Wednesday, October 18, 2017

Sabah Trip: Mabul - Snorkeling!

Assalamualaikum!

Previous post:-


5 Mac 2016

Pagi from Mabul! 7 pagi keluar breakfast. Mee goreng, telur mata, air panas buat sendiri. 

Jam 8 pagi, our guide for the day, Remy - bawak  snorkel bawah hostel je. Saje amik feel. Try pakai fin. Memang la helokkk je. Tapi, bila laut dalam, rasa letih gila pakai. Haha. Even bawah hostel pun, jumpa banyak tapak sulaiman. Air memang jernih la toksah cakap. 

8.30 pagi, dorang ajak Snorkeling dah. Pergi sekali dengan orang diving dua orang. Lain semua omputih dengan Kak Salmah dan anaknye. Dekat je dengan hostel. Laut dalam. Tapi bila masuk tuuu.... 

Cantik ya ampunnnnnnn kat bawah tuuuu. Coral besar-besar. Ikan besar macam-macam jenis dan warna. Bila masuk laut ni kita rasa macam dalam dunia sendiri je kan. Tak dengar bunyi. Tengok alam je.  

Starfish macam-macam jenis jumpa.

Bagi yang diving masuk dulu..

Tak reti nak edit gambar dalam laut, so cenggini je laaa..

Ni cantik tau. You have to witness yourself..

Belah kiri laut dalammmmm, belah kanan coral.

Terjumpa si penyu. Harusla Remy yang amikkan. Haha

Jauh gila Remy ni bawak kitorang. Omputih semua dok kat depan dah. Kitorang je la kat belakang. Dahla aku ni dibiarkan sendiri snorkeling. Penat ko tau nak catch up. Hahaha. Komplen2.

Macam rambutan. :D

Lagi dan lagi

Cantik sangat tau. 


Warna biru pulakk

Aku memang stok bagi GoPro kat Remy suruh dia amik gambar. 
Sekali dia selfie daaaa...

Dalam jam 10.30 pagi, balik hostel semula. Pakej kitorang 1 je snorkeling trip tau. Tapi haruslah tak puas hati kan. So Arsi tanya, nak tambah tak satu lagi trip kita tengok house of coral. 

Kitorang punya duit lebih kat KK haritu ada la dalam RM 140. So kami guna duit tu untuk 2nd snorkeling trip. Kalau tambah, sorang dalam RM 50 la lebih kurang. 

Lepak japppp..
Ada je orang jual ikan naik sampan ni..

View

Jam 11 pagi, kitorang pergi la 2nd trip snorkeling pulak... Kali ni dengan husband and wife kitorang baru jumpa join sekali...

Jernih nye

Area Mabul Water Bungalow Resort

Kalau area sini, tempat yang ada belon2 tu je boleh snorkel. Faham tak belon2 terapung tu? Hehe. Ajak Kak Salmah join snorkeling sekali. Dia taknak. So kami la tengokkan anaknye, Solehah... Kak Salmah ni lucu tau. Dia tanya,"Eh bot ni enjin hidup tak? Karang gerak macam mana? Akak tak retii". Padahal ada je orang bot tu sekali. Haha Lawak la akak ni.

Air membiru, pasir jernih..

Banyak ikan area sini... 

Sini lepak sekejap. Jauh tau dorang ni bawak. Tapi we all ok jer la.
Arsi bagi roti sorang sikit. Bagi ikan makan roti..

Ni la orang Mabul bawak kami jalan-jalan dalam laut. 
Arsi dengan Remy. Adik beradik katenye.

Stress ke Solehah?? Hehe

Banyak gila ikan warna hitam kat sini. Lepastu ada buat house of coral lah. Banyak jugak.. Pastu Remy ajak ke buoyant depan sikit. Amik gambar sebarang dua.

Cenggini haa..

Bawah buoyant ni ada ikan sekeping jeeeee. Nampak tak? 

Atas buoyant. Panas lit lit oi. 

Gituuu..
  
Banyak jenis macam ni

Gambar aku semua banyak fin kuning Remy. So crop crop jadi la macam ni.

Tapi memang letih laaa oi. Siap buat u-turn bagai dorang bawak kitorang. Haha. 

Penyu lagi dikejauhann.....


 Sebab ada sinaran matahari la ada lighting sikit..

Jumpa gamat. Aku takdele nak pegang..


Penyu lagiiiii! Eh banyak pulak penyu ni.

Then sudahlah marilah balik. Naik bot. 

Pukul 12 masa tu. Makan time. Lapar sangat. Kak Salmah belikan ikan kisi ke apa namanya. 2 ekor. Bagi kami makan sikit masak stim. 2 ekor RM 20. Rasa biasa. Maybe sebab cara masakan orang sana lain kot kan. Lunch  buffet makan ayam kentang, ikan goreng sesuatu dengan cili kicap, sayur petola. Haa kalau tak tulis, memang tak ingat la makan apa.

Rehat kejap. Jam 2 petang. Main air kat bawah hostel je. Kak Salmah kan teruja betul dengan tapak sulaiman. Boleh dia nak bawak balik. Siap nak sorok dalam baju. Scan nampak tak? Hahahaha. Adehhhh la. Tapi starfish ni, 3 jam tanpa air, dia mati... 

Jam 4 macam tu, Kak Salmah dah nak balik. Sekejap je dia kat sana rupanya. Sempat la bye2 dengan akak ni. Sampai sekarang ktorang contact. 

Jam 5.30 petang, keluar jalan-jalan kat Bungalow Water Resort macam biasa. 

Hello again!

Rindunyeee

Angin kuat sangat..


Dilla, kawan baru. Hehe.



Sunset dah..

Penyu!

Arsi bawak jalan sampai Kampung Sama ni. Dia duduk sini katanya.. 

Bajau


Ada kedai runcit

Ada madrasah.. 

Mabul ni kecik je. Pusing-pusing, gitu jugakkk.. Sampai hostel jam 7 malam macam tu.

Aku tanya Nur, tukang masak... Masak apa tu? Ikan sardin katenye. Ada puding caramel dengan kentang ayam.

Lepas makan, dok jap kat luar hammock. Tah apa kitorang buat. Datang si Remy, main gitar. Dok nyanyi2 tapi kitorang tak tau lagu. Lirik lagi laaa.. Sedihhh. 

Masa duduk2 lagi, Arsi datang tanya, nak snorkeling lagi tak esok? Tengok penyu. Harga sama. Kami on je. 

Takde buat apa pun malam tu. Tengok langit. Sembang. Tu je. Tapi best lah.

Bye!

7 comments:

  1. seronoknyaaaaa rindu Semporna. sampai sekarang takleh move on lagi. seronok dibawa ke laut dalam. macam mana nak menyelam dalam2 tu dia ajar eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu jugakkkkkk!! Cantik sangattttt coral. Saya tak mnyelam pun. Guide tu yang amik gambar dalam2. Saya suruh dia amikkan. Haha.

      Tapi kebanyakkan review saya baca, orang sana boleh ajar menyelam mcm tu..

      Delete
  2. Sepanjang aktiviti snorkeling ni.. Beg duit beg tgn semua siapa yg jaga?

    ReplyDelete
  3. Sepanjang aktiviti snorkeling ni.. Beg duit beg tgn semua siapa yg jaga?

    ReplyDelete
  4. Kak nak add fb kairiyah.. Bg link. Tq

    ReplyDelete