Saturday, March 8, 2014

China Trip April 2013: Chengdu Day 2 (Jinli Street, Chengdu Shuangliu International Airport - KL & Optiontown)

Assalamualaikum!

Previous post in Chengdu:-

China Trip April 2013: Chengdu Day 2 (Chengdu Research Base of Giant Panda Centre)


22 April 2013

Bus #60 dari Giant Panda Breeding Centre sampai betul-betul di hadapan Traffic Inn Hostel. Ada masa lagi ni, jadi kami buat decision untuk ke Jinli Street.

Ingat nak naik bas. Akibat sesak melampau, kami pilih teksi sahaja. Tunggu aje teksi depan Traffic Inn tu ok. Confirm ada teksi, cuma ada penumpang dan takde penumpang je. Yang penting, amalkan konsep penumpang-turun-cepat2-masuk-dalam-teksi-kalau-tak-tunggu-la-lagi-5jam.. Hahah.

Teksi bermeter, 11 Yuan untuk sebuah teksi ke Jinli Street. Terletak kira-kira 3.5 km dari Traffic Inn Hostel. Kalau nak naik bas, naik nombor #82 ke Wuhouci Street dengan hanya 2 Yuan.

Jinli Street ni dibuka pada tahun 2004. Pada satu ketika dahulu, Jinli Street adalah salah satu tempat yang terkemuka untuk membeli 'baldachin' iaitu sejenis kain yang mahal harganya. Ia juga adalah tempat yang paling sibuk pada zaman Dinasti Shu. 

Kalau nak datang sini, masa paling sesuai adalah pada waktu malam. Cantik sebab lampu.

Bangunan kat sini pun semua unik dan rekabentuk tradisional.

Ini adalah pintu masuk Jinli Street

Bentuk bangunan kat sana cantik-cantik kan..

Shoplots

Map kawasan Chengdu
  
Nak pos poskad pun boleh! 

Starbucks awesome!

Ni mix fruits.

Macam biasa, orang emas dimana-mana

Souvenir Panda kat sini pun ade..

Kitorang kesini pun nak cari souvenir kot-kot ada yang berkenan. Tetapi, disebabkan tempat ni tumpuan pelancong, semuanya mahal gila. Jadi, balik tangan kosong je.

Apa yang menarik lagi kat sini, ada banyak kafe, kedai souvenir dan street food. SiChuan Opera pun boleh tengok kat kawasan sini. 

Kami pun patah balik naik teksi ke hostel. Kos 19 Yuan untuk sebuah teksi. Mahal plak oih -___-".

Sampai kat Traffic Inn, kami kemas bag, mandi, rehat jap dan check-out jam 6 petang. Kitorang book untuk half-day room rate via email.

Lepas tu, makan time! Amboi ni pukul 6 petang baru boleh makan dari pagi. Gigih! Takde tempat lain dah, restoran sama yang kami singgah. Kali ni kitorang cuba mi tarik pulak!

Mi yang dibuat sendiri. Sedappp! Ni daging + cendawan.

 Ni tak tahu la apa.

Ni sup mi bersama daging

Ni aku tau mesti Tirah punya. Mi + tomato + telur tak pedas. Heheh.

Owner restoran ni baik sangat. Even kami cakap macam itik & ayam kan. Dia minta tukar RM dengan duit Yuan. Oh dalam teksi tadi pun driver minta duit Malaysia.

Lepas makan, kami cakap bye-bye kat pakcik restoran dan singgah kat 7E beli Banana Uyu. Bajet kat Korea la ni. 

Balik Traffic Inn dan tulis poskad sementara tunggu teksi pick-up kami untuk ke airport. Kat Traffic Inn ni pun boleh pos tau. Ada peti surat.

Kami sempat jumpa dengan aunty & uncle dari Malaysia tu. Dorang pun balik KL malam tu jugak. Amik gambar sebarang dua hehe. Tak sangka jumpa Malaysian kat sana. :)

Ok, untuk teksi ke Chengdu Shuangliu International Airport. Aku rasa, better arange sendiri daripada minta hostel tolong uruskan. Sebab mahal juga la. 80 Yuan per teksi yang jarak perjalanan hanya 10 minit. Derrrr...

