Friday, October 30, 2015

Japan Short Trip: K's House Kyoto, Fushimi Inari Shrine & Gion

Assalamualaikum!!!

Previous post:-


13 Mei 2015

Sampai aje Kyoto Station, kitorang menapak ke Backpackers Hostel K's House Kyoto. Kena jalan arah Central Exit. Bila keluar bangunan JR je nampak Kyoto Tower. Nak jalan ke hostel tu jauh jugak laa. Tapi gigihkan jua kaki ni... Hostel ni memang terbaikk. Tapi tak amik gambar pun dalam ni. 

Ada beberapa tingkat la jugak hostel ni. Kitorang pilih 6 Female Dorm dengan harga 2,288 Yen = RM 70 semalam untuk seorang. Murah laaa tu. Siap ada tempat masak, laundry, tempat lepak2, tilam empuk bagai. Sini pun ada rooftop. Tapi kitorang tak sempat pun nak tengok view atas. Pictures and other facilities, mohon klik link atas tu yer.

Boleh sewa basikal jugak! 700 Yen per day.

Sampai sana bukannya boleh check-in. Pukul 3 baru boleh. Kitorang tinggal luggage dengan siap2 je kat situ.

Kita menuju ke tempat famous amos iaitu Fushimi Inari Shrine! Teruja betul tengok Torii gate tu lah!

So hala balik ke Kyoto Station....

Itu Kyoto Tower & Kyoto Yodobashi tempat shopping

Ni saje amik gambar tiket kaunter.

Kalau korang tak amik JR Pass, boleh bayar tiket train 140 Yen sehala. Ada JR pass, tunjuk je kat abam/akak kat gate tu.

Kalau tak silap aku kitorang bukan naik train ni, tapi naik yang belah kiri tu. 

Dalam train menghala ke JR Inari Station. 5 minit shj.
Tengok belakang tu ada acik tidoq pakai kimono berdiri jerrrr...

Keluar je Inari station ni, terus sampai betul-betul kat Fushimi Inari Shrine. Sonang hidop.

Torii gate besaq baq hang!

Ada banyak Torii gate kat sini. Setiap satu diderma oleh persendirian atau pihak syarikat. Paling rendah 400,000 Yen. Paling tinggi sampai berjuta Yen. Lagi mahal lagi besar Torii gate tu.. 

Amik gambar posing sikit lepas tu kita cari souvenir jum!

Banyak souvenir. Pandai2 la cari kedai mana satu murah. Dapat seketul FM 380 Yen. 

Ni ape eh. Rumah orang kot..

Jalan depan lagi, ada macam food street. Wah ohsem sangat. Teringin nak rasa Takoyaki Jepun ni hah apa rasa sama tak macam kat Jusco Malaysia tuuu...

Ni jual daging. Tulisan Jepun makin pudar dari ingatan. Tapi kalau tau baca pun tapi tak tau maksud pun sama dengan jeerr aku rasa. Huhu.

Deretan gerai makan.. Student pun ramai sini. Aku syak dorang buat school trip.

Yay dah jumpaaa! Tengok dorang buat tuuu. 7 ketul 500 Yen uols. Dah la 500 Yen tu duit syiling. Padahal RM 15 tuu! Ahahaha. Share ni 5 orang. Janji dapat rasa.

Bolat takoyaki nyer. Tapi pendapat aku kat Malaysia lagi sedap. Ke dorang letak pak aji lebih nii?

Jepun yang femes dengan display makanan buat rasa nak makan jerrrr semua tu.

Another side..

So kitorang pun nak pulang la ke JR Inari semula. Konon2 nak try jalan lain. Lepas tu sesat. Map pun bengong lambat plak. Dah jauh kot jalan.

Rail keretapi dah nampak, tapi tak nampak pun stesen..

Sesat. Tak tahu kat mana ni.

Go with the flow.....................

