Saturday, January 11, 2014

China Trip April 2013: Xi'an Day 1 (Muslim Quarter)

Assalamualaikum!

Dah tahun baru! Kira ni first entry aku la untuk 2014. Ini tak boleh jadi, entry China aku bajet untuk habiskan sebelum April 2014. Gilo kalau over jugak, basi la setahun entry aku ni. Hahah.

Ok, previous post:


Balik daripada Terracotta tu, kami turun di tempat sama kami menaiki bas iaitu di Xi'an Railway Station. Sampai kat sana around 7.20 petang. Naik bas nombor 603 untuk pulang ke Hantang Inn Hostel. Nak berjalan kaki dari stesen bas ke hostel tu tak de la jauh sangat. Tapi disebabkan letih dan hujan renyai-renyai, rasa macam jauhnyerrr lahai. Semua dah kesejukan. Khal dah demam time tu. 

Sampai hostel, kami check-in dulu. Masuk bilik dan kagum jap dengan ke-awesome-an bilik. Spacious, bersih, tilam empuk, semuanya best lah. Jadi, kita amik gambar dan rehat dan mandi dan buat lah apa patut. 

 Selesa!

Almari yang tak berapa nak digunakan sangat sebab bag semua sepahkan je atas lantai. Heheh.

Siap ada kerusi lagi.

Malam sikit tu, kami plan nak makan. Lapar. Bayangkan last makan waktu sarapan pagi tadi. Fuuhhhh, on diet habis! Jadi ingat nak makan kat kedai pagi tadi je. Sekali pakcik tu kata kedai dah tutup. Tukar plan. Jum pergi Muslim Quarter! Jalan kaki pun jalan la. Lagipun hujan dah reda. Khal tak pergi sebab demam. Tidoq dah dia.

Takde jauh pun. Naik turun tangga, jalan bawah tanah semua, eh eh dah sampai. 

 Sila hala ke Drum Tower ye.

Ini lah Drum Tower nya! Cantik kan!

Bell Tower

Drum Tower & Bell Tower adalah simbol kepada bandar Xi'an. Dua-dua pun dekat-dekat je. Bell Tower terletak di tengah-tengah jalan raya atau pun di tengah bandar Xi'an. Kalau tengok ada banyak drum atau gendang kat tower, itu lah Drum Tower. Belakang Drum Tower pula ada Muslim Quarter. Senang sangat aih. Tapi tetap lah Tirah yang guide kami. Aku dan Ain dok wowww... wowwwww je. 

Dah sampai! Kalau lalu dalam gerbang ni, jumpa Masjid besar Xi'an. Itu entry lain kali aku cerita. Kita ke kanan ye. Sebab lapar nak makan.

 Heaven of food ohh kat sini! Seronok sangat jumpa makanan halal berderet-deret yang murah.

Sate kambing tidak terlepas juga! Ni 5 Yuan satu. Pedas tapi sedap gilo.

 Sebab macam ramai sangat je orang order, so kami pun gedik nak order. Macam kuey teow sup. Tapi tak sedap. Rasa masam. 15 Yuan.

 Ini sotong bakar. Nyumsss!





Ini pula sangat unik. Macam putu piring tapi rasa ABC yang panas. Kau ado?? Gambar atas tu gerai dia.

 Ini pula gerai kat lorong-lorong mana tah kami masuk. Yang tengah tu ayah nya. Kiri kanan pula anak-anak dia. Assume je pun. Haha. Makanan yang dijual macam cekodok yang digoreng. Inti ada daging dengan daun kucai. 10 Yuan dapat 3 biji kot. Besar pula tu. Sedap sangat. Gambar makanan belah kanan sekali yang tengah goreng tu.

Nak tau tak, budak yang dalam gambar belah kiri ni, ngorat Ain! Dia ingat Ain tu budak lagi kot. Padahal dah 20an. Macam laa aku tak tau dia dok pandang Ain. Haha. Pakcik tu pula dok sembang dengan kami, walaupun kami tak faham sepatah haram. Baca Al-fatihah lagi ok. Sedap sangat.

Kafe Starbucks yang design sangat unik!

Lepas kenyang, moh ler balik. Kedai pun banyak dah nak tutup. 

Sampai hostel, terus terbongkang masing-masing.

Habis dah perjalanan hari pertama di Xi'an. Jumpa lagi next entry!

Babai!



1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya blogwalking kt sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    ReplyDelete