Showing posts with label Puncak. Show all posts
Showing posts with label Puncak. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Bandung - Bogor Day 2!

Assalamualaikum!

Mari sambung ekspedisi seterusnya iaitu di Puncak, Bogor, Indonesia. Sila baca entri lepas ye.

Dari Bandung, kami ke Puncak dan bermalam di Hotel Surya Indah. Kalau kat Indonesia ni, cerahnya cepat bebeno. Jadi dalam pukul 5 pagi tu dah bangun nak solat Subuh. 530 pagi tu dah Syuruk okeh. Air nya kemain sejuk macam mandi air perigi. Tapi tu kalau tak buka heater laaaa! Haha.

Dah selesai pack barang untuk check-out dan siap cantik2, kami masuk bag dalam Toyota HiAce dan menuju ke Coffee House Surya Indah untuk sarapan pagi. Oh ada tak aku bagitau yang pemandangan kat sini sangat cantik. Bilik okay la. Besar jugak. Tak sempat amik gambar bilik. 

Telefon lama yang sangat nyaring bunyinya. Bergegar telinga aku. Lantas, aku cabut wayar takut member bilik sebelah kacau.

In front of my room. Nice view, right!!


Depan lobi. Ada receptionist handsome jugak!! :)




Kami sarapan nasi goreng & mihun goreng. Lapar sangat kau tahu tak. Aku nak order Teh O panas. Sekali dia bagi Teh Jasmin jugakkk.. Boring betul. Tapi, boring2 aku telan jugak sebab bagus ok air tu!







Tembam nye.

Only us!

Food we ate.

Hi Bolat!!!! :)



After breakfast and check-out, we headed to Taman Safari, Bogor. Perjalanan ambil masa 1 jam lebih juga. Quite far. Naik bukit tinggi lagi. Dengan macet lagi. Alahaiiii.

Sebelum masuk taman Safari, kita beli pisang dan lobak untuk bagi haiwan makan!!!


Semua amik port masing2. 

Ni kedai souvenir kot.

Enjinias & a teacher.

Alolo comel.

Pintu masuk.

Ilama kot ni.

Gagah takkkkkkkkkk??!!!

Tak bergerak langsung macam patung bersalut lumpur!

Up-close!!

Lepas habis pusing Taman Safari. Dalam 1 jam la jugak. Toyota HiAce pergi pusing kat sini pulak.. Tak tau la apa namanya.

Ada Baby Zoo.

Kawan aku ambil gambar dengan anak harimau. Siap peluk okay!! Huuu.


Hiks.

Next pit-stop! Food & pray. Sepatutnya kami plan nak pi Jakarta. Tetapi disebabkan banjir tak surut lagi masa ni, kami pun terus balik ke Bandung. So, makan nasi padang & solat semasa nak turun dari Puncak ke Bandung. Gambar makanan tak amik. Dah lapar sangat. Tapi, gambar masjid, aku amik. Kecil tapi Subhanallah, cantik sangat. 


Masjid Al-Awih. Ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk muslimin. Tingkat atas untuk muslimat.

Masuk pintu pagar masjid, dihiasi dengan kolam ikan dan taman kecil. 

View di bahagian solat muslimat. 

Bahagian luar.


View from top floor.

Masjid ni tak dilengkapi dengan kipas sebab angin sejuk dari luar masuk ke dalam masjid. 


Sampai di Bandung pukul 6.30 petang dan terus ke Toko Tiga. Aku tak beli pun kat sini sebab tak plan nak beli jeans pun. Kat depan Toko Tiga ni ada stall jual selendang & tudung bawal. Sehelai aku nego harga dapat IDR 30,000 = RM 10 lebih kurang. Banyak aku shopping sampai habis IDR 185,000. Hahaha. 

Hasil kutipan. Cantik sangat. Lebar dan panjang. Itu penting.


Malam tu makan Nasi Padang lagi sekali. Boring2. Balik ke Hotel dan jalan2 sekitar kawasan hotel. Nanti sambung next entry.


Kbai!!!! :)


[++ So Good ++]

Saturday, February 9, 2013

Bandung Day 1

AsSalam semua!

My first trip for this year! Bandung (BDO). 

Pada 22 Januari, flight depart dari LCCT jam 10.15 pm dan tiba di Landasan Udara (LANUD) Bandar Husein Sastranegara pada jam 11.30 pm waktu Indonesia. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. 