Sampai kat rumah orang..... Cantik oi. Banyak sangat bunga. Amik gambar pulak kat sini. Tiba2 ada acik ni datang, kitorang tnya la mana nak ke JR Inari. Dia bawa kitorang sampai halfway jugak lahhhhh. Kesian acik tu. Huhu. 

Jauh jugak jalannnn...

Dah sampai stesen, kitorang balik ke Kyoto Station semula.... Kat sini pun banyak underground mall. So sempat pergi iSetan kejap ada orang mau beli kasuttttt.. Kitorang ni duduk rehatkan kaki letih jalan walaupun baru 2-3 jam...

Beli Onigiri Tuna 110 Yen & air mineral 210 Yen.
Tapi kalau lapar memang beli onigiri jer buat kudap2.

Sampai kat Kyoto Station, kitorang keluar dan jalan ke arah stesen bas. Petang tu ingat nak ke Kiyomizudera Temple, tapi disebabkan dah lewat petang sangat, kitorang just jalan-jalan area Gion

So, amik bas nombor 100 atau 206 dengan harga 230 Yen seorang. 

Naik kat sini..

Penuh hah dalam bas oi.

Turun kat Gion yerr..

Gion ni famous dengan geisha & maiko. Jumpe geisha jadian jerr.. Jadiklah tuuu...  

Nak tunjuk motor tu jee...

Takde orang plakkk jalan ni..

Ni hah geisha jadian..

Kami lalu area Shijo Avenue saje...

Across the street, if not mistaken is Hanami-koji Street.
Banyak ochaya (tea restaurant) yang mahal2.

Kamo River. Sama macam gambar kat cover atas tu. :)
Hujung tu area kedai makan eksklusif...

Lepastu kitorang plan nak cari GU kat area situ. Tak tahu kat mana. Dah jauh berjalan. Nampak orang pegang beg Uniqlo. Pi tanya dia kat mana kedai tu. Sebab Ain cakap ada satu mall nama Mina kat situ. Ada kedai nama GU yang amat murah banding dengan Uniqlo. Kira macam anak syarikat lah. Dan aku sangat suka GU tuuuuuuuu! Hahaahaha. Kalau boleh nak buka GU kat Malaysia!

Haa kan dah tershoping sekejap.

Balik tu, kitorang naik bas (Nombor 5) depan Mina menghala ke Kyoto Station. Dalam bas tu terjumpa 1 family bertiga dari Malaysia yang buat trip pusing Jepun. Dah 2 minggu kot dorang kat sana. Sempat aku sembang dengan anak dia..

Sampai kat area Hostel, beli strawberry dengan telur (6 biji = 184 Yen) kat Lawson (macam 7E / Family Mart). Masak nasi, sardin dengan telur. Kurus sekejap haritu tak makan seharian.

Siap laundry lagi malam tu. 300 Yen jeee sekali basuh.

Habis dah hari pertama kat Kyoto...

Jumpa lagiii!

Byeee!




Friday, October 23, 2015

Japan Short Trip: KL - Kansai International Airport - Kyoto

Assalamualaikum!


Jepun

Destinasi pilihan aku sejak dulu lagi. Masa zaman belajar paling aku ingat sekali lah yang mana aku dan rakan-rakan yang sepatutnya buat praktikal untuk beberapa bulan kat Universiti Nagoya, terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Sedih betul masa tu.

Sempat belajar bahasa Jepun selama sebulan sebagai persiapan untuk kesana. Belajar sebutan, perkataan, huruf dan macam-macam lagi lah. Tapi dah ditakdirkan untuk tidak kesana, dan rezeki kami untuk ke Universiti Daegu, Korea. Pengalaman kat Korea pun best jugak. Segala macam cerita aku pernah tulis dalam blog ni dulu. Hehe..

Sampai la satu masa Ain and the gang ajak pergi Winter Trip ke Jepun tapi aku tak boleh nak pergi. Jeles tengok gambar dorang tu. 

