Friday, October 30, 2015

Japan Short Trip: K's House Kyoto, Fushimi Inari Shrine & Gion

Assalamualaikum!!!

Previous post:-


13 Mei 2015

Sampai aje Kyoto Station, kitorang menapak ke Backpackers Hostel K's House Kyoto. Kena jalan arah Central Exit. Bila keluar bangunan JR je nampak Kyoto Tower. Nak jalan ke hostel tu jauh jugak laa. Tapi gigihkan jua kaki ni... Hostel ni memang terbaikk. Tapi tak amik gambar pun dalam ni. 

Ada beberapa tingkat la jugak hostel ni. Kitorang pilih 6 Female Dorm dengan harga 2,288 Yen = RM 70 semalam untuk seorang. Murah laaa tu. Siap ada tempat masak, laundry, tempat lepak2, tilam empuk bagai. Sini pun ada rooftop. Tapi kitorang tak sempat pun nak tengok view atas. Pictures and other facilities, mohon klik link atas tu yer.

Boleh sewa basikal jugak! 700 Yen per day.

Sampai sana bukannya boleh check-in. Pukul 3 baru boleh. Kitorang tinggal luggage dengan siap2 je kat situ.

Kita menuju ke tempat famous amos iaitu Fushimi Inari Shrine! Teruja betul tengok Torii gate tu lah!

So hala balik ke Kyoto Station....

Itu Kyoto Tower & Kyoto Yodobashi tempat shopping

Ni saje amik gambar tiket kaunter.

Kalau korang tak amik JR Pass, boleh bayar tiket train 140 Yen sehala. Ada JR pass, tunjuk je kat abam/akak kat gate tu.

Kalau tak silap aku kitorang bukan naik train ni, tapi naik yang belah kiri tu. 

Dalam train menghala ke JR Inari Station. 5 minit shj.
Tengok belakang tu ada acik tidoq pakai kimono berdiri jerrrr...

Keluar je Inari station ni, terus sampai betul-betul kat Fushimi Inari Shrine. Sonang hidop.

Torii gate besaq baq hang!

Ada banyak Torii gate kat sini. Setiap satu diderma oleh persendirian atau pihak syarikat. Paling rendah 400,000 Yen. Paling tinggi sampai berjuta Yen. Lagi mahal lagi besar Torii gate tu.. 

Amik gambar posing sikit lepas tu kita cari souvenir jum!

Banyak souvenir. Pandai2 la cari kedai mana satu murah. Dapat seketul FM 380 Yen. 

Ni ape eh. Rumah orang kot..

Jalan depan lagi, ada macam food street. Wah ohsem sangat. Teringin nak rasa Takoyaki Jepun ni hah apa rasa sama tak macam kat Jusco Malaysia tuuu...

Ni jual daging. Tulisan Jepun makin pudar dari ingatan. Tapi kalau tau baca pun tapi tak tau maksud pun sama dengan jeerr aku rasa. Huhu.

Deretan gerai makan.. Student pun ramai sini. Aku syak dorang buat school trip.

Yay dah jumpaaa! Tengok dorang buat tuuu. 7 ketul 500 Yen uols. Dah la 500 Yen tu duit syiling. Padahal RM 15 tuu! Ahahaha. Share ni 5 orang. Janji dapat rasa.

Bolat takoyaki nyer. Tapi pendapat aku kat Malaysia lagi sedap. Ke dorang letak pak aji lebih nii?

Jepun yang femes dengan display makanan buat rasa nak makan jerrrr semua tu.

Another side..

So kitorang pun nak pulang la ke JR Inari semula. Konon2 nak try jalan lain. Lepas tu sesat. Map pun bengong lambat plak. Dah jauh kot jalan.

Rail keretapi dah nampak, tapi tak nampak pun stesen..

Sesat. Tak tahu kat mana ni.

Go with the flow.....................

Sampai kat rumah orang..... Cantik oi. Banyak sangat bunga. Amik gambar pulak kat sini. Tiba2 ada acik ni datang, kitorang tnya la mana nak ke JR Inari. Dia bawa kitorang sampai halfway jugak lahhhhh. Kesian acik tu. Huhu. 

Jauh jugak jalannnn...

Dah sampai stesen, kitorang balik ke Kyoto Station semula.... Kat sini pun banyak underground mall. So sempat pergi iSetan kejap ada orang mau beli kasuttttt.. Kitorang ni duduk rehatkan kaki letih jalan walaupun baru 2-3 jam...