Kalau barang tak banyak, boleh juga naik Airport Shuttle Bus yang berhampiran dengan Traffic Inn juga. Nampak signboard betul-betul kat jalan besar depan Hostel. Kena jalan sikit.

 Check-in time with Air Asia X! We are going homeeeee! Sini besar, tapi tak pasang aircond. Aduhai panas nau malam tu.

 Menariknya tentang airport ni. Ada Prayer Room di kawasan departure gate. Sempat kami solat kat sini. Ambil wudhu kat toilet, bukan dalam Prayer Room yer.

Dah sampai pun kapal terbang nye...

Untuk pengetahuan, kami pilih OptionTown untuk penerbangan ke KL. OptionTown ni hanya untuk penumpang Air Asia X sahaja. Dengan sejumlah amaun yang perlu dibayar, kita boleh upgrade mana-mana pilihan hati seperti:-
  • Upgrade Travel Option (UTo)
  • Empty Seat Option (ESo)
  • Flexibility Reward Option (FRo)
  • Preferred Seat Option (PSo)
  • Preferred Flight Option (PFo)
  • Multiple Booking Option (MBo)
Kami pilih UTo. Apa yang kami dapat?

a) Air Asia X Premium Flat Bed
b) Hotmeal
c) Free 25kg baggage
d) Priority Check-in
e) Priority Boarding
f) Early Baggage Claim upon arrival

Awesome tak??? Nak beli Premium Flat Bed tu kalau takde OptionTown, RM600 ado! Memang baloi-baloi kalau perjalanan jauh ambil OptionTown. Harga pun jauh sangat beza. Terlalu jauh.

Kiranya, kita booking tiket macam biasa. Lepastu nanti boleh Sign-up OptionTown. Bayar amaun berdasarkan destinasi tujuan. So mungkin akan berlainan harga la setiap tempat tu. Check email dalam masa 1-3 hari sebelum tarikh penerbangan untuk ketahui sama ada kita dapat ke tak OptionTown tu. Sebabnya, ianya limited! Kalau tak berjaya dapat OptionTown, duit akan dikembalikan. Jangan risau. 

Alhamdulillah. Kami first time naik Premium Flat Bed ni. Memang best. Aku tidur dengan lena selama 4 jam dalam flight. Steward dah announce nak sampai pun aku tidur lagi. Bila la agaknya dapat rasa lagi. Kuikui.

Heeee.

Korang tau tak, dah kata pukul 11 malam naik flight, kitorang memang pakai selipar, t-shirt macam betul2 nak pergi tidur. Koser hoi nak cantik2. Bukan orang nampak pun. Pastu yang stewardess sorang ni buat2 tak percaya pula kami naik kat belah Premium ni. I could see by the way she looks okayyy. Its called a woman instinct bebeh. Tau la kami selekeh. Sentap mak!! Tapi apa adahal. Presepsi orang terhadap kita pada luaran agaknya. Walaupun kami ambil OptionTown je kannnnn...

Dan malam itu berlalu begitu sahaja. Jam 5 pagi kami tiba di LCCT. Syukur.

Tamatlah hikayat adventur di China selama 10 hari. Bermacam-macam pengalaman dan dugaan yang kami hadapi dan pelajari. Semua tu kenangan sangat indah. 

Nanti aku update satu lagi entry untuk kesemua entry di China ye. Senang sikit nak klik nanti.

Hope semua enjoy!

Bye!! :)

4 comments:

  1. I have been wondering about this for quite a while, why Tirah always order eggs and tomatoes?... is she a vegetarian? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.
      Because she can't eat pedas food..
      So she had to chose eggs or tomatoes.
      Sup kat sana pun boleh tahan pedas jugakk la bagi dia.. :)

      Delete
  2. I pn ade dengar pasal makanan kt China ni pedas.. heheh, tapi x pasti daerah mana yang pedas2 masakannye :)

    ReplyDelete
  3. Chengdu antara yg terpedas jugak, sebab terletak di daerah Sichuan..

    ReplyDelete