Tiba-tiba bulan Mac 2015 Ain ajak pergi Bangkok. 

"Khay, jum sambut birthday kita kat Bangkok".

"Apsal Bangkokkk? Ok jum". Ye, aku ok kan aje.

Tapi tak semena-mena Air Asia buat tawaran 500 Big Point untuk ke destinasi pilihan. 

"Khayyyy, jum pergi Jepunnnnnnnn pulak lahhh!!", kata Ain.

"OMG JUM!!!!!", kata aku tanpa berfikir.

Tiket memang murah. 500 Big Point + RM 250 return. Gila tak? Aku rasa dah ramai orang update blog pasal ni. Biasa la aku lambat sikit. Haha.

So yeah, finally. I came to Japan last May! Alhamdulillah :D

Itinerary, Ain yang buat semua. Aku macam blur sikit line train dia yang bermacam bagai tu. Ain cakap apa pun aku tak faham. Tapi bila sampai Jepun baru faham sikit la sistem dia tu. 

Kitorang pergi 4 hari 3 malam ajo. Sekejap kan? Janji sampai. Haha.

13 Mei 2015

AAX dari Kuala Lumpur ke Kansai International Airport (KIX) ambil masa dalam 7 jam perjalanan. Flight jam 1 pagi. Ok jugak flight malam kan, takde buang masa sangat. So boleh tidur dalam flight.

Tambahan rakan baru. Kak Ana, Kak Suzy & Iman!

Jam 8.10 pagi sampai lah kami di Kansai Airport - Terminal 1.

KIX ada dua terminal. Terminal 1 untuk flight biasa dan ada stesen keretapi untuk ke bandar Osaka, Kyoto, Kobe dan lain2. Terminal 2 untuk flight tambang murah macam Peach Airlines. Dari T1 ke T2 ada free shuttle bus. 

Hi Japan!

Sempat aku amik gambar ni hah.

Kena naik shuttle train ke Terminal 1

Ohaiyo!

Imigresen kat Kansai ni lama betul nyee lahai nak beratur. 1 jam!. 

Setel kat situ, sementara bersiap gosok gigi bagai kat toilet, Ain amik pocket wifi kat pejabat pos airport. Dah booked online. 4 hari berharga 3,960 Yen. Click link for details ya!  

So kitorang gerak ke tingkat 2 Terminal 1 menghala ke JR Kansai Airport Station. Naik escalator ikut je signboard gambar railway.  

Nanti naik nampak area ni.. Bangunan JR kat depan tu saje.

Disebabkan kami hanya ada dalam masa 4 hari saje, so decided to choose JR Kansai Wide Area Pass yang berharga 8,500 Yen (Early Bird booked online) valid untuk 5 hari. Sangat berbaloi. Kalau beli on the spot kat kaunter 9,000 Yen tau.

JR Ticket Office untuk pick-up JR Pass. Sila berjumpa dengan orang kaunter kat dalam beserta passport.

Valid for unlimited travel for non-reserved seats Sanyo Shinkansen (Shin-Osaka - Okayama), Limited Express Trains & Local Trains operated by JR West & JR Shikoku

Sumber: Klik gambar
Follow aje route ni untuk covered area by Kansai Wide Area Pass

Betul2 depan JR Ticket Office ada JR & Nankai Gate untuk naik keretapi

Dah dapat Pass, gerak ke JR Gate B warna biru tu. Tunjuk Pass kat pegawai yang ada kat situ. 

Naik Airport Express Train HARUKA untuk ke first pit stop kami - Kyoto! Perjalanan amik masa selama 75 minit.  

Ni dalam train...

Haruka Train

Dah sampai Kyoto Station!

Ada jugak locker untuk simpan luggage korang.
Kecik - 300 Yen
Sederhana - 500 Yen
Besar - 700 Yen
Tak tau la untuk berapa lama. Probably per day lah kot..

