Saturday, August 15, 2015

Overland Thailand: Hua Hin - Chatsila & Chatchai Night Market & Train Hua Hin ke Surat Thani

Assalamualaikum!

Previous post:-


30 August 2014

Haii! Ok sambung lagi!

Dari Plearnwan Eco Village, kami gerak ke Cicada Market. Gerak je la, tempatnya tak jumpaaaaaa! Hahaha.. Tapi, kalau korang suka arts, this is the place! Apa yang aku baca, sini ada banyak local designers items, souvenirs, barang2 unik, secondhand items, music dan macam2 lagi lah. Quite interesting jugak laa kan. Tapi tu lah kan, entah kemana aku drive malam tu. Takde rezeki le namanya. Ok some info:-

Operating hours:
Friday - Saturday (4pm - 11pm)
Sunday (4pm - 10pm)

Location:
Near Hyatt Regency Hua Hin

Jadinya, kami decide untuk ke Chatsila Night Market. Ni dekat dengan Railway Station jee.. Parking agak susah. Malam ramai pulak orang kat Hua Hin ni hah. Jadi, mana ada parking tu korang redah je. 

Chatsila ni pun menarikkkk! Aku suka sangat Fridge Magnet kat sini cuteeeee! Aku beli dalam 30 Baht seketul. Kedai-kedai kat sini pun boleh tahan laa... Membernya beli selipar 200 Baht je kot tak silap. Selipar cantik bawa gi pantai macam tuu.. Beli  kat kedai yang handmade punyaa. Kesimpulannya, sila datang!

Operating Hours:
Daily (6pm - 11pm)

Yay dah sampai!

Ni bahagian lain

Bersepahhh.. 100 Baht jerrr..
Dulu, RM10 je laa. Tahun 2015 niii?? Krikkkk krikkkkk.

Kampung style!

Terus ni toilet! Bersih. 3 Baht.

Deretan FM. Pilih jeeeee.

Next! Chatchai Market yang hanya bersebelahan saje dengan Chatsila. Sini banyak street food dengan deretan gerai dan kedai makan semua ado. Area sini pun ada restoran halal. Malangnya, kami tak jumpa. Penat jalan sepanjang Chatchai ni. Grrr. Alih-alih nampak orang jual pancake kat sini. Terus beli. Pancake Banana Chocolate 30 Baht sajo buat alas perut. 

Operating Hours:
Daily (6pm - 11pm)

Satu gambar je adaaaaa.. Hehehe..

Kitorang ada gak beli T-Shirt Hua Hin. 200 Baht sehelai. :) Apa yang aku pasti, sepatutnya ada gerai makan halal kat hujung jalan lepas Chatchai Night Market ni dekat dengan Railway Station. Tapi, tak jumpa. Dah tutup kot kan. Takpe, korang jalan sana dulu nantu bagitau korang makan mana okkkk! Hehe. 

Jam dah pukul 8.30 malam, kereta dah kena pulangkan... Sebelum tuuu, isi minyak full dulu wehh. Pergi Shell. 400 Baht. Sambil tu, kemas barang, buang sampah bagai sebelum pulangkan ke tuannya. Terus gerak gi Hua Hin Railway Station letak bag apa semua dulu, sekali dengan Uyu & Effa. Aku dengan Ain hantar kereta kat Thai Rent A Car balik.

Masa tu dah pukul 9.15pm. Lewat 15 minit. Hehe. Nasib laa orang tu setia menunggu kami. Dia check dulu condition kereta, everything ok.. sign sikit.. Done! Dan orang tu drive kami ke Railway Station.

Klasikkkkkk!

Cantik kannn?

Kalau datang siang, lagi cantik tauuu..

Train kitorang patut pukul 9.54 malam ke Surat Thani. Delay plakkkk. Jadi sempatla gi cuci muka sekejap kat stesen keretapi Hua Hin tuuu. Menyempat pulak aku dengan Ain gi 7 Eleven beli air mineral. Kalau korang menghadap jalan besar depan stesen keretapi ni, korang belok kanan. Memang akan nampak 7E punya. Sambil jalan tu, ada nampak gerai makan betul-betul sebelah 7E. Sedapnya makanan ituuuu.

Sekali.... ada tanda halal uollsssss. Kegembiraan aku dengan Ain. Hahaha. Jadinya, order kat makcik ni bakso sepinggan sorang. Beli air mineral kat 7E, lepastu makan la sekejapppp. Hee. Rezeki datang tak diduga.. Alhamdulillah.

Muka kami bercahaya macam cahaya kat lampu gerai tuuuuu. 

Over tak?

Sedap sangat bakso niii. 40 Baht semangkuk. Daging tu buat sendiri tauuu. Makcik tu la buat bukan aku.

Just opposite railway station Hua Hin ye!

Setel makan, gerak semula kt stesen keretapi. Train kami sampai 10.24 malam. Gerabak yang last sekali. Kami amik yang sleeper. Tidur time lah. Memandangkan perjalanan ke Surat Thani amik masa dalam 8 jam kan. Kematu bontot plak kalau duduk karang. Sebaik dapat gerabak ada aircond, katil 2 tingkat. Katil best, tido memang best. Sejuk lagi. Toilet bersih. Selesa lah!! Hehe. 

Ni train lain.. 

Belakang pintu tu la abam hensem tidur.... Kesian dia :(

My katil!

Ni masa bangun pukul 5 pagi.. Sejukkkkkk!

Yang paling best ade abam sekuriti ke abam train hensem 'jaga' kitorang. Siap tido kat pintu gerabak! Tak tau la memang itu port tidur dia ke apa kannn. Ajak tido sekali kang tak muat plak. Kahkah. Gurau  jerrrrrr. Tapi terjaga la 2-3 kali malam tu. Sebab bunyi bising dan sejuk gila. Experience sangat wehh.

Pagi tu aku terjaga jam 5.00 pagi. Basuh muka dengan pergi toilet. Pukul 530 pagi tu abam hensem pon bangun. Hahaha.. Dia cakap, lepas ni Surat Thani. Bila tanya jam berapa sampai, dia tgok luar tingkap jeee. Then dia cakap, "20 minutes". Eh eh dia ni. buat comel pulak pagi buta... Tengok luar pun dah boleh agak berapa minit lagi nak sampai eh? Hahahaha.

Ok nanti aku sambung lagi. Nak mimpi abam hensem... BYEEEE!

:)

4 comments: