Thursday, April 20, 2017

Sabah Trip: Kundasang War Memorial, Pine Kinabalu Resort & Jambatan Tamparuli

Assalamualaikum!

Previous post:-


2 Mac 2016

Dari Desa Cattle, kami gerak ke bandar Kundasang. Singgah kat Kundasang War Memorial. Area situ ada kedai-kedai makan jual kepak ayam. Memanggil betul...... So, kalau korang bau kepak ayam, situ la tempat dia. :D

Parking senang, area depan pintu masuk. 

Pintu masuk.
Pastu jum panjat tangga.

RM 2 untuk pemegang MyKad.
Bayar kat kaunter kanan masa nak naik tangga.

Kundasang War Memorial ni sebagai taman memori untuk pejuang tentera British dan Australia yang dijadikan buruh di Sandakan oleh tentera Jepun. Bayangkan dulu takde transportation, dorang berjalan sejauh 260km dari Kundasang ke Sandakan. Along the way, ramai yang terkorban sama ada kelaparan, disease atau kena tembak.

Boleh baca sini untuk maklumat lanjut

Basically dalam ni ada 4 buah taman. So boleh la jalan-jalan dalam ni feeling kat Amsterdam jap.

Rina's pic. 
Sabah kan sejuk, so boleh le tanam banyak bunga kat sini..

Australian Garden

English Garden yang tak berapa nak berbunga sangat..

Borneo Garden.
Feling Malaysia gitu.

Dalam Borneo Garden..

Contemplation Garden and Pool.
Kat sini ada tulis nama tentera British & Australia yang terkorban..
Sepanjang dinding belah kanan tu..

Rina's pic. Orkid!

View of Kundasang can be seen here.
Spectacular!

Nice kan.
Rezeki aku tak berapa baik haritu, tak nampak jugak Gunung Kinabalu dari pagi sampai kepetang. 
Sepatutnya akan nampak dari sini. So kalau korang nak tengok pemandangan Kundasang & Gunung Kinabalu, datang sini!

Dah habis pusing situ, kitorang nak pergi melawat satu resort ni. Dari semalam tengok cantik gila dari luar. Nama resort tu Pine Kinabalu Resort! Bilik pun pandang Gunung Kinabalu. Ada duit lebih boleh le tidoq sini semalam dua k. Rate around RM 200 semalam.

View cantik - Sila datang sini! Tak ada caj pun tengok view! :)

Suka tengok rumah sini bumbung lain-lain pastu bertingkek-tingkek

Pokok pine mengelilingi resort ni..

Macam biasa, still tak dapat tengok Gunung Kinabalu. Dah nak balik ni, tak dapat tengok jugak. Frust menonggeng.

Dah habis pusing Kundasang, moh le kita pulang ke Kota Kinabalu pulak. Kami ke bandar Ranau untuk isi minyak. 

View dan view sepanjang perjalanan ke KK.

Ok dah balik tu jangan lupa singgah Jambatan Tamparuli! Cuma masuk simpang lain sikit. 

Kami parking kat area bandar, dekat dengan pasar malam (la kot).

Masuk dari belah sini..

Sungai Tamparuli

The other side of bridge

Bukan nak selfie tauuuu. Walaupun Fisha dok senyum sorang situ.
Sejarah Jambatan Tamparuli.
Haaa ada mayat ke kat tiang jambatan niiiiii...???

Panjang jambatan ni..

Lepastu, kami pusing area pasar malam tu pulak.. 

Tengok kepak ayam ni dari kat Kundasang memanggil. So mari beli ayam.
AYAM KEPAK TAMPARULI IS WAYYYY SEDAP THAN KK.
Dari pendapat aku la.
Ikut tekak orang jugak kan.
A must try. Aku tak ingat berapa RM.

Suasana pasar.
Tak ramai lagi maybe sebab terik masa ni..

Jambatan apa namo tak ingat.

Habis sudah misi Gunung Kinabalu tak kesampaian.

Ok bye!



2 comments:

  1. Sejuk kn kt kundasang... nyaman... x dok kt pine ks? Dulu bilik sya kt pine btl2 ngadap kinabalu (kna byr xtra tu...huhuhu)... pukul 2 lbh akn nmpk kinabalu... cntik giler tp kejap ja... lps tu kabus tutup balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejukkk sangattttt... :)
      Tak stay kat Pine pun. Tapi view memang cantik la situ.....
      Bilik kalau ngadap view lawo harga pon kena extra kan biasanye....

      Delete