Cuaca panas. Tapi view ini aku suka. Jepun sangat kan.
Hehe

Exit dari Kyoto Station, kami pun menghala ke hostel kami. 

Sambung lagi nantiiii...

Bye!

Friday, October 16, 2015

Road Trip New Zealand - Australia: Preparation

Assalamualaikum!

Sesi membelai kangaroo..

Aku nak share la sikit apa yang aku & kawan-kawan prepare sebelum trip ke New Zealand & Australia baru-baru ni. Jadi kalau ada yang salah ke nak tambah ke bagitau yer.. Lagi-lagi member ikut trip aku itu hari kalau korang baca lahhh weyyy. Hahaha.

1) Ticket Flight Air Asia X: Kuala Lumpur - Melbourne - Kuala Lumpur

Macam biasa, booked ticket flight lebih kurang setahun sebelum. Air Asia dah tak buat direct flight ke Christchurch macam tahun 2011 dulu. Jadinya, perlu la transit kat Melbourne sekejap. Kami booked Nov 2014. Travel date ke Melbourne SEPATUTNYA 26 Aug 2015. Tapi dalam bulan Mei tu, Air Asia minta kitorang pinda date flight ke 27 Aug 2015. Tapi dah clash dengan flight kami ke Christchurch. So minta Air Asia pinda 25 Aug 2015. Eh dapat 2 hari awal kat Melbourne. Hehe. Dari Melbourne ke Kuala Lumpur tarikh 6 Sept 2015.

Harga return RM 793.00 per person. Tak termasuk makan & luggage yer.

2) Ticket Flight Jetstar: Melbourne - Christchurch - Melbourne

Ini aku dok like FB Jetstar, follow Twitter nak tengok promo punya pasal. Tarikh tiket kitorang 27 Aug - 4 Sept 2015. 8 hari ajeee... Kalau boleh nak duduk sampai habis Visa. Haha.

Harga return AUD 208.06 per person. Tak termasuk luggage.

Jadi, total harga flight RM 1400 per person lah lebih kurang.

3) Luggage

Jetstar strict. Sila patuhi arahan. 7 kg atas cabin tu pun kalau boleh dia nak timbang sama.. Nak tahu lebih lanjut, banyak kisah ni nak cerita. Tunggu yer.

Satu lagi, masa booked Jetstar letak fullname sama macam passport. Ada binti pun letak ok. Macam kitorang hampir sejam baru boleh check-in. Huu.

4) Itinerary

Hah ini wajib ade lah. Dalam awal tahun 2015 tu dah start cari route mana nak lalu kat South Island, New Zealand. Akhirnya setelah berdiskusi, pilih route ini:-

Christchurch - Lake Tekapo - Omarama - Te Anau - Queenstown - Wanaka - Arthur's Pass - Christchurch.
Sebenarnya total perjalanan dalam 2200km++ untuk 8 hari.

Lepas tu, pandai2 la pilih nak lalu highway sekian2 ye. Ni aku ikut Google Map je. Bila sampai New Zealand, nak ubah ke apa up to you. Aku stick to the plan aje. Tapi bila dapat map NZ kan, dia ada bagitau Scenic Route. So boleh aje lalu ikut route itu.

Kalau kat Australia pulak, disebabkan the first two days tu masa panjang, so kami decide untuk buat road trip jugak. Route:-

Melbourne (Tullamarine) Airport - Grantville - Sorrento - Great Ocean Road - Melbourne (Tullamarine) Airport
Total perjalanan dalam 700++ km...

5) Perbelanjaan

So dari itinerary, boleh tau lah berapa banyak spend kan. Kitorang masukkan jugak duit minyak & duit makan. Buat kutu selama 6 bulan kutip duit sorang RM50 =  RM 300.

Duit makan tu selalu guna nak beli bahan2 masak kat Pak'N Save ka Foursquare ka New World ka Countdown ka. Kadang tu beli jugak sepinggan Fish N Chip makan ramai2. Sharing iz caring okayyy duit mahal sanaaaaa. Haha.

