Sunday, September 24, 2017

Europe 2017: Giethoorn, Netherlands

Assalamualaikum!

Previous post:-


30 April 2017

Flight kami ke Amsterdam jam 7.30 pagi dari Doha. Bangun awal, siap-siap ke airport. Dah deal dengan orang hotel untuk pickup around 4.30am.

Sampai airport, lalu imigresen, dapat kaunter untuk wanita sahaja. Haaa ohsem sangat. :D

Breakfast sekejap kat Airport Doha. Sebab kebuluran.

Lepas tu terus masuk gate la. Dah ramai orang beratur tau. Marilah lagi beberapa jam dalam flight..... Nak tidur camne siang aku memang tak boleh tido.

Jus sedap gila.
Yoghurt tuuuuuuu adoi la teringat2 kita. Macam aiskrim!

Sampai Amsterdam jam 1.20 petang macam tu. Imigresen pun cepat je. Tapi dia tanya, aku nak pergi mana lepas ni? Aku cakap la ke Giethoorn. Dia tak faham. Where is that katanya. Aku bagi dia baca hotel detail baru dia... Oooo. KHiethoorn. Choi. Bacaan huruf Kho jawi tu haa. Pastikan tajwid betul. 

Si Ain lagi la. Eton dia jawab.

Amsterdam Airport Schiphol ni, dalamnye ada train station. Senang sangat nak ke bandar. Jadi kami ke kaunter dulu untuk beli tiket ke Steenwijk. Harga €23.70. Krik krik.

Sini yee...

Ada banyak restaurant, retail shop kat sini..

Tak paham

Dah beli tiket, nak buat apa? Platform dah jumpa sebelah je kaunter tiket. Naik escalator turun sebab stesen bawah tanah. Tapi Platform mana tak tahu. Sebab tak faham lagi masa ni.

Lepas tu, nak touch ke tidakkkk tiket tu???

Sebelah platform ada mesin touchy touchy ni. Kitorang tak tahu, so mari touchhhhh saje. Lebih baik amik precaution dari kena bayar saman sebab tak valid tiket. Heh.

Kat Platform jumpa signboard apabenda pulak ni adoi. Keciknya tulisan.
Tanya akak sekuriti ke apa kat situ, dia cakap macam taknak jawab aje. -__- End up aku tak faham.

Akhirnya kitorang pun tunggu lah dengan keyakinan dijiwa.
Train dia amazing ada dua tingkat. Teruja ok.

Lagi teruja ada WiFi. Suka la Europe ni mana-mana ada WiFi. Dalam train ni ada WiFi. Bukan sebab nak upload social media ke apa, tapi mudah nak check kita naik train betul ke tak. Location kat mana. Walaupun terselit juga instastories IG sebarang dua. Eh. Hehe. :)

Bila masuk train, connect to Wifi, dia akan bagitau train ni akan kemana-mana. Sekian-sekian. Perghh amazing. So memang tiap kali aku naik train, memang aku akan cari Wifi untuk pastikan kami naik train betul.

Aku tak ingat kenapa tapi kitorang kena tukar train. Rasa macam turun kat stesen Zwolle. Dan tunggu next train ke Steenwijk. Dan board kuning tu sangatlah membantu sebenarnya. 

Aik vandalisme.

Dah 2 jam perjalanan kami. Masuk la train macam biasa hala ke Steenwijk. Tapi kitorang pelik. Kenapa seat ni lain? Cantiknyaaa! Wow teruja kuasa tiga dah ni.

Dah siap letak bag cun-cun.

Sekali ada conductor train datang check tiket. "Your ticket is for Class 2. But you are in Class 1". Ahahahaha. Patutla cantik semacammmmm! 

Ko tengok la penghadang dia cermin kaca tu aje. Takdela beza sangat kannnn. 
Salahkan train ke Khay oi. :D

Alih-alih dalam 10 minit macam tu, kami pun sampai kat Steenwijk. Hurmmmmmm. Lama jugak la merasa kat Class 1 tu. Alang2 patut bagi je dok situ terus.

Ingat ye tengok Class mana sebelum masuk coach. 

Dah sampai. Depan train station Steenwijk..
Ni pun dah cantik.... Netherlands sangat kannn. Hehe

Stay for the night kat Chalet Park Kroondomein Giethoorn. Pada mulanya nak naik teksi ke sana. Atau bus. Then kena jalan. Tapi, orang chalet ada sediakan shuttle. For €5 per person. So we opt for that one lah. Memandangkan bag masing2 pun macam tak mampu je nak heret.

Three-Bedroom Chalet, for six. Dalam €34 per person.

Ni area rumah lain. Besar kawasan ni.

Yang bestnya, bukak pintu je nampak ni. Canal!

Cantik sangat... Recommended stay kat sini!

Bilik besar, tilam empuk, ada tempat masak, cukup lah untuk semalam kat sini. 

Giethoorn ni kira macam perkampungan di tepi tasik dan mode of transportation mereka adalah bot! Kereta memang takde. Kalau ada pun untuk rumah yang dekat dengan main road.  

Petang tu, kami jalan-jalan dulu tengok kawasan lepas dah late lunch.

Reception pon alah comey. 
Ada sewa basikal jugak area sini.

Rumah atau restoran tepi terusan.
Macam kat Amsterdam, tapi sana bandar. Sini lebih sunyi. 

Cantik oi. Ni dah petang, so tak ramai dah sewa bot.

One of the houses. Memang ada orang tinggal tau. 

Tiap rumah ada bot sendiri



Sunset dah ni..

Jalan sampai sini...

Ni kawasan rumah besar sikit. Dekat dengan main road



So ni bot yang akan disewakan.. Ada macam2 rate, sila survey dulu..

In front of a restaurant..

My travel buddy this time! First time jumpa dengan Kak Ien, Ida & Wawa.
Ida & Wawa ni jumpa masa kat Giethoorn. Dorang sampai dulu. 

Then kami patah balik ke Chalet. Rehat apa semua.

Bye!

2 comments:

  1. Replies
    1. Saya punnnnn. Rindu kat basikal dia dengan lelaki kacak. Eh. Hehe

      Delete