Beli Onigiri Tuna 110 Yen & air mineral 210 Yen.
Tapi kalau lapar memang beli onigiri jer buat kudap2.

Sampai kat Kyoto Station, kitorang keluar dan jalan ke arah stesen bas. Petang tu ingat nak ke Kiyomizudera Temple, tapi disebabkan dah lewat petang sangat, kitorang just jalan-jalan area Gion

So, amik bas nombor 100 atau 206 dengan harga 230 Yen seorang. 

Naik kat sini..

Penuh hah dalam bas oi.

Turun kat Gion yerr..

Gion ni famous dengan geisha & maiko. Jumpe geisha jadian jerr.. Jadiklah tuuu...  

Nak tunjuk motor tu jee...

Takde orang plakkk jalan ni..

Ni hah geisha jadian..

Kami lalu area Shijo Avenue saje...

Across the street, if not mistaken is Hanami-koji Street.
Banyak ochaya (tea restaurant) yang mahal2.

Kamo River. Sama macam gambar kat cover atas tu. :)
Hujung tu area kedai makan eksklusif...

Lepastu kitorang plan nak cari GU kat area situ. Tak tahu kat mana. Dah jauh berjalan. Nampak orang pegang beg Uniqlo. Pi tanya dia kat mana kedai tu. Sebab Ain cakap ada satu mall nama Mina kat situ. Ada kedai nama GU yang amat murah banding dengan Uniqlo. Kira macam anak syarikat lah. Dan aku sangat suka GU tuuuuuuuu! Hahaahaha. Kalau boleh nak buka GU kat Malaysia!

Haa kan dah tershoping sekejap.

Balik tu, kitorang naik bas (Nombor 5) depan Mina menghala ke Kyoto Station. Dalam bas tu terjumpa 1 family bertiga dari Malaysia yang buat trip pusing Jepun. Dah 2 minggu kot dorang kat sana. Sempat aku sembang dengan anak dia..

Sampai kat area Hostel, beli strawberry dengan telur (6 biji = 184 Yen) kat Lawson (macam 7E / Family Mart). Masak nasi, sardin dengan telur. Kurus sekejap haritu tak makan seharian.

Siap laundry lagi malam tu. 300 Yen jeee sekali basuh.

Habis dah hari pertama kat Kyoto...

Jumpa lagiii!

Byeee!




8 comments:

  1. Kelakar pulak part duit syiling 500 yen tuh. Kalau convert memang 16 ringgit jadinya hehe. Nampak aman dan tenang Kyoto, berbeza dengan Tokyo (kalau susun2 huruf2 dia tuh dah nak dekat sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahai betul laaaa jepun sana knnn. Nk rasa punye pasal, hulur je la 500 yen. Hahah.

      Dpt rasa kesesakan bandar Tokyo tuuuu.. one day kena pergi sana....

      Delete
  2. murah tu RM70 semalam, ye lah harga hostel kan...bagi sis JM..kyoto is BEST compare to Osaka dan Nara...rugilah hari tu spend 2 hari je kat sana

    takoyaki kat msia lagi sedap? sis pernah try di Tokyo..rasanya lagi sedap..soft je blia try yg kat msia..ohh jauh beza..ntah lah maybe tekak kan tak sama hiksss

    betul...kalau nak alas perut cari lah Onigiri...

    arghh baca entri rindu Japan tp x mampu nk pegi lagi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kyoto tu best. tp xsempat cover ssemua kat Kyoto tu. Kejap je masa kannn...

      Tak tahula. Rasa tekak ni Msia punye sedap lagi. Tp Osaka punya Takoyaki sedap. Hahaha.

      Nanti pergi lagi JM... Sy rindu nak pergi Japan lagiiii..... :(

      Delete
  3. kurus sekejap ye hahahaha sedap plak tengok takoyaki & onagiri tu hai bila la nk sampai japan niiii hostel tu murah tu weh. kalau ada rezeki p sana, aku dok hostel tu la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap je la kurus. Malam makan nasikk. Hahah.

      Tapi kena menapak la yer kalau pi situ. Yg penting murahhh dakk.

      Delete
  4. Perghhhh! Siap bersilat nasi goreng kat pantry... Terbaikkk laaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersilat sangatttttttttttt... Walaupun orang lain yg masakkkkk...
      Hahaha....

      Delete