Semua expenses asingkan dalam sampul so that tak terguna.

6) Visa & ETA

New Zealand tak payah Visa untuk warga Malaysia. Maximum 3 months of staying.

Australia seperti semua maklum perlu ada ETA. Ni Ain buatkan. Ikut cara cik JM dalam blog dia.. RM 20 jeee sorang dengan Cik Intan.. 3 months stay each visit for a year.

7) Cuaca

New Zealand adalah musim sejuk mula June - August. Even kami datang end of August, still sejuk. Spring pun turun snow. Camne tu? South Island lagi sejuk banding North Island. We experienced snow at Arthur's Pass! Hehe. Kat Coronet Peak, Queenstown pun snow jugeee..

Memang musim panas lagi meletop2 NZ ni, tapi musim sejuk apa kurangnye meletop tersebut. Still letopan jugak. Hahaha.

Kat Melbourne masa sampai sana end of winter dah... Nak masuk spring.. But still sejukkkk.

8) Makanan & Declaration

Kitorang spent RM 270++ beli makanan nak bawa pergi OZ & NZ. Save bajet oi. Segala macam makanan tin, paket Brahim, maggi, sardin, sos spaghetti, biskut, roti, jajan kitorang beli. Siap buat nasi lemak kat sana.. Pack dalam 2 buah kotak. Luggage beli untuk makanan aje. Hehe. Milo & Nescafe tak beli pun sebab berdasarkan kajian, tak boleh bawa dairy kan. So memang tak bawa lah. Luckily kat motel ada bagi free 3 in 1. Heh.

Masa nak ke OZ dan NZ ni, semua benda aku declare. Risau kot! Dari kena bayar baik declare semua. Memang imigresen sana siap buka kotak makanan tu tengok apa ada.

List ingredient pun kitorang buat just in case pegawai imigresen tanye.

9) Duit & Kredit Kad

2 minggu sebelum matawang kita rendah tu, aku dah tukar awal2. Tapi tak semua la. Tup2 naik mendadak. Tekezut mak. Terus cepat2 tukar.. Huuu.

Kalau rasa malas bawa cash, boleh la swipe2 ajo. Sana takde hal. Kat petrol station pun boleh swipe. Nanti balik Malaysia bayar la hutang. Haha.

10) Booking Activity

Booking online dapat murah! Rajin2 buka Bookme hari-hari. Memang hari-hari aku buka nak harga murah punya pasal. Tu je aku nak cakap.

11) Kereta Sewa di Melbourne & New Zealand

Melbourne - Apex Rental
NZ - Shoestring. Flexible pickup & drop off time without charges!

Entry kereta sewa aku cerita lain..

Harga minyak kat sana akan berubah setiap hari! Cool kan! Hahaha. Cool laaaa sangat oiiii.. Kita pasrah je dengan harga minyak sebab nak tak nak kena isi gak. Tapi minyak kat OZ lagi murah dari NZ.

12) Passport

Ni kalau takde bawa memang nak kena la tu.

13) Booking Hostel / Motel

Booked via HostelWorld & Booking.com. Direct email hotel pun boleh.

14) Print everything!

Print lah segala booking flight anda. Karang dia tanya ko nak duduk NZ berapa lama? Nak tengok boleh? Tapi kat handphone pun takde masalah jugak. Dia ok je..

Begitu juga dengan book hostel, motel, activity, itinerary.

15) Lagu

Suprisingly, kat Melbourne lagu kat radio agak up-to-date. Tapi kat NZ.... hurmmm.... kitorang sampai tak tahu nak nyanyi lagu apa dah. Perjalanan jauh kann.. Balik2 lagu Whenever Whenever Shakira tu... CD orang Shoestring bagi. Hahaha.

