Assalamualaikum!
Previous entry:-
5 April 2014
Pagi di Siem Reap.
Apa-apa pun kita sarapan dulu. Pergi ke kawasan Perkampungan Muslim. Area Masjid Al-Nikmah juga. Gerai makcik ni tepi jalan je. Sebab tu senang kita nak jalan-jalan dengan muslim guide. So dia boleh bawa kita pergi makan tanpa ragu-ragu, InsyaAllah.
Presenting Nasi Ayam Kampung Awesome Gila.........
Oh aku rindu nasi ini. Serius. Sedap ayam tu manis. Sini orang suka minum kopi ais.
Total harga makan USD 12 untuk kami berlima. Not bad.
Inilah Perkampungan Muslim bak kata Zakariya. Gerai makan tu belah kanan jalan. Tak amik gambar pula.
Cepat-cepat makan hari ni banyak aktiviti. So kami pergi beli tiket minivan nak ke Phnom Penh dulu.
Selfie atas tuk-tuk. Gigih 5 orang sekali naik.
Pemandangan waktu pagi di Siem Reap.
Tak ramai orang lagi pagi ni
Zakariya try beli tiket minivan kat sini tapi dah sold out.
Gambar Zakariya semua belakang je eh.
Singgah Golden Bayon Express pula tengok tiket.
Nasib baik ada kosong lagi. Harga & review untuk minivan ni aku cerita next-next entry.
So around 8 pagi, kami gerak ke Kampung Phluk Floating Village.
Panas tau. Tapi disebabkan naik tuk-tuk dapatla feel angin Siem Reap. Tapi aku recommend pakai mask yer. Debu jalannyer. Kami tak pakai so shawl kami la jadi mask. Heheh.
Perjalanan agak lama. Mungkin sebab kami naik tuk-tuk kan. Tak dapatla nak tanding Ferrari der. Sebelum nak sampai Kampung Phluk, akan masuk kawasan kampung juga ye. Rumah kampung kat sini dibina atas tiang tinggi dan diperbuat daripada kayu. Kenapa buat rumah tinggi? Sebab sini selalu banjir. Jadi tak praktikal buat rumah tanah. Bila lalu kat kawasan kampung ni, akan nampak pokok yang daunnya warna coklat. Kesan daripada banjir yang berlaku kat area situ. Boleh nampak la level banjir tu tahap mana.
Ni baru nak masuk kawasan kampung.
Antara rumah kat area situ
Sekolah kalau tak silap
Crocodile Farm! Lalu jeee...
Ada bandar kecil kat sini.
Jalan kat sini masih berturap. So takde masalah nak bawa tuk-tuk ni kan. Eh macam aku pula yang bawak. :)
Masuk aje satu kawasan ni, langsung takde turap dah. Tanah semuanya. Belah kiri ni sungai nama tak ingat tapi sungai ni yang akan ke Tasik Tonle Sap tu. Sepanjang jalan tau ada sungai ni. Panjanggggg sangat.
Kami berhenti satu tempat ni. Orang naik jip, kami naik tuk-tuk. Heheh.
Pit-stop nak beli tiket. Toilet ada juga, boleh la menyinggah.
Harga USD 20 per person. Ticket Kampung Phluk Floating Village + Tonle Sap
Itik ni kan sekali jalan nak ramai-ramai tau.
Cantik view tau.
View memang cun. Yang tak cunnya jalan. Horror weh. Lubang sana-sini. Kena pegang tuk-tuk tu takut tersadung. Kitorang jatuh takpe, jangan tuk-tuk tu buat hal tengah-tengah jalan ni dah. Tapi aku kagum sangat lah dengan Zakariya yang bawakan kami berlima badan sado-sado ni naik tuk-tuk dia.
Dalam jam 9 pagi tu sampai la kat kawasan nak naik long boat. Jauh nyer 1 jam perjalanan...
Banyak bot kat sini. Mostly long-tail boat.
Zakariya tak join kami. Dia dok tunggu kami kat tuk-tuk jee...
Kami pergi awal bulan April, so musim panas dan kawasan agak kering. Air tasik pun surut.
Bot ni untuk kami 5 orang je. Pakcik bot tu kan dia bawa sorang lagi pembantu. Kitorang bajet tu anak dia. Budak lagi tau. Dalam 7-8 tahun. Dah pandai dia check enjin bot bagai.
Sungai ni warna coklat jeee...
Ni mungkin penduduk buat jaring tangkap ikan?
Ini lah Kampung Phluk yang terletak berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.
Takde floating sangatlah kampung nye sebab pergi musim kering kan. Jadi, dapat tengok dari bawah ajo. But still, kalau tengok cara penduduk sini teguhkan rumah dengan hanya kayu dan papan, aku kagum sangat. Kalau selalu baca belog orang dorang pergi waktu air tinggi, dapat lihat dengan jelas setiap rumah tu. So aku tunjuk yang dari bawah je. Dapatla bezakan ye tak?
Tiap rumah mesti ada sampan.
Bayangkan kalau air pasang betapa dalamnya tasik Tonle Sap ni. Setinggi pintu masuk setiap rumah ni tau.
Setiap rumah kat sini pun siap bercat bagai ok. Macam ada pertandingan rumah tercantik gituh.
Scary pula tengok kayu-kayan ni haa...
Ada budak-budak main-main kat sini. Mak-mak dok cuci baju. Ayah-ayah dok jala ikan. Ramai tinggal kat sini. Sekolah pun ada. Tapi hujung belah sana.
Kalau air pasang, dapatla masuk kat celah-celah pokok tu. Cantik view situ. Tapi, rezeki tak menyebelahi kami. Takpolah.
Bot pun terbalik yer. Ni dah nak habis sungai dah sebab depan tu la Tasik Tonle Sap!
Ok dah la tu nak berehat. Nanti sambung kat Tasik Tonle Sap yeeee....
Bye!
Besau jugak siem reap ni...
ReplyDelete