Sambung lagi perjalanan di Beijing. Kali ni ke The Great Wall of China yang merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia.
Teruja? Ya, sangat.
Dikatakan bahawa tembok 'original' dibina lebih 2000 tahun yang lalu pada zaman Dinasti Qin bagi mengelakkan ancaman daripada pihak luar. Beribu-ribu pekerja dikerahkan selama bertahun-tahun. Khabarnya, salah satu bahan yang digunakan untuk membina Great Wall adalah tulang-tulang daripada pekerja yang mati. Dipercayai juga Great Wall ini boleh dilihat daripada bulan. Wow, menarik bukan? Tetapi, malangnya pada tahun 2003, angkasawan negara China gagal melihat Great Wall daripada angkasa. Info ini dibaca. Betulkan jika aku salah. :)
Untuk pengetahuan, ada beberapa bahagian di Tembok Besar China ini antaranya Badaling (paling famous), Mutianyu, Simatai, Jinshanling dan lain-lain. Disebabkan Badaling sangat ramai dengan pelancong (kebiasaannya) kami memilih untuk mendaki di Mutianyu. Mendaki keeee??? Heheh.
Ada 3 cara yang telah aku baca untuk ke Mutianyu:
1) Fast Bus 916 (Express)
Klik gambar untuk link
Bas di Dongzhimen Bus Transfer Depot ke Huairo Bei Dajie (怀柔北大街)dalam 12 Yuan seorang selama 1 jam. Kemudian, dari Huairo bus stop, nego dengan mini-bus atau driver kereta dalam 10 ke 20 Yuan seorang. Perjalanan lebih kurang 20 minit. ATAU dari Huairo tu, naik bas 936 (8 Yuan) dan turun di Mutianyu.
2) Slow Bus 916 (Local)
Sama je dengan Express 916, cuma haruslah sedikit slow. 2 Yuan seorang selama 2 jam setengah perjalanan.
3) Bas 867 (Direct Bus)
Klik gambar untuk link
Direct bus ke Mutianyu Great Wall selama 2 jam setengah. Return 6.40 Yuan. Bas berada di Dongzhimen Outer Bus Stn (Bafangda Dongzhimen Bus Station).
Kami pilih option bas 867 sebab direct bus kan. Mudah sebab tak payah fikir nak tukar-tukar bas ke apa.
Bangun pagi hari di Leo Hostel sebab nak kejar bas jam 8.30 pagi. Sarapan dulu maggi dan bubur nasi diimport dari Malaysia. Jam 7.30 pagi dah gerak keluar Hostel menuju ke subway dari Qianmen Stn menuju ke Dongzhimen Stn. Kemudian Exit B. Pusing lawan arah jam dan terus je sampai jumpa Stesen Bas yang ada banyak sangat bas parking (obviouslyyyyy). Tempat ni jauh sikit sampaikan risau kami salah jalan. Tanya orang pun dorang tak berapa faham. Sedih betul.
Nampak tak Exit B
Sini memang ada bas parking. Tapi bukan sini tempatnya ye. Jalan lagi terus.
Dah sampai Bafangda Dongzhimen Bus Station!
Masuk dalam Stesen Bas tu sehingga nampak signboard warna coklat tulis 867. Tunggu la situ sampai bas sampai ok.
Khal dok tanya betul ke stesen ni.
Time ni dah ramai orang. Nasib baik tak terlepas bas. Bas sedikit lewat. Bas ada jam 7 dan 8.30 pagi sahaja ok.
Masa ni pukul 9 baru bas sampai. Bagitau konduktor bas (uniform biru) nak ke Mutianyu. Guna Yikatong Card untuk touch pada skrin. Ingatkan bas ni direct betul. Tapi, rupanya ada 'berjuta' pit-stop sepanjang perjalanan tu. Pit-stop terakhir baru turun tau. Sebab tu la 2.5 jam! Sampai sana dalam 11.30 pagi lebih kurang.
Ahkak konduktor yang sangat peramah dan baik hati.
Ini adalah semua pit-stop yang kami lalui. Hehehehe.
