SALAH PULAK...


Haha.. Its okay Amal, wa tak kesah pon. Orang panggil wa bro pon wa tak heran.


Khay, Amal dan Rina. Ilya takde. Dia sibuk time ni. Hehe.



Selamat jugak aku sampai rumah Ilya tadi. =)



[++ So Good ++]

Friday, June 24, 2011

Keputusan di tangan anda.

Haiiii...


Dalam 20 hari jugak aku tak update blog.

Serius tak tau nak update ape laa. Jangan la cakap aku dah stop ber-blog ke apa. Ni idea tamau keluar dari otak dikala menjadi penganggur ni. Sebab hari2 dipenuhi dengan melagho.

Ye, saya tak dapat kerja lagi. Menunggu bulan jatuh ke riba, boleh?


Sekarang ni aku mengalami satu sindrom bernama betul-ke-keputusan-yang-aku-buat?. Pernah tak alami macam tu? There were few things happened to me. Kadang-kadang kita rasa yang kita buat ni adalah betul dan perlu diteruskan. Disebalik itu, suara jahat mengatakan jangan pilih pilihan tu sebab ianya salah. Bila dah semakin meningkat dewasa ni banyak benda kena fikir dan banyak benda kena pilih. Selalu minta dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan kita kena yakin yang setiap yang kita pilih itu pasti ada hikmahnya.

Sebab Allah tahu, ada perkara yang lebih baik untuk diri kita di kemudian hari.

Walaupun aku yakin satu ketika dahulu, 'benda' itu bukan untuk aku, tapi aku teruskan juga. Disebalik kesukaran yang aku hadapi, ada terselit keindahan. Alhamdulillah, syukur.


Kehidupan kita tetap ada naik ada turun. Kita je yang kena kawal.


Wah tak sangka aku berkata-kata macam tu. Huuu.


Sometimes, we need to be more serious on certain things.


Thanks all.




kata pendek: Ramadhan nak dekat dah. Ganti puasa sudah? Hee.





[++ So Good ++]

Thursday, June 9, 2011

Random.

Hangout with my cousin at One Utama on Tuesday. On the way lagi dah call, "Eh kat mana tu? Nak amik gambar dengan Transformer ni!" Haha.. Can say she's a Transformatic, as in fanatic about Transformer. lol.

Well, here's the HUGE Transformer I don't know its name tho.


Gagah kot.

Ignore my messy tudung.


AND, we were so lucky enough to get this:

Ni muka depan jew. Memang la tak teruja.

Postcards. Hurm, I don't know what to do with this.

INI LA PENTING! For free yaw. Limited Edition One Card only available for first 500 people. Kalau tak kena bayar ke apa RM20 untuk 3 tahun.


Lepas ni pergi OU bley guna card ni even tak tau camne nak guna kan. Hentam je ler. Burr. Harap2 parking senang. Senang ke? OU tu besar gedabak pon takde parking jugak. =_='.



Birthday Kak Alin ku hari tu. Makan semua dia belanja. Terbalik pulak! When I have money, I'll threat my cousins pulak lah. Same goes to you Shafri (If you read this la)! I know I owe you Strawberry Garden. =) La ni, aku takdak duit la. Takat keluar jalan2 tu larat lagi. BUT NO SHOPPING, GO TO HELL ALL DISCOUNTS I HATE YOU! *Tiba-tiba*. Sad statement from an unemployed woman.


Peranakan Place! Nyumss

Macam biasa aku order Barli Ais. Air pink masam tuuu Dragon Fruit.

Birthday Lady!!!

Ayam masak tak ingat & Ikan sambal.
drool.

Honey sotong tuuuuu betol2 sedap. Aku makan tu je yg banyak. Haha.
Sayur tu Paku Belacan. Pun sedap jugeee..


Eh macam dia makan semua. haha

Muka teruja.


Lepas tu jalan2 cari barang2. Banyak barang tauuuuu. Penuh tangan kiri kanan. Hihi.


Lepas tu pergi balik Peranakan Place makan dessert plak. huhu.
Cendol dengan Sago Melaka.



Lepas tu balik cepat takut jam di tengah jalan.



Oklah baiii!



[++ So Good ++]

Monday, June 6, 2011

Vids.

Assalamualaikum!

Ok ni video yang aku pergi Bukit Merah ritu tu. First video is the fire show during a night walk at EchoPark. Noted that the guy is handsome macam Botak #Juvana okay. Tak tengok #Juvana? Pergi tengok sekarang.




Hensem tak? I mean, the performance, not the guy. Haha.



Yang ni pulak, dua ekor baby orang utan ohsocute. Nama Jirin (male) & Sera (female). Yang pegang teddy bear tu opkos la yang betina nya. Hiks. Pakai pampers lagi tau. =)




Alololo~~


kata pendek: Korang cuti buat apa je haaa??? :)


Thursday, June 2, 2011

Cuti-Cuti Bukit Merah.

Holiday!

