Sunday, April 16, 2017

Sabah Trip: Taman Negara Kinabalu & Desa Cattle Dairy Farm

Assalamualaikum!

Previous post:-


2 Mac 2016

Pagi tu kat J.Residence, sejuk gilaaa.. Keluar bilik je kabus. Nampak la gunung-ganang, bukit-bukau area situ... 

Sarapan, kami makan makanan tapau semalam aje. Bilik kan macam peti sejuk, so letak kat luar pun ok lagi... Hehe. 

8.30 pagi check-out, dapat deposit semula RM 30.

Pit stop pertama kami pagi tu - Taman Negara Kinabalu! Tidak la aku nak mendaki gunung ye semua. Aku mampu dok bawah aje cari gunung tu disebalik awan. :D

Entrance Fee - RM 3 seorang.

Sini sejuk tau. Lagi2 kalau sampai awal pagi. Matahari pun tak berapa nak tunjuk. Kabus dan awal tebal sampai tak nampak Gunung Kinabalu. Sedih... Dah la first time sampai. -__-.

Signage besar Taman Negara Kinabalu.
Area sini pun boleh parking.
Tapi kena menapak la keatas..

Kami park area sini je. Full. So pandai-pandai le cari port parking..

Kabus..

Peta Taman Negara Kinabalu

Supposed to be ada gunung di belakang. Tapi ada awan je. Sampai sudah aku tak nampak..

Jalan-jalan area sini...

Sampai sini.. Tak tau la apa ada bawah...

Jalan sini..

Laluan pejalan kaki

Then patah semula ke bahagian depan, amik gambar.. 

Park kereta pulak kat sini amik gambar lagi..
Redup je cuaca pagi tu...

Pit stop kedua - Desa Cattle Dairy Farm! Tempat wajib pergi jugak kalau ke Kundasang.. Tempat ni pun dah viral seviral yang mungkin. Hehe. Ala-ala New Zealand katanya. Terubat jugak la rindu kat NZ nun...

Sebelum sampai Desa Cattle.. View belah kiri sangat cun melecun..

Jalan ikut Waze jer.
:)

Sampai sudahhh! Ok ni pintu gerbang. Sila bayar tiket masuk.

Entrance Fee - RM 5 seorang.

Ok lepas tu, jalan akan berbatu-batu sampai parking lot ok? Sila hati-hati. Aku tak tau la 2017 ni dah upgrade ke tidak... 

Bayaran masuk..
Buka dari 8 pagi - 5 petang...

Ramai jugak orang haritu... Dah siap parking, kitorang ke Cow Pennel Farm. Tengok anak lembu dengan anak kambing.

Cantiknya menghijau...

Jalan dan jalan..

Kalau nak bagi makan kat anak lembu & kambing tu, kena bayar ok. Bayaran seperti dalam gambar..

Eeeee comeyyyy!

Lembu cun dari New Zealand!

Comel takkk? 

Anak kambing pun adaa...

Hahaha comey betul

Lepas tu kami gerak ke Cow Barn. Tempat mak pak lembu berehat ka makan ka..

Sambil-sambil amik gambar sini sana..

Laluan ke Cow Barn

Dah sampai. Tapi tak dapek la masuk dalam..

GEMOK takkkk? 
Besar sangat niiii tauuuuuuuu.... 

Deretan lembu.

Lepastu, kita ke Desa Cafe. Wajib masukkkk dan makannnn!

Order dan terus bayar dan dapat la makanan korang.
Ada few kaunter. Satu untuk aiskrim dan waffle, ada untuk yogurt dan susu.

WAJIB CUBA:

Waffle - RM 5.30
Gelato sedap - RM 5.30
Susu sedap segar fuhhh - RM 3.71
Susu coklat sedap - RM 4.24
Yogurt Strawberry - RM 4.61

Harga include GST.

Ada certain time boleh tengok orang Desa Cattle Farm ni bagi lembu minum susu. Tak ingat pukul berapa.. Boleh tengok dari dalam cafe je...

Lepas tu amik gambar area farm ni.. Cun sangat. 

Dalam ni cafe.. :)



  


Cactus Farm yang kecik jeee..

Dah puas jalan, kami balik laa. Pastu singgah amik gambar sebelum exit Desa Cattle. Ada la lembu, tapi tak banyak..

Langit sedikit cerah..

Ok itu ajeeee..

Best tau Kundasang ni. Datang ye nanti siapa tak datang lagi tu.. 


2 comments:

  1. masa kami datang ada produk baru, milk coffee...sedap gile. Sayang pulak diorang x eksport datang semenanjung

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeker...
      mcm best je milk coffee...
      aah kan, dorg x keluarkan ke sini.... kena gi sana je la bru boleh try..

      Delete