Aku ada satu cerita bongok nak cerita.
Masa aku budak-budak dulu, aku sangat naif. Aku selalu jadi masalah kepada kawan-kawan bila diorang cerita sesuatu yang rahsia kat aku. Masalah apa? Masalahnya aku selalu bocorkan rahsia diorang kepada kawan-kawan lain. Betapa sungguh tak baiknya aku.
Hello, ingat aku saja-saja ke bagitau rahsia korang tu? Terlepas okay! Lagipun kita kecik lagi darjah 5 ke 6 baru, kau sibuk apa? (Buat muka tak bersalah). Wey budak darjah 6 macam aku ni pun ada perasaan tau! kesian aku kadang2 kena marah dengan kawan sebab bocor rahsia.
Jadi, kau tahu tak perkara bongok apa aku buat?
Aku ada satu cara untuk selesaikan masalah ini!
Aku buat BUKU!
Buku apa?
Buku rahsia!
Bongok.
Dalam tu aku tulis segala benda yang rahsia kawan-kawan aku cerita kat aku. Aku ingat lagi dalam dia aku tulis macam ni:
Ni buku sekolah kita, kita guna buat buku rahsia. |
And the list goes on!
Lepas tu aku fikir sesuatu yang bijak!
"Nanti kalau aku simpan dekat rumah, kalau mama atau ayah baca, adik n kakak aku baca, habislah aku! Bukan buku rahsia dah jadinya. Mana nak letak ni?"
Ok time tu dah banyak kot aku punya rahsia dalam buku tu. Hari2 aku baca agar aku tak lupa. Lepas habis baca letak dalam laci rumah lah. Gila nak bawak pergi sekolah? Kalau hilang, satu sekolah tahu si B dan A suka si C.
Makanya, aku sampai sekarang tak ingat aku letak mana buku rahsia tu. Dan hari Jumaat 21/10/2011 baru aku teringat pasal benda ni. Bahaha.
Agaknya mak ayah aku dah baca kot.
Hah satu lagi, sekarang ni, penyakit rahsia dah menular kat tempat kerja aku. Bila orang tanya aku, "Kau buat apa tu?". Aku jawab, "Rahsia". Pastu makin lama, dah jadi vice versa dah. Chis betul lahhh!
kata pendek: A dan B dan C tu main2 je. Tak payah nak fikir panjang sangat ye.
Dah bai.
[++ So Good ++]
rahsie pon ade buku khas pulak ek.ak rse ak kne wt cmtu la skang sbb ak asik telepas ckp je.mslhnye org yg ckp tu xckp pon bnde tu rahsie.tu yg ak snag nk telepas tu.adoi.
ReplyDelete-amal-
aah la amal. ak rasa kau kena bt mcm tu. nnt xdela kau terkantoi mcm2 tau. bahaya tu.
ReplyDeletehihihi.