Mak aku ada reunion kat Bukit Merah hari Ahad. Maka, Sabtu gerak pergi Ipoh rumah Mak Teh aku. Takdela penat sangat nanti since aku yang drive. Oh oh.

Last time pergi Bukit Merah pun waktu muda-mudi dulu zaman budak sekolah rendah kot. Yang aku ingat, ada belon besar gila leh main tapi aku takleh main sebab masa tu ketinggian dan umur tidak mengizinkan.

Haa besar kan!


Ok gambar!

Sampai2 kat Bukit Merah kita lunch dulu kat Lelac Cafe. Buffet lunch dr 1230 - 4 ptg ditaja oleh kawan my mum, Aunty Saemah. Thank youuuu =)


Mee kari sedap, Nasi goreng Thai, Sambal udang terbaik, dessert, dan lain-lain.


Fresh Orange ni memang sedap gilaaaa tapi harga RM11.60. Gilaaaaaa.


Kawan-kawan mak saya masa kat MPSI. Reunion setelah hampir 30 tahun tak jumpa.

Kesudian Izni untuk datang Bukit Merah. Thanks love! =)
Yang tengah tu my kazen from Ipoh, Ita. =)

Harusla tak makan dr 12 - 4ptg kan non stop. Maka, jalan2 kejap naik chairlift.

View from above.

Cantik kan.

Tak pergi pun theme park dia ni sebab malas lah. Tunggu ada anak dulu kang aku mai lagi. Haha.

Panas gila kot. Rasa nak terjun je dalam air tu.




Nak jugakkkkk~

Family Izni. Dorang pun jalan2 jugak. Adik Izni, Daniel tu siap tukar baju sebab panas.
Serius panas amat hari tu. Berpeluh2 kitorang.


Lepas jalan2 ni kitorang masuk balik makan buffet tu. Hahah. Haus kot teguk air se-tong sat.
Pastu check-in kat apartment, transfer movie dan cerita (since Izni banyak bena cerita nak bg kat aku sampai hang lappy Ita). Hahah. Jumpa Izni pun kejap je laa.. Petang tu dia nak balik Penang dah..

Malam. Aktiviti lain pulak. Ni mak ak dok beli magnet kegemaran.

Ada night adventure. Jumpa kawan baru. Afira. baya aku tau. Amik nursing kat MasterSkill.

Night Adventure ni kena naik bot je aku ingat. So dah macam BORING GILA! Mana nampak apa2 tengah malam ni.
Sekali dia stop kat EchoPark. Kira night walk lah dalam Zoo kecik tu. Hehe Best wooo..

Ni namanya.. tak ingat. Aku bagi dia makan tau! So cute.

Ni buaya ni dua2 lapar. Orang tu dah tak bagi makan pun dia still dok nganga. Kesian sangat tengok.

Rusa sungguh banyak.

Macam2 binatang aku jumpa. Ada Ikan Keli Afrika. Mak aku tanya tour guide tu, "Kenapa panggil Keli Afrika?" Kesian dia tak tau nak jawab. Huhu.
Malam tu memang mak ak banyak tol tanya. Hahah.

Pastu ada fireshow okay. OMG laki tu sungguh hensem okay macam Botak #Juvana. Hahah. Nanti aku upload video yer entry lain. Dah penuh sangat kat sini.

Overall, worth it. RM10 per person only.


Habis touring, tak dinner lagi maka mari makan!

The next day! Breakfast time! Nyummeeeehhhhh.

and this!

and this!

and this!!

Swimming Pool sungguh besarrrrrrrr.....

Lepas breakfast, kita jalan2.

A beautiful morning.


Kita pergi Orang Utan Island!

Kau ingat manusia je ada sijil lahir? Dorang pun ada okay!
Tengok la nama mak dia. Hihi.

Nama dia Baboon. Umur 24 tahun. Sedang mengandung anak keenam. Oh my. Heheh.
Kalau nak tau, orang utan betina pun period tau. Mengandung pun 9 bulan mcam manusia.
Amazing kan.

Tempat main anak orang utan umur 3 tahun.



Sungguh comel!! Betul kata Azie. Pakai pampers lagi.
Ada dua ekor baby utan. Nama dia Jidin & Sera.
Mak aku salah panggil, "Syahirah". Lol

Ni umur tak silap 10 tahun kot. Ye ke?

Makan buah je okay! Sungguh diet.

On the way back to jetty.

Ni tempat EchoPark malam tu aku pergi.

Kampung Air. Malam2 cantik.

Pastu bergegas balik apartment nak check-out.
Tunggu kat lobi kejap. Azie datang nak jenguk aku. Dia dari Taiping. 20 minit je.
Gambar kat handphone dia. Jumpa sekejap je mek tu. sobsss...


Lepas tu balik Ipoh. Makan ikan patin masak tempoyak Ipoh mali! Nyum2.. :)


Haa tu je lah percutian aku kali ni. =)

Banyak lak gambar yer. Hoho.


kata pendek: masih cari kerja.


[++ So Good ++]