Sunday, February 23, 2014

China Trip April 2013: Chengdu Day 2 (Chengdu Research Base of Giant Panda Centre)

Assalamualaikum!

Previous post di Chengdu:

China Trip April 2013: Chengdu Day 1 (Traffic Inn Hostel, Halal Food & Tianfu Square)



21 April 2013

Sampai di Traffic Inn, kami jumpa beberapa orang warga Malaysia berbangsa Cina. Rupa-rupanya dorang pun tinggal kat situ. Group ni dalam 10 orang, mix lelaki & perempuan pergi hiking di Four Girls Mountains untuk beberapa hari. Sangat friendly uncle & aunty tu semua. Ada pulak tu yang duduk Subang Jaya. Keciknya dunia. Mereka sebenarnya nampak kami kat Railway Station dari Xi'an. Tapi dari jauh je la kot. Lepas dah habis sembang, kami pun naik bilik dan kemas bag sikit-sikit.

22 April 2013

Masa yang ditunggu-tunggu. Main reason kami datang Chengdu ni mestila nak tengok Panda! Excited sangat masa nak pergi tu. 8.30 pagi Panda tengah aktif. So kalau boleh nak sampai around that time. Nama tempat Panda tu Chengdu Research Base of Giant Panda Centre. Lepas dah breakfast maggi dan milo, kami pun bergerak menuju ke tempat menunggu bas yang berada betul-betul depan Traffic Inn Hostel. Senang kan?

Tanya dekat receptionist Traffic Inn, dia suruh naik bas nombor 60. Bila baca belog orang lain suruh naik bas nombor 902. Tapi, tak jumpa pun. Dah tukar agaknya. Bas nombor 60 ni pulak old school sungguh. Harga untuk ke Panda Base hanya 2 Yuan sahaja. Murahnya lahai.

Ni la bas nye..

Tengokla kerusi. Semua kayu. Tourism sangat.

Perjalanan selama 1 jam. Bas ni bukan ekspress bas ye. Ni memang akan orang naik turun gitu. Boleh penuh bas ni lagi-lagi seat tak banyak. So kena berdiri. Rajin-rajin bertanya kat orang nak turun mana yer. Jangan sesat pulak. 

Masa sampai tu, bas berhenti kat satu simpang empat ni. Berhenti di Longqing Road Shulong Road. Kalau tak silap, ada signboard tulis Giant Panda Breeding Centre. Nasib baik ada tourist lain pun nak pergi tempat sama. So kami follow dorang. Jalan kaki okkk... Perjalanan mengambil masa 20 minit untuk sampai ke pintu utama yer. Hujan renyai dah turun. Fuhhhh, memang letih jalan.

Banner Panda. Teruja sangatttt.

Kaunter tiket sila beli disini.

Masa kami sampai ni, pintu utama Giant Panda Breeding Centre ni tengah buat renovation. So dah tak sama la macam gambar kami ni ha. Cuba klik website dorang. Cun tahu pintu masuk nye pun!

Harga untuk Full Day Trip ialah 58 Yuan untuk dewasa. Baloi-baloi!
Opening Hours: 8 pagi - 530 petang.

Untuk pengetahuan korang, Panda terdapat di beberapa tempat di China ni iaitu Sichuan, Shaanxi & Gansu. Kebanyakan Panda terdapat di Sichuan. So ramailah tourist datang Chengdu ni semata-mata untuk melihat Panda. 

Dekat sini juga dijadikan sebuah tempat seolah-olah Panda tu 'hidup' kat situ. Kira macam FRIM, Kepong. Terpelihara alam semulajadinya gitu. Wah aku ni. Panda kat sini dibesarkan dengan pelbagai kemudahan seperti klinik, nurseri dan lain-lain. Ada tempat lab lagi untuk buat research okeh. Panda Muzium pun ada. Segala-galanya tentang Panda lah boleh dapat kat sini.

Sila lihat kebesaran tempat ni. 1 hari jalan memang letih.

Masuk-masuk dah ada benda alah asap ni.
Marilyn Monroe jap.

Bagi yang tak larat nak jalan, boleh naik buggy ni. Tak pasti harga berapa.