Yang bagusnya, konduktor bas siap bawa kami pergi kaunter dan belikan tiket tau. Dah bagitau dia nak naik Great Wall dengan Cable Car dan turun guna Chairlift atau Toboggan. Mampu ko nak mendaki kerrr? Sampai pun pukul berapa ada hati nak mendaki. Mau tidur kat sana. Malangnya, konduktor bas tu tak faham kot apa kami cakap. Kesudahannya, kami naik dengan Chairlift, turun dengan Toboggan. Melepas naik Cable Car. Entrance Fee = 45 Yuan. Toboggan & Chairlift = 80 Yuan. Ni aku tengok tiket. Harga sebenar untuk ride dah tak ingat. Kot la ada diskaun ke kan.
Ada kedai jual buah-buahan. Kami beli epal malam semalam buat lunch.
Kaunter tiket!
Inilah rupa tiketnya. 1 untuk Entrance & 1 Cableway (Chairlift) + Toboggan
Suasana sangat cantik, Alhamdulillah. Ini adalah arah menuju ke Cable Car.
Kalau merancang nak ke sana, boleh la plan macam ni (cadangan sahaja):
- Naik Cable Car ke Tower 14.
- Jalan sampai Tower 6.
- Turun dengan Toboggan atau Chairlift.
Disebabkan Tower 14 ke Tower 6 tak mendaki sangat, takdela penat sangat kan. Bayangkan la kalau naik dari Tower 6 ke Tower 14. Mesti banyak mendaki jeee. Depends juga. Ikut keselesaan masing-masing. Tapi, 9 Tower tu. Barulah berbaloi-baloi!
Cableway atau Chairlift. Mati2 aku ingat Cableway ni Cable Car. Chet.
Jadi, kami pun naik la Chairlift untuk ke atas. Ketaq lutut oih. Kaki tak jejak tanah. Keliling hutan, depan mata nampak dah tembok. Pandang depan je laaahhh... Akhirnya setelah 15 minit, kami berjaya sampai di Tembok Besar China. Syukur sangat. Tinggi memang tinggi. Anjing pun ada kat situ. Orang pakai heels pun ada. Apakah?? Kalau tak silap, kami hanya berjaya jalan sampai 5 tower sahaja. Kemudian, patah balik. Masa tak mengizinkan. Asalkan sampai, ye dok?? Hehe.
Nampak tak Tower yang terkeluar sikit belah kanan tu. Haa, sampai lebih kurang situlah kami pergi.
Cantiknya pemandangan bumi Allah.
Kecik aje tangganya...
Ni dah nak patah balik kalau tak silap.
Four of us! Aku lupa nak bawa jubah. Heheh.
Dah puas amik gambar dan menikmati pemandangan yang cukup indah, kami pun segera turun dengan Toboggan untuk naik bas jam 4 petang. Apa itu Toboggan??? Benda ni macam ko naik gelongsor kt taman permainan tapi versi awesome.
Lama jugak naik benda ni. Risau aku kalau tak bergerak, kang tak pasal-pasal kena langgar dengan orang belakang. Scary pun yeeeee... Tinggi kot.
Bas 867 di Mutianyu pada pukul 2 petang dan 4 petang sahaja tau. Jangan over sangat, nanti tertinggal. Sambil tu menyempat la beli souvenir tepi-tepi jalan. 5 Yuan satu FM atau keychain.
Oh, toilet kat sini pun bersih, cantik dan luas. Akan ada cleaner yang aku rasa duduk je situ jadi jaga 24/7. Bising dia kalau kita sepahkan air kat sinki bagai. Lantakle, tak faham punnn..
Deretan kedai souvenir
Lepas beli je, cepat-cepat turun (read: berlari) ke parking bas. Sebaik bas tak buka pintu lagi. Yang Khal dengan Tirah tertinggal kat belakang sebab nak tunggu habis beli souvenir. Aku pun pesan la kat driver bas suruh dia tunggu kawan aku. Nasib baik dia faham. Hehe.
Dalam bas tidur la apa lagi. Kata 2 jam setengah. Oh jangan lupa, masa nak turun baru touch Yikatong Card pada skrin, okay! Barula jadi 6.40 Yuan. :)
Perjalanan kami bukan takat ni je. Ada lagi. Tak hilang lagi penat, gagah pergi tempat lain malam tu.
Next entry yeee!
p/s Gambar ihsan daripada camera aku, Tirah & Ain. :)
[++ So Good ++]
No comments:
Post a Comment