Sunday, November 30, 2014

Kemboja 2014: Kampung Phluk Floating Village

Assalamualaikum!

Previous entry:-


5 April 2014

Pagi di Siem Reap.

Apa-apa pun kita sarapan dulu. Pergi ke kawasan Perkampungan Muslim. Area Masjid Al-Nikmah juga. Gerai makcik ni tepi jalan je. Sebab tu senang kita nak jalan-jalan dengan muslim guide. So dia boleh bawa kita pergi makan tanpa ragu-ragu, InsyaAllah.

Presenting Nasi Ayam Kampung Awesome Gila.........

Oh aku rindu nasi ini. Serius. Sedap ayam tu manis. Sini orang suka minum kopi ais. 
Total harga makan USD 12 untuk kami berlima. Not bad.

Inilah Perkampungan Muslim bak kata Zakariya. Gerai makan tu belah kanan jalan. Tak amik gambar pula.

Cepat-cepat makan hari ni banyak aktiviti. So kami pergi beli tiket minivan nak ke Phnom Penh dulu. 

Selfie atas tuk-tuk. Gigih 5 orang sekali naik.

Pemandangan waktu pagi di Siem Reap.

Tak ramai orang lagi pagi ni

Zakariya try beli tiket minivan kat sini tapi dah sold out.
Gambar Zakariya semua belakang je eh. 

Singgah Golden Bayon Express pula tengok tiket.
Nasib baik ada kosong lagi. Harga & review untuk minivan ni aku cerita next-next entry.

So around 8 pagi, kami gerak ke Kampung Phluk Floating Village.

Panas tau. Tapi disebabkan naik tuk-tuk dapatla feel angin Siem Reap. Tapi aku recommend pakai mask yer. Debu jalannyer. Kami tak pakai so shawl kami la jadi mask. Heheh.

Perjalanan agak lama. Mungkin sebab kami naik tuk-tuk kan. Tak dapatla nak tanding Ferrari der. Sebelum nak sampai Kampung Phluk, akan masuk kawasan kampung juga ye. Rumah kampung kat sini dibina atas tiang tinggi dan diperbuat daripada kayu. Kenapa buat rumah tinggi? Sebab sini selalu banjir. Jadi tak praktikal buat rumah tanah. Bila lalu kat kawasan kampung ni, akan nampak pokok yang daunnya warna coklat. Kesan daripada banjir yang berlaku kat area situ. Boleh nampak la level banjir tu tahap mana.

Ni baru nak masuk kawasan kampung.

Antara rumah kat area situ

Sekolah kalau tak silap

Crocodile Farm! Lalu jeee...

Ada bandar kecil kat sini.

Jalan kat sini masih berturap. So takde masalah nak bawa tuk-tuk ni kan. Eh macam aku pula yang bawak. :)

Masuk aje satu kawasan ni, langsung takde turap dah. Tanah semuanya. Belah kiri ni sungai nama tak ingat tapi sungai ni yang akan ke Tasik Tonle Sap tu. Sepanjang jalan tau ada sungai ni. Panjanggggg sangat.

Kami berhenti satu tempat ni. Orang naik jip, kami naik tuk-tuk. Heheh.

Pit-stop nak beli tiket. Toilet ada juga, boleh la menyinggah.

Harga USD 20 per person. Ticket Kampung Phluk Floating Village + Tonle Sap

Itik ni kan sekali jalan nak ramai-ramai tau.

Cantik view tau. 

View memang cun. Yang tak cunnya jalan. Horror weh. Lubang sana-sini. Kena pegang tuk-tuk tu takut tersadung. Kitorang jatuh takpe, jangan tuk-tuk tu buat hal tengah-tengah jalan ni dah. Tapi aku kagum sangat lah dengan Zakariya yang bawakan kami berlima badan sado-sado ni naik tuk-tuk dia. 

Dalam jam 9 pagi tu sampai la kat kawasan nak naik long boat. Jauh nyer 1 jam perjalanan...

Banyak bot kat sini. Mostly long-tail boat.

Zakariya tak join kami. Dia dok tunggu kami kat tuk-tuk jee...