Four of us!
Sini serius cantik. Kawasan sekitar sangat terpelihara. Jalan masuk ke kawasan Panda ni dihiasi dengan pokok buluh. Jauh jugak la jalan. Sebab tu ada buggy!

Tengok, sampai buluh pun ditanam dalam Panda Base ni. In case tak cukup buluh nanti.

Tengok la toilet. Awesome kan!

First pit-stop ialah Red Panda. Comel. Satu je la gambar. Malas tepek banyak2.

Haaaa nampak tu Panda dua ekor tengok syok makan. Amboi.

Dalam 1 hari, Panda boleh makan sebanyak 12-38kg buluh ok. Kenapa? Sebab buluh mempunyai sedikit sahaja kandungan nutrisi. Jadi ngap banyak2 untuk tenaga! 
 
Arghhhh gerammm!!! 

Alololo so cuteeeeeeee!

Macam-macam aksi makan. 
  
Ni dah keletihan lalu tidur kot. Tapi Panda ni hobi dia memang makan tidur makan tidur pun.

Ni Panda sangat besar. Dok sorang-sorang je dia kat sini. Gambar ni amik lepas dia dah makan epal.

Kenyang la tuuuuuu.

Sebenarnya banyak gila gambar Panda ni. Sampai tak terpilih yang mana nak masuk dalam blog aku. Gambar kitorang dengan Panda dari jauh pun tak banyakkk. Hahah. Dari jauh je la. Sebab kalau korang nak amik gambar bersama Panda dengan lebih dekat, kena bayar 2000 Yuan = RM 1000. Pegang pun 1-2 minit jer. Mampu? 

Kalau nak tengok baby Panda, boleh datang bulan 8. Masa ni musim beranak. Heheh.

Dalam ni pun ada souvenir shop. Macam-macam jual. Sempatla grab poskad dan keychain mahal. Sila beli kat tempat lain ye. Sebab memang mahal dalam ni.

Nanti kan kat Zoo Negara nak ada Panda jugak kan. Kalau tak silap, amik dari Chengdu ni ha. :)

Tasik yang sungguh besar dalam Panda Base ni.

Black Swan

Rose Garden. Cantik.

Besar juge. Kami nak exit, tapi tah macam mana sesat masuk sini pastu tak jumpa jalan keluar. -__-"

Dalam jam 2 petang tu, kami pun keluar dari Panda Base. Masa ni panas terik. Macam Malaysia. Ingat ada bas nombor 60 yang boleh kitorang naik depan Panda Base ni. Tapi nan ado. Jadi amik keputusan untuk patah semula ke bas stop kami sampai tadi.

Ni la jalan yang kami lalu. Tak nampak hujung pun. 20-30 minit jalan ok. Gagahkan diri! 

Sampai hujung jalan simpang empat, kami masuk kiri. Sebab ingat tunggu bas kat situ. Padehal terang-terang tulis situ takde nombor 60 punn!
Nampak tak aku yang stress tunggu bas.

Tak lama lepas tu, nampak bas nombor 60. Kitorang pun tahan la. Tapi dia tak berhenti! Driver bas suruh tunggu kat depan traffic light sana. Nasib baik tengah lampu merah masa tu. Berlari-lari pergi tempat yang driver bas tu suruh berhenti sebelum lampu hijau. Karang tertinggal pulak. Tak pasal-pasal jadi udang bakar.

 So uolls, sila cari signboard ini ye. Nampak tak nombor 60 tu??? Fuuhh. Cabaran di hari panas.

Berjaya naik bas. Bayar 2 Yuan. Masa ni bas dah full sikit. Tapi dapat la tempat duduk.

Letih yang amattttt! Dalam bas ni kami tidoq jaaaa....

Around 3 lebih kot sampai la semula depan Traffic Inn Hostel.

Tapi ada lagi tempat kami pergi lepas ni. Tunggu next entry lah ye!

Ok, harap info ni berguna untuk korang yang nak pergi Chengdu Research Base of Giant Panda Centre. Sila pergi jika singgah Chengdu! 

Byeeee!



No comments:

Post a Comment