Bukan aku tak bawa lagu dalam pendrive, masalahnya.... USB cucuk nan ado dalam keretaaaa! Sadis.

16) Pocket Wifi / Simkad

Kalau korang nak tau, kat Malaysia boleh sewa pocket wifi from Wiyo! RM 35 sehari depends on mana korang nak pergi. Tapi kitorang tak amik pun. Just to inform korang saje.

Simkad pun tak beli. Mari bersosial kat sana instead of main handphone. Well, the spectacular view worth more rather than your phone right?

But don't worry. Wifi ada je kat NZ & OZ tu. Sama ada kat hostel atau cafes. :D

17) Study

Baca belog orang. Kot ada tempat yang best nak pergi kan.. Aku banyak baca Wanderlust DJ, Poobritney, Kaki Berangan, Chawanna, Mystoriesmories, Syarliz, banyak lagi lah!

**

Itu je lah kot yang terlintas kat fikiran aku buat masa sekarang ni....

Details lagi mendalam aku cerita nanti yer.

Thanks for reading!

Tuesday, October 13, 2015

Pulau Tioman: Dari Pulau Tioman ke Jeti Tanjung Gemuk & JB!

Assalamualaikum!

Previous post:-



3 Mei 2015

Bangun pagi, kemas-kemas semua, nak check-out dahhh.... Pukul 7.30 pagi pergi breakfast dulu... Habis je makan, hujan renyaiiii...

Nasi lemak, cornflake. I missed the food here. :)

Dalam 8.30 pagi macam tu dah kena ready kat jeti... Dengan hujan kan... so angkat beg, terus gi jeti. Makin lebat hujan haaa. Cepat-cepat masuk feri memang yang dah sedia menunggu..

Ke feri!

Bye Tioman! Hujan pagi tuu..

Fullhouse dalam feri ni... 

Feri gerak jam 9 pagi. Singgah Kampung Tekek dulu.. Amik barang kot. Then gerak ke Jeti Tanjung Gemok. Dalam jam 11 pagi sampai kat jeti. Selama 3 hari park kereta kat jeti ni, kena bayar RM30. Then terus kami gerak balik JB. Perut kelaparan. Teringat nasi kat Tioman sedap. Still can't get enough of it. Heheh.

Yay dah sampai!

Ni menunggu giliran nak keluar kereta.. Kemain lama kat siniiii... Orang dok keluar masuk... 

Sampai JB pukul 2 lebih. Aku & Tikah memang tak decide lagi nak balik KL bila. So pergi je la Terminal Larkin dulu kann... Banyak bas dah full sebab cuti 4 hari masa tu.. Ada yang dari RM35 up harga sampai RM55. Apobondo. So naik Kejora Ekspres RM40. Naik RM5 ok la lagi kan.. Tapi kitorang balik esok pagi nyer... Sebab hari tu bas dah full. Tapi best jugak, boleh jalan JB jap. Hihi..

Then ke Bigfood untuk lunch.. Yang ni korang tengok la aku cerita kat entry JJCM JB. OK?

Jalan sekejap kat area Country Garden.. Best juge jalan2 sini... 


Kawan-kawan..


:D 

Lepas solat Maghrib kat Masjid Abu Bakar, kitorang ke Pasar Karat. Banyak sangat gerai jual macam-macam benda. Tapi aku takde beli ape pun. Jalan2 je. Tengok-tengok orang, amik gambar. Gituh..

Tak ramai sangat orang masa ni... Awal lgi kot...


Lepas tu mengopi sebarang dua dan balik ke UTM. Tidur bilik kawan, malam tu.. Hehe... 


4 Mei 2015

Bangun pagi, breakfast kat Hutan Bandar JB dan terus gerak ke Terminal Larkin. Bas kitorang pukul 9... Sampai KL dalam jam 1 petang..

Jadi.. habis sudah entry ke Johor aku tahun ni.... 


Terima kasih baca......

Entry baru by next week ikut kelapangan...