Assalamualaikum!
Previous post:
Sambung perjalanan trip ke China yang dah basi, tapi memori aku tak basi lagi.
Rujuk entry lepas, next location adalah ke Beijing, bebeh! Kalau pergi China tak singgah Beijing macam tak betul je kan.
Jam 7 pagi dari Soho Youth Hostel, Shanghai perlu naik Metro di Xinzha Road Stn (Line 1), tukar train di People's Square (Line 2) dan menuju ke Shanghai Hongqiao Railway Stn. 5 Yuan saje. Macam biasa, People's Square sangat padat. Lagi-lagi kami naik train masa orang nak pergi kerja. Gasakla semua terpaksa berhimpit dengan bag gabak kami.
Tiket ke Beijing kami jam 9 pagi. Naik bullet train (G2) yang berharga 553 Yuan = RM 275 la lebih kurang, selama 4 jam 48 minit. Dengan kelajuan 303 km/j, memang sampai tepat jam 1.48 petang di Beijing South Railway Station. Hebat oi. Ke korang nak naik train biasa selama 8 jam pun boleh. Takde hal.
Tiket train
Ain yang tersenyum setelah ke toilet yang serupa macam kat dalam kapal terbang
Berjaya capture 303km/h!
Bekalan di perantauan. Ye kami breakfast maggi di pagi hari.
Sudah tiba di Beijing South Railway Stn. Cantik kannnn??
Sampai sahaja di Beijing, kami perlu membeli tiket train dari Xi'an - Chengdu (Hard Sleeper) disebabkan masa nak beli di Shanghai ada masalah sikit. Kalau tak beli, tak balik Malaysia la jawabnya.
Ok boleh beratur disini.
Aku dan Tirah amik gambar keliling.
Kemudian, perlu beli Yikatong Card , deposit 20 Yuan dan kami add on 70 Yuan lagi setelah membuat kira-kira. Card ni kami gunakan selama 4 hari kami berada di Beijing. Boleh guna bila naik Subway atau bas. Deposit dan balance boleh refund. Nak refund pun sesetengah tempat saja yang boleh ye. More details boleh refer kat Travel China Guide ni.
Kaunter pembelian Yikatong Card.
Diseluruh China diwajibkan melalui scanning.
Subway kat Beijing ni pun serabut jugak. Banyak betul Line. Tapi yang best nya, kat Beijing, subway fare semua 2 Yuan sahaja. Tak kira la ko pergi 5 batu sekalipun, tetap 2 Yuan. Murah gilo. Hostel kami pilih di Beijing ialah Leo Hostel. Dari Beijing South Railway Stn (Line 4), kami naik subway ke Xuanwumen (Line 2) dan turun di Qianmen Stn. Time ni agak mencabar jugak.
Ini ialah Qianmen Stn.
Hostel ni jauh sikit. Pastu kat Beijing ni stok semua naik tangga je. Tabah kan je la diri. Sampai Qianmen Stn, Exit C. Kena cross street belah kiri korang. Turun subway (jalan bawah tanah untuk cross street), lepas tu terus je la ikut jalan tu. Sampai nampak McD belah kiri dan follow je zebra cross kat belah kanan. Jalan dalam 300 m, sampai la kat Leo Hostel sebelah kanan.
Sekitar pemandangan di dalam Leo Hostel.
Orang France kot ni.
Brochure merata! Boleh ambil.
Mereka juga menawarkan berbagai-bagai jenis pakej.
Check-in time!
Jadi, marilah check-in. Kami pilih Standard 4 Bed Private Room. Letak bag, solat dan makan. Kami makan McD masa ni. Tak jumpa kedai halal.
Sekitar luar Leo Hostel.
Ni semua jalan yang perlu dilalui nak ke Qianmen Stn atau Leo Hostel.
Misi malam ini adalah untuk menonton teater! Wajib tengok teater kat China. Acrobatic Show sangat awesome. Booking sudah dibuat di Malaysia lagi. Kami pilih Chaoyang Theater Beijing sebagai destinasi pilihan. Macam mana nak booking? Boleh email sahaja dan dapat discount price! Harga sebenar 180 Yuan, dan kami dapat 85 Yuan saja! Half price tau. Seat sebelah kiri stage.
Kami pilih show pada jam 7.15 malam. Dan berjanji untuk jumpa dengan penjual tiket tersebut jam 6.20 petang. Dia boleh cakap English. Siap bagitau lagi dalam email yang dia tinggi (Serius tinggi macam Kwang Soo) dan pegang China Red Flag. Heh.
Kat sini jumpa orang nya.
Dragon Wang aka Kwang Soo Running Man. Hehe.
Tiket Teater kami.
Okay dari Leo Hostel, naik Subway di Qianmen (Line 2) transfer ke Yong'anli (Line 1) transfer ke Guomao (Line 10). Chaoyang Theater di Hujialou (Line 10) dan perlu Exit C1. Naik escalator, teater nya ada betul2 belakang anda.
Dah ada pun penjual tiket tu sambil pegang nama aku. Hehe.
Pihak teater akan beri masuk ke dewan dalam pukul 7 macam tu kalau tak silap. Jadi kami pun duduk la kat luar tercongok. Eh duduk apebenda. Berdiri. Kat sana orang asyik meludah jer. Koser aku nak duduk kan. Kat dalam Chaoyang Theatre tu, ada satu bilik yang ada Wifi. Sementara menunggu tu, kami pun online ler sekejap.
Chaoyang Theatre
Dorang ni semua baru keluar dari tengok teater. Ramai kannn! Macam semut.
Persembahan yang cukup mengujakan selama 1 jam 15 minit ni. Terkesima tengok dorang buat semua aksi yang pelik-pelik. Macam nak jatuh pun ye. Panjat kerusi bertingkat-tingkat, naik basikal ramai-ramai, 5 penunggang motor dalam 1 bola besi, persembahan payung dan macam-macam lagi. Kena tengok sendiri! Dalam teater ni, video dan gambar adalah prohibited. Tapi boleh je beli CD kat situ, ada yang 25 Yuan dan 50 Yuan.
Sebelum show bermula. Kat Istana Budaya pun aku tak pernah duduk seat bahagian depan.
Kami! :)
Kesejukan di luar dah terasa. Nak menangis dah time tu. Ok propa. Pakai la jaket yang ada dan menuju ke CCTV Building. Bila google, situ cantik malam-malam sebab bangunan yang berlampu dan unik sangat. Malang bagi kami, lampu tak dipasang malam tu. So amik je la gambar apa yang ada. Dari Chaoyang Theater, kami hanya berjalan kaki ke sana. Tak jauh sangat pun.
Sekitar pemandangan area CCTV Building.
Oh ini bukan CCTV Building tersebut. Gambar tak de yang cantik sebab malam kan. Semua pun malas nak setting. Haha.
Belakang kiri tu Subway Station. Nampak tak???
Disebabkan kesejukan yang amat, kami pun pulang semula ke Hostel. Dari CCTV Building, naik subway di Jintaixizhao Stn (Line 10) ke Qianmen Stn (Line 2). Sampai depan Leo Hostel ada orang jual buah. Kami pun beli strawberry dan epal untuk bekalan hari esok.
Ain yang bersemangat. Khal si tukang cakap.
Balik bilik, mandi apa semua bagai. Aku dan Khal online jap kat lobby Leo Hostel. :)
Esoknya kena bangun pagi. Great Wall!
Nak siapkan ni pun ngadap laptop 4 jam. Haha.
Next entry ye!
[++ So Good ++]
No comments:
Post a Comment