Kami pergi awal bulan April, so musim panas dan kawasan agak kering. Air tasik pun surut.

Bot ni untuk kami 5 orang je. Pakcik bot tu kan dia bawa sorang lagi pembantu. Kitorang bajet tu anak dia. Budak lagi tau. Dalam 7-8 tahun. Dah pandai dia check enjin bot bagai. 

Sungai ni warna coklat jeee...

Ni mungkin penduduk buat jaring tangkap ikan?

Ini lah Kampung Phluk yang terletak berhampiran dengan Tasik Tonle Sap. 

Takde floating sangatlah kampung nye sebab pergi musim kering kan. Jadi, dapat tengok dari bawah ajo. But still, kalau tengok cara penduduk sini teguhkan rumah dengan hanya kayu dan papan, aku kagum sangat. Kalau selalu baca belog orang dorang pergi waktu air tinggi, dapat lihat dengan jelas setiap rumah tu. So aku tunjuk yang dari bawah je. Dapatla bezakan ye tak?

Tiap rumah mesti ada sampan.

Bayangkan kalau air pasang betapa dalamnya tasik Tonle Sap ni. Setinggi pintu masuk setiap rumah ni tau.

Setiap rumah kat sini pun siap bercat bagai ok. Macam ada pertandingan rumah tercantik gituh.

Scary pula tengok kayu-kayan ni haa...


Ada budak-budak main-main kat sini. Mak-mak dok cuci baju. Ayah-ayah dok jala ikan. Ramai tinggal kat sini. Sekolah pun ada. Tapi hujung belah sana.

Kalau air pasang, dapatla masuk kat celah-celah pokok tu. Cantik view situ. Tapi, rezeki tak menyebelahi kami. Takpolah.

Bot pun terbalik yer. Ni dah nak habis sungai dah sebab depan tu la Tasik Tonle Sap!

Ok dah la tu nak berehat. Nanti sambung kat Tasik Tonle Sap yeeee....

Bye! 

Saturday, November 22, 2014

Kemboja 2014: Tanei Boutique Villa, Muslim Family Restaurant Hj Musa & Angkor Night Market

Assalamualaikum!

Previous post:-


Finally ada juga masa aku nak update trip ke Kemboja.

4 April 2014

Disebabkan kami sampai kat Siem Reap pun dah malam, nampaknya terpaksa batalkan plan nak ke Floating Village & Tonle Sap tengok sunset. Takpelah. Takde rezeki namanya. 

Jadi, Zakariya bawa kami ke hotel dulu untuk rehat sekejap. Kami pilih Tanei Guesthouse untuk penginapan kat Siem Reap selama 3 hari 2 malam. Book via Booking.com. Bila search nama kat website tu dah takde rupanya. Tapi tukar dengan Tanei Boutique Villa. Villa sangat ni. Haha. Eh tapi memang cantik la hotel ni dari luar. Banyak pokok.

Kami pilih Deluxe Family Room USD 72 (2 nights) tapi kena add on extra bed la dalam USD 5. Dah 1 King Bed + 1 Single Bed. Mana muat. Lagipun boleh accommodate for 4 person only. So takpelah. Kami pun dah letih gila time tu, check-in je la. Receptionist very friendly. Plus ada wifi dalam bilik for free. Itu penting. Heheh. Malangnya aku tak amik gambar pun kat sana. Jadi korang view je la link aku bagi tu ye.

Overall, condition dalam bilik semua ok. Dekat dengan restoran halal dan Angkor Night Market. Walaupun Family Room, tapi tak cukup besar lah. Slack itu aje.

Lepas dah mandi semua, kami makan kat Muslim Family Restaurant Haji Musa. Restoran ni memang famous untuk orang muslim yang datang ke Siem Reap. Mostly aku baca blog orang pun suruh datang sini. Tak jauh pun dengan hotel. Naik tuk-tuk 5 minit gitu sampai dah.

Restoran ni bersebelahan Masjid Al-Nikmah. 


Kelaparan. Serius.

Tomyam nyum2

Kat sini wajib cuba Daging Lembu Naik Bukit. Kenapa naik bukit? Aku pun tak pasti. Mungkin sebab mangkuk tu berbukit sikit kot. Heheh. Sedap. Daging lembut, penuh perisa. Oh lapar.

Ada la lauk-lauk lain, macam telur dadar dengan sayur kangkung. Semua USD 30 untuk 5 orang. Ok lah kan?

Pastu kita jalan-jalan kat Angkor Night Market. Besar tempat ni. Dekat dengan Pub Street dan Old Night Market. Kat Siem Reap ni ada beberapa night market. Angkor Night Market ni yang first sekali. Kiranya paling tua lah. Buka dari 4 petang sampai 12 malam. 

Sayup-sayup je nampak kami ni ha.

Gambar blur pun nak masukkan jugakkk

Banyak T-shirt, beg, handcraft, souvenirs jual kat sini.

Banyak kedai kan? Tapi tak ramai orang. Semua lepak Pub Street kot. Heh.

Beli seluar dengan baju masa ni.

Aku suka shopping sini sebab banyak seluar cantik-cantik warna-warni. T-shirt USD 2, seluar pantai USD 2 & USD 3.5. Fridge Magnet USD 3 for 4 pcs. Matikla semua USD. Haha.

Dalam Angkor Night Market ni jugak ada tempat nak massage. So around 10pm macam tu kami try massage kat satu kedai ni. Dekat dengan public toilet. USD 3 untuk 30 minit. Oklah tu. Tapi memang best gila. Hilang sengal-sengal kaki jalan satu hari. Eh padahal naik bas. -__-"

Zakariya tinggalkan kami kat Night Market ni sebab dia nak balik. Kami pun faham dia penat tunggu kami ni agaknya dari petang. So takpelah, dia bagitau balik jalan kaki sebab dekat je. Lepas urut, kami balik la.. Tak jauh mana pun, cuma jalan agak gelap. Tapi ramai-ramai kan so ok jee.

Ok dah habis. Nanti sambung lagi day 2!

Bye!


Sunday, November 16, 2014

FIQ's Gastronomy, SS19 Subang Jaya

Assalamualaikum!

Nak cerita pasal makanan jee ni.

First of all, I'm not a photographer. So please expect low quality pictures of the food. But blame my sis' iPhone ok! Hahahaha.

Celebrated my brother's 23rd birthday. Pilih punya pilih, lets give it a try at Fiq's. Member pun ada pesan suruh cuba makan S'mores. 

Apa aku suka kat sini, decoration sangat best. Ber-pallet-kayu-kayan bagai tau. Kitchen pulak open, so kalau korang nak tengok chef masak apa pi la jenguk. Heheh. Kami dapat duduk kat seat ada bantal lagi syok rasa nak tidur je situ. Tunggu makanan pun tak lama. Kalau korang tak faham menu tu tulis apa, tanya je waiter tu nanti dia cerita la. Ok?

Cafe ni agak besar. Paling penting sini ada surau yang besar juga kat tepi cafe okk. Senang pekerja nak solat. Or even the customers! Kalau malam-malam lagi nampak 'kehlas' surau tu siap lampu2 bawah khemah eh camna nak cakap pergi tengok sendiri. 

Harusla aku ada.

Not sure what type of coffee is this

Iced Latte. By the way, syrup belah kiri tu aku letak semua bagi manis.

Salted Beef Fettuccine

Fiq's Homemade Burger is da bomb! I even requested extra sauce. Heheh.

Spaghetti with Smoked Tomatoes.
Not that bad.

Forgot the name -___-"
Brown colour is duck, I guess?

Birthday boy 

Chef Fiq's S'mores

Yummyyyyyyy...  Crackers-marshmallow-hazelnut-choc

My sis ordered Banana Oreo Shakes. Sedap juga. I heard that their Peanut Butter Snickers is a must try. Lain kali kita cuba itu. Sekali sekala pergi boleh la. Anyway, you can read the menu HERE .. Location pun boleh tengok kat website tu.

Enjoy eating!

And more food review to come!

:)