Sampai BDO, Pak Supir jemput kami di airport dan terus bawa ke Hotel Nyland. Sampai sana, lepas mandi, tonton cerita kt TV sambil godek2 handphone nak beli Blackberry Internet Service (BIS). Sampai pukul 1 lebih pagi baru aku berjaya buat sebab tak reti hoi. Dapat la rate IDR 2,500 per day. Untuk pengetahuan, aku guna Simkad Simpati ayah aku punya. Kalau nak beli kat kedai, cari je. IDR 10,000 satu simkad. Pastu nak topup, lain pula la harga nye yer. Malam pertama tu.. o_O Haruslah aku tak boleh tidur dengan lena. Asyik pusing sana sini, cari mood nak tidur. Kalau tempat baru ni, lambat sikit untuk tidurnya. Tu aku tak suka tu. 

So, the next day!

Breakfast at the hotel. Nasi lemak ala Bandung uolls! Pelik tapi sambal dia sedap bangat! Walaupun nasi putih sajo + telur dadar + tempe + keropok + sambel. Aku bantai makan banyak sebab lapar gila. Sebab today nak berjalan ke Pasar Baru. Haruslah makan semakan-makannya. Okay, alasan je tu.


My kembars. Yes, plenty said that.

Husband and wife. Guess it was their first honeymoon after their wedding! Hehe.



Wifi hanya di lobi. Sebab aku ada BIS, not to worry laa. Mana2 pun boleh check twitter. Heheh.

Nyland hotel ni best jugak sebab receptionist dia handsome. LOL. Sangat cantik view di dalamnya. Kemas, teratur dan simple. 

So, off we go to Masjid Agong. Amik gambar.

In the van.

Van kaler hijau + merah tu Angkutan Kota namanya. Macam bas la lebih kurang.



Yerp! Here we are at Masjid Agong. Masih awal pagi sebenarnya. Baru pukul 8 ++ pagi. Tapi, terik macam pukul 11 pagi.


Sebenarnya, kami tak tau pun yang tu Masjid Agong. Sebab we kinda confused since the name of the mosque is different! So, we asked a lady, where is it located, and she said, "Inilah dia". After snapping pictures and all............... Hahaha..


Tempat seterusnya adalah Pasar Baru!! Sini masa shopping tak ambil gambar pun. Memang tak mampu nak amik. Tapi, aku sangat suka tawar menawar kat sini. Habis segalanya keluar. Siap ada peniaga tu cakap, "Ye adik cantik. I love you! Nak beli apa? Harga baju ni 125,000 saja". Hahaha. So funny. Well, I managed to get the T-shirt for IDR 100k = RM30 la lebih kurang. Kami ni nak pusing2 je patutnya. Tapi tak payah la nak pusing sangat. Sampai pukul 2.30 pm kat sini. Sebab nak pergi tempat lain pulak. 

Makan? Kat Lantai 6 ada Food Court. Haa, melantak la korang kat situ yer.

Ayam Penyet so yummy! Sambal dia memang superb sampai aku menangis. Aku suka makan pedas, tapi yang betul2 pedas yang boleh buat aku nangis. Yang lain2 tu mcm makan nasi je. Hahah.

IDR 80,000. Nice kan wedges dia. 

Lantai 6 - Foodcourt, bags and shoes!

Later at night, kami pergi ke Puncak, Jakarta. Puncak ni macam Genting Highland la gitu. Nak kesana makan masa dari 4.30 pm sampai 8.30 pm. Sebenarnya, amik masa dalam 2 jam lebih shj. Tapi disebbakan Bandung ni macet (jam) sampai lah lambat. Kami memang kepenatan dah bila sampai kat Hotel di Puncak tu.

On the way nak ke Puncak, cakap kat Supir, nak makan Ikan Gurame. Jadi, sampailah kami di rumah makan yang aku tak ingat namanya. Kitorang ingat, ikan tu kecil2 je. Ala, macam korang makan nasi campur tuuu. Kami pun order sorang sekor. Sekali, dah habis order, sorang member ni baca balik menu. Apsal ikan ni tulis harga ikut berat ek? Hah, confirm salah pencaturan. Rupanya, Ikan Gurame ni macam makan Ikan Bakar kat tepi laut tu. GILA KE APA SORANG SEKOR???? Hahaha. Sebaik la tukang masak tu pun datang kat kami cakap balik pung pang itu ini.


Free jasmine tea! Sedap. I loike. 

Nampak tak betapa propanye kami.


Nasi ape tah namanya. Huu.

Mine! Nasi separuh je mampu habiskan. Naik ke Puncak tu dah pening2.. 

Ikan Gurame masak tomato.


Look at the size of the fish! Sila fikir kalau makan sorang satu. 

Happy faces after ate so much that we bloated. -_-"


Harga untuk semua makan ni IDR 390,000 ++. Lebih kurang RM 140. Sorang dalam RM20 jer. Nangis sebab murah. Dah la sedap. Dah kenyang makan, naik balik van sampai ke Hotel di Puncak. Next time sambung cerita ye.


:)



[